SETELAH enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, penyanyi bervokal hebat, Jaclyn Victor kini kembali bergelar isteri.
Jaclyn atau Jac, 48, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, seorang pensyarah dari United Kingdom, Calvin T. Samuel, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsi beberapa rakan artis yang turut menjadi saksi hari bersejarah pasangan tersebut yang memilih tarikh indah 25.05.2025 sebagai simbolik cinta mereka.
Jac tampil anggun dalam persalinan gaun putih, manakala Calvin segak mengenakan sut penuh dengan rona senada. Kedua-duanya kelihatan santai dan berseri-seri ketika berkongsi momen istimewa mereka di hadapan keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Majlis tersebut ibarat sebuah reunion bintang-bintang seni tanah air, apabila ramai rakan selebriti hadir memeriahkan hari bahagia penyanyi lagu Gemilang itu.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Anuar Zain, Ziana Zain, Datuk Ramli MS, Datin Alyah, Liza Hanim, Ning Baizura, Che Puan Sarimah, Nabil Ahmad, Siti Nordiana, Shila Amzah, Marsha Milan, Hael Husaini, Tomok, Salamiah Hassan, Nikki Palikat, Dina Nadzir, Taufik Batisah dan ramai lagi.
Terdahulu, Jac pernah berkahwin dengan penyanyi asal Amerika Syarikat, Shawn Rivera, pada Julai 2014, tetapi rumah tangga mereka berakhir selepas lima tahun.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:

0 تعليقات