Hot Posts

6/recent/ticker-posts

“Jika kita selamatkan lautan, kita selamatkan dunia..” – Ocean With David Attenborough

| FOTO: Disney+ Hotstar

NATIONAL Geographic baru-baru ini melancarkan trailer dan poster utama untuk Ocean With David Attenborough, sebuah dokumentari khas berdurasi penuh yang menandakan kerjasama pertama seumpamanya antara Sir David Attenborough, penyiar dan pengkaji alam semula jadi terkemuka dunia dan National Geographic, peneraju dalam eksplorasi, sains, dan penceritaan.

Disampaikan oleh figura ikonik berusia 98 tahun itu dan diterbitkan oleh Silverback Films serta Open Planet Studios, dokumentari ini mengajak penonton memahami kepentingan lautan dunia serta bagaimana kita boleh dan mesti memulihkan keagungan air yang saling berhubung di muka bumi.

Ocean With David Attenborough bakal distrim mulai 8 Jun 2025 di Disney+ Hotstar, bertepatan dengan Hari Laut Sedunia.

Tarikh tayangan ini juga diselaraskan dengan Persidangan Laut PBB 2025 di Nice, Perancis, dan pertengahan pelaksanaan Dekad Sains Laut PBB untuk Pembangunan Mampan (2021–2030).

Ketika pembuat dasar global mempertimbangkan masa depan lautan, dokumentari ini tampil menyerlah dengan menonjolkan solusi perlindungan marin yang boleh membawa perubahan ketara.

Disokong oleh kajian saintifik marin yang mendalam, produksi ini turut melibatkan penasihat saintifik termasuk Dr. Enric Sala, pengasas National Geographic Pristine Seas.

Selepas lebih 70 tahun mendokumentasikan keindahan alam semula jadi dan memperjuangkan kelestarian alam, David Attenborough kini menyampaikan antara mesej terpenting dalam hidupnya.

Dalam dokumentari ini, Attenborough membawa penonton menyelusuri lautan melalui lensa pengalaman peribadi, menyingkap habitat bawah laut paling menakjubkan. Daripada hutan rumpai laut gergasi, terumbu karang yang mempesona, hingga gunung laut menjulang tinggi di lautan terbuka.

Kepelbagaian ekosistem ini penting bukan sahaja untuk biodiversiti, malah dalam mengelakkan bencana iklim, namun kini terancam oleh kaedah penangkapan ikan yang merosakkan.

Lautan masih boleh pulih

Walaupun Attenborough mendedahkan ancaman terbesar kepada kesihatan lautan seperti belum pernah ditayangkan sebelum ini, dia turut mengetengahkan kisah inspiratif dari seluruh dunia, memperlihatkan harapan dan penemuan luar biasa.

Menurut Attenborough, sepanjang hidup dia berpeluang menyaksikan era penemuan hebat tentang lautan.

“Sepanjang hidup saya, dunia telah menyaksikan era penemuan hebat tentang lautan. Dalam seratus tahun terakhir, saintis dan penjelajah menemui spesies baharu, migrasi epik, dan ekosistem kompleks, jauh melampaui apa yang saya bayangkan ketika muda.

"Dalam dokumentari ini, kami kongsikan penemuan itu, bongkar mengapa lautan kini berada dalam krisis, dan yang paling penting, bagaimana ia boleh dipulihkan,” katanya.

Disertai sinematografi yang memukau dan naratif yang kuat, Ocean With David Attenborough mendedahkan peranan penting lautan dalam menyokong kehidupan di bumi serta mempertahankan kita daripada impak perubahan iklim.

Ia juga memperlihatkan kesan destruktif teknik menangkap ikan seperti pukat tunda dasar, yang menjejaskan keseluruhan ekosistem marin dan komuniti pesisir.

FOTO: Disney+ Hotstar

Namun dalam setiap rakaman yang menakjubkan, dokumentari ini juga memperlihatkan ketahanan luar biasa lautan dan keupayaannya untuk pulih jika diberikan perlindungan yang sewajarnya.

Lebih penting, ia menekankan tindakan yang mesti diambil kini demi memastikan kelimpahan dan vitaliti laut untuk masa depan yang lebih sihat buat semua.

Para pendidik juga diajak menjadi sebahagian daripada penyelesaian ini. Dokumentari ini akan tersedia kepada pendidik di sekolah, universiti, muzium, perpustakaan, serta acara pendidikan dan amal bukan komersial melalui National Geographic Pristine Seas.

Maklumat lanjut boleh didapati di: nationalgeographic.org/society/ocean-with-david-attenborough . Ocean With David Attenborough diarahkan oleh Toby Nowlan, Keith Scholey, dan Colin Butfield, dan diterbitkan oleh Nowlan untuk pihak Silverback Films. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات