Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dinobat juara sulung Miss Icon International: “Mahkota ini adalah tanggungjawab” - Arshela



Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN

NAMA Malaysia sekali lagi harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Arshela Abdullah, dinobatkan sebagai juara sulung Miss Icon International 2025 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, pada Ahad lalu.

Arshela, anak kelahiran Sarawak berketurunan Iban dan Bugis, bukan sahaja berjaya mengangkat kecantikan dan budaya Malaysia ke mata dunia, malah tampil sebagai simbol keberanian, keaslian dan kepimpinan wanita moden.

Dalam temu bual eksklusif bersama 7Klik selepas kemenangan bersejarah itu, Arshela menyatakan bahawa kejayaan ini hanyalah permulaan kepada perjuangannya.

"Menjadi juara pertama Miss Icon International adalah satu penghormatan besar, tapi bagi saya ini baru garisan permulaan.

"Saya mahu gunakan gelaran ini untuk mengangkat orang lain, terutamanya wanita muda yang rasa mereka tak 'cukup sempurna'.

"Mahkota ini bukan sekadar simbol, ia satu tanggungjawab yang saya pikul dengan bangga,” katanya.

Menurut Arshela, pengalaman menyertai pertandingan itu telah mengubah perspektif dirinya secara menyeluruh, baik dari segi peribadi mahupun pandangannya terhadap dunia sekeliling.

“Saya datang dengan sangkaan bahawa pertandingan ini hanya tentang kecantikan dan persembahan. Namun sebenarnya ia jauh lebih mendalam.

"Saya belajar bahawa kekuatan sebenar datang daripada keberanian untuk jadi diri sendiri. Ikon sebenar ialah mereka yang memimpin dengan hati,” tambahnya.

Arshela terharu dengan kemenangan yang diraih.

Mengulas tentang keseluruhan perjalanan pertandingan, Arshela menyatakan rasa puas hati sepenuhnya dengan segala pengalaman yang dilaluinya.

“Saya puas hati 100%, dan secara emosi, saya sangat terisi. Perjalanan ini penuh dengan latihan, persahabatan, dan momen-momen kecil di belakang tabir yang semuanya membentuk siapa saya hari ini.

"Ia tak mudah, tapi sangat bermakna. Saya pulang bukan hanya dengan mahkota, tapi juga tujuan dan kenangan yang akan saya bawa selamanya,” ujarnya.

Kemenangan Arshela bukan sahaja menjadi lambang kejayaan individu, malah inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang ingin menyerlah di pentas dunia tanpa meninggalkan identiti dan nilai diri. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات