BERSEDIA untuk menyelami dunia penuh aksi, hati, dan humor apabila Marvel Studios’ The Fantastic Four: First Steps mula distrim secara eksklusif di Disney+ bermula 5 November ini. Filem yang memperkenalkan semula Marvel’s First Family ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Pedro Pascal, Vanessa Kirby, Joseph Quinn, dan Ebon Moss-Bachrach sebagai empat wira yang menggabungkan kekuatan luar biasa dengan ikatan keluarga yang tak tergoyah.
Kisahnya mengikuti perjalanan Reed Richards, Sue Storm, Johnny Storm, dan Ben Grimm yang menjelajah ke pelosok kosmos, menemui keajaiban baharu sambil memahami erti sebenar keluarga, keberanian, dan kasih sayang.
Walaupun sering berdepan cabaran besar dalam menyeimbangkan kehidupan peribadi dengan tanggungjawab menyelamatkan dunia, mereka sentiasa memilih untuk melaluinya bersama sebagai satu keluarga. Dan di situlah letaknya kekuatan sejati mereka.
Dihiasi dengan gaya dunia
retro-futuristic yang memukau,
The Fantastic Four: First Steps bukan sekadar filem adiwira, tetapi juga sebuah kisah tentang hubungan dan harapan yang dirayakan dengan penuh warna.
Filem Marvel Paling 'Fantastic' Tahun Ini
Disahkan Certified Fresh dan Verified Hot di Rotten Tomatoes,
The Fantastic Four: First Steps kini berada dalam senarai 10 filem dengan kutipan tertinggi di dunia untuk tahun 2025.
Bagi peminat yang mahukan pengalaman menonton paling imersif, filem ini juga ditawarkan dalam format IMAX Enhanced di Disney+. Dengan nisbah aspek khas IMAX, setiap babak disampaikan sebagaimana yang diinginkan oleh pembikin filem, menjadikan tontonan di rumah terasa seperti di pawagam sebenar.
Bukan itu saja, penonton yang mempunyai TV dan AV receiver boleh menikmati bunyi IMAX Enhanced berkuasa DTS:X, yang menampilkan julat dinamik penuh seperti versi pawagam asal. Pendek kata, setiap letupan, setiap dialog, dan setiap nada emosi semuanya kedengaran lebih hidup.
Untuk melengkapkan pengalaman, runut bunyi rasmi Marvel Studios’
The Fantastic Four: First Steps Original Motion Picture Soundtrack ciptaan Michael Giacchino iaitu pemenang Anugerah Oscar, Emmy dan Grammy kini boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Amazon Music, YouTube Music dan pelbagai platform digital lain.
Bagi peminat tegar, album vinil 2 cakera 12 edisi lut sinar turut dilancarkan hari ini, eksklusif di Disney Music Emporium dan kedai muzik terpilih.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments