Hot Posts

6/recent/ticker-posts

B.Duck City Funs 'tawan' Pavilion Bukit Jalil! Taman tema itik pertama di Asia Tenggara

From left: Ms Lee Co Shin (Klook Malaysia Marketing Lead), Ms Celine Ong (Associate Partner of Fortune World Development Group), Ms Kung Suan Ai (Director of Marketing, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd), Mr Alvin Lee (CEO of One Universal Production Sdn. Bhd), Mr Vincent Cheung (Executive Director, General Manager and Head of Licensing Operations B.Duck Semk Holdings International Limited and Mr Hu Jia Hao (Associate Partner of One Universe World Sdn. Bhd) | FOTO: Klook

PAVILION Bukit Jalil kini menjadi lokasi penuh warna-warni dengan kehadiran B.Duck City Funs, taman tema itik pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Bermula Mei hingga 2 November 2025, kawasan terbuka Piazza di Pavilion Bukit Jalil berubah wajah menjadi kota ceria bertemakan si comel kuning yang cukup ikonik, B.Duck.

Dikenali sebagai ‘teman mandi’ paling comel dan ikonik sejak lebih dua dekad lalu, B.Duck kini muncul dalam bentuk taman tema sebenar, hasil kolaborasi bersama One Universe.

B.Duck bukan nama asing bagi peminat di Asia. Daripada patung itik dalam tab mandi kepada jenama global penuh karakter, kehadirannya di Malaysia kali ini adalah yang terbesar pernah dianjurkan.

Taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan ruang bergambar yang sesuai untuk seisi keluarga, lengkap dengan permainan, booth aktiviti, zon foto, dan barangan eksklusif yang hanya dijual di sini.

Antara tarikan utama yang wajib cuba:

● Bathroom Battle: Pengalaman ikonik dalam ‘tab mandi bergerak’ B.Duck)
● Treasure Pirate Ship: Kapal lanun gergasi yang penuh aksi
● Windmill Trampoline: Zon trampolin ceria bersama karakter B.Duck
● Light Arches & Around the World Zones: Ruang Insta-worthy untuk OOTD
● Romantic Paris Corner: Suasana ala Paris dengan B.Duck sebagai penghias



Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti 'duck hunting', mencari patung B.Duck tersembunyi di seluruh pusat beli-belah di mana aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Pada hujung minggu terpilih, peminat berpeluang bertemu B.Duck secara langsung dalam sesi surprise meet-and-greet. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama maskot kegemaran Asia ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Retail, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Datuk Joyce Yap, berkata, Pavilion Bukit Jalil komited mencipta pengalaman yang membawa kegembiraan dan mengeratkan hubungan bersama pengunjung.

“B.Duck City Funs adalah satu aktiviti penuh keceriaan yang menggabungkan unsur permainan dan imaginasi. Ia merupakan ruang istimewa di mana keluarga dan peminat boleh berkumpul, cipta kenangan manis, dan berseronok bersama-sama. Kami bangga membawa watak yang disayangi ini dalam cara yang unik,” ujarnya.

Untuk memudahkan pengalaman anda, B.Duck City Funs bekerjasama dengan Klook, platform tempahan dan perkhidmatan pelancongan terkemuka di Asia.

Merchandise eksklusif

Tidak hanya itu, pengunjung juga boleh mendapatkan koleksi istimewa seperti patung B.Duck, pakaian bertema, aksesori dan hadiah istimewa hanya di lokasi ini.

Taman tema ini turut menyediakan zon makanan dengan pilihan menarik dari Korea, Jepun, Thailand, dan sajian Malaysia. Sempurna sebagai pit stop selepas seharian bermain.

Tiket untuk B.Duck City Funs bermula serendah RM15 bagi setiap permainan, dengan pakej nilai seperti Family Day Pass untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak pada harga RM150 untuk keseronokan tanpa had sepanjang hari.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi Klook, rakan rasmi pengalaman pelancongan Asia di mana pengunjung boleh jimat hingga 10% dan mengelak beratur panjang di kaunter.


B.Duck City Funs beroperasi pada pada 2 petang hingga 10 malam untuk hari setiap Isnin, Rabu dan Khamis, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti umum pula akan bermula pada 11 pagi hingga 10 malam. Taman tema ini ditutup pada Selasa (kecuali cuti umum) untuk penyelenggaraan. 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments