DALAM landskap perucitan Malaysia hari ini, perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jenama tempatan tidak lagi bertanya sama ada mereka perlu beralih ke arah digital.
Sebaliknya, persoalan yang timbul kini ialah bagaimana untuk menggabungkan fizikal dan digital bagi meraih pertumbuhan optimum.
Daripada peniaga pasar malam, gerai tepi jalan, hingga kedai milik keluarga dan penyewa pusat membeli-belah, trend semasa menunjukkan transformasi daripada daripada memilih sama ada untuk beroperasi secara dalam talian atau kedai fizikal, kepada bagaimana mengoptimumkan pertumbuhan dengan menggabungkan kedua-duanya saluran fizikal dan digital.
Transformasi ini disokong oleh pelbagai inisiatif sektor awam dan swasta yang memacu digitalisasi, termasuk infrastruktur internet yang menyeluruh di seluruh negara.
Kini, lebih mudah untuk mana-mana perniagaan, tidak kira sekecil mana pun, menyertai ekonomi digital tanpa halangan besar.
Usahawan PMKS yang inovatif di seluruh negara telah membuktikan bagaimana mereka memanfaatkan ekosistem penuh TikTok Shop, daripada kandungan sehingga e-dagang untuk menjana pendapatan baharu, menarik pelanggan ke kedai fizikal, membina komuniti setia dan memperkayakan pengalaman pelanggan.
Dari Kota Damansara ke seluruh negara
Nik Nur Adzuan, pengasas bersama jenama pakaian patuh syariah dan keperluan Haji & Umrah, Al-Cataly, berkongsi cabaran yang dihadapi ketika hanya menjalankan operasi secara fizikal di Kota Damansara, Selangor sejak 2014.
“Menjalankan perniagaan secara fizikal sepenuhnya bermakna pengetahuan tentang jenama kami hanya terhad kepada lokasi kedai sahaja.
"Untuk berkembang, kami memerlukan modal besar untuk membuka cawangan baharu, termasuk deposit sewa, pengubahsuaian premis, stok inventori, pengambilan pekerja, utiliti dan banyak lagi,” jelasnya.
Tambah Nik lagi, perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan lama dalam jangka panjang jika mereka tidak berkembang ke dalam talian.
Ini kerana sifat perniagaan yang lebih rancak pada musim tertentu seperti cuti sekolah dan musim Haji, tetapi perlahan pada waktu bukan puncak, berbeza dengan barangan runcit yang dibeli setiap hari.
“Untuk menampung kos operasi seperti sewa dan gaji pekerja, kami perlu membina aliran pendapatan yang lebih konsisten dengan meluaskan jangkauan pelanggan tanpa perlu menanggung kos operasi yang tinggi. Inlah sebabnya kami mula menerokai jualan daam alan menerusi di TikTok Shop,” katanya.
| FOTO: TikTok Shop |
Nik turut menyatakan bahawa TikTok Shop LIVE Hub x TEKUN Nasional di Kuala Lumpur memberikan mereka akses mudah kepada latihan dan peralatan studio profesional untuk menghasilkan kandungan dan siaran langsung berkualiti tinggi.
“Dalam masa dua bulan sahaja, jenama kami berjaya menarik hampir 10,000 pengikut secara dalam talian dan jualan meningkat 12 kali ganda.
"Kami juga mula menerima pelanggan dari seluruh negara dan Singapura yang datang ke kedai fizikal kami di Selangor selepas membina jenama secara online,” kata Nik.
Durian jalanan kini sensasi digital
Sementara itu, Kamarul Zaman, pengasas perniagaan durian tempatan Pak Ali, turut mengakui bahawa menggabungkan jualan fizikal dan dalam talian membantu membina jenama yang mampan.
“Kami mulakan Pak Ali pada 2017 dengan menjual durian di gerai tepi jalan. Ketika itu, ia cuma sebuah perniagaan kecil-kecilan untuk menyara hidup,” jelasnya.
Kamarul berkongsi realiti bahawa ada hari mereka menerima kunjungan pelanggan yang stabil, dan stok berjaya habis dijual. Namun, ada hari juga dimana bilangan pelanggan berkurangan dan ada durian tak terjual yang terpaksa mereka buang.
Begitulah ketidaktentuan bagi perniagaan produk segar dan mudah rosak di gerai fizikal. Sukar untuk bertahan apatah lagi untuk berkembang.
“Bagi mengatasi cabaran ini, terutamanya ketika perintah kawalan pergerakan Covid-19, kami mula berniaga di TikTok Shop untuk dapatkan pelanggan yang lebih stabil dan berskala besar sebagai pelengkap kepada gerai fizikal kami,” katanya.
Melalui siaran langsung di TikTok Shop, Kamarul dan pasukannya dapat menunjukkan kesegaran durian secara langsung dengan membuka setiap durian yang ditempah penonton dalam talian, sekali gus membina kepercayaan dan mendorong jualan.
“Berniaga secara online bukan sahaja memperluaskan pasaran kami, tetapi juga menambah kesetiaan pelanggan yang datang ke gerai. Ramai yang mula mengikuti akaun TikTok Shop kami selepas kunjungan pertama dan membuat tempahan berulang melalui siaran langsung dan video boleh beli,” tambahnya.
Kini, Pak Ali telah menjadi satu jenama durian yang dikenali ramai di Malaysia, dengan lebih 24,000 pengikut di TikTok Shop serta purata jualan 1,500 kilogram durian setiap hari.
Peningkatan populariti dalam talian turut membuka peluang baharu untuk Kamarul dan pasukannya menceburi khidmat katering acara secara fizikal.
Resipi Warisan, Model Baharu
Pengurus bersama Frisha Classic Desserts and Bakery, Frisha Fazara Ishak pula turut membuktikan gabungan perniagaan fizikal dan dalam talian telah membantu melestarikan perniagaan kedai pop-up milik keluarganya serta mempelbagaikan aliran pendapatan.
“Ibu bapa saya mulakan perniagaan ini pada 1990. Kami tidak pernah memiliki kedai tetap kerana pada masa itu perniagaan kecil dan modal terhad untuk bayar sewa bulanan,” kenangnya.
Produk mereka kebanakkanna dijual di bazar secara bermusim dan bergantung kepada promosi mulut ke mulut, yang membantu mendapatkan beberapa tempahan penghantaran terus.
“Sejak saya mula sama-sama menguruskan perniagaan ini, saya telah membantu ibu bapa memperbaharui model perniagaan dengan menyertai TikTok Shop.
"Siaran langsung dan video beli-belah telah melonjakkan pertumbuhan jualan dari beberapa tempahan bermusim kepada purata jualan lima angka secara konsisten setiap bulan,” katanya penuh syukur.
Menuru Frisha, kini mereka mempunyai lebih 4,300 pengikut di TikTok Shop yang telah menjadi pelanggan setia bukan sahaja dalam talian, malah juga di kedai pop-up mereka secara fizikal.
“Ada pelanggan yang jemput kami buka gerai di acara mereka. Kami sangat bersyukur dengan peluang dan sokongan yang diberi TikTok Shop,” katanya.
| FOTO: TikTok Shop |
Perkembangan landskap peruncitan di Malaysia menunjukkan satu perubahan yang jelas, bahawa jualan secara digital dan fizikal bukan lagi dua pendekatan yang bertentangan, tetapi kuasa yang saling melengkapi.
Dengan semakin banyak PMKS tempatan bersedia menerima model runcit hibrid, ekosistem menyeluruh TikTok Shop dijangka terus memperkasakan perniagaan dengan memecahkan jurang antara jualan dalam talian dan luar talian. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments