Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GILIRAN JANNA NICK CARI PENYAMAR SUARA SUMBANG ATAU PENYANYI SEBENAR?


SEPANJANG musim kelima ini, Janna Nick bijak memainkan peranan beliau sebagai salah seorang penyiasat tetap di pentas I Can See Your Voice Malaysia 5.

Bagi episod minggu ini, Janna Nick bertukar identiti kepada artis jemputan dan tibalah giliran beliau untuk mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan penyamar suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri itu.

Janna Nick, seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan juga pengarah dilihat mempunyai kelebihan untuk menyempurnakan misi tersebut.

Berbekalkan pengalaman beliau dan juga masak dengan selok-belok permainan yang pernah disaksikan, adakah Janna Nick akan tenang dan fokus dalam membuat keputusannya? Berjayakah Janna Nick mencari pasangan berduet di pusingan akhir?

Pentas I Can See Your Voice Malaysia 5 minggu 11 digamatkan lagi dengan kehadiran Fatin Afeefa, Mark Adam dan Dini Schatzmann sebagai penyiasat jemputan di samping dua penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Andi Bernadee.

Gabungan mereka berlima pasti membuatkan penonton tidak kering gusi menonton episod ini. Sudah pasti kemunculan Mark Adam dapat mengubat kerinduan peminat setia ICSYVMY. Adakah kehadiran Dini Schatzmann akan memudahkan lagi cabaran Janna? 

Khabarnya ada pertelingkahan yang berlaku antara Janna Nick dengan salah seorang panel penyiasat jemputan minggu ini.

Siapakah gerangannya itu dan bagaimana pula Ain Edruce dan Izzue Islam mengawal keadaan yang panas itu? Semuanya akan terjawab di I Can See Your Voice Malaysia 5 pada hari Ahad ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce, pada setiap Ahad, 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di http://www.tonton.com.my 


[KREDIT: TV3]






























Post a Comment

0 Comments