30 Jul 2020

,


NOKIA hari ini mengumumkan ketersediaan komersial global bagi rangkaian mudah alih persendirian gred industri 5G SA baharu, menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan kes kegunaan perindustrian dan perkilangan yang paling mencabar.

Dengan pengenalan 5G SA, Nokia menawarkan kepada para pelanggannya portfolio menyeluruh paling lengkap di pasaran yang terdiri daripada peralatan rangkaian mudah alih persendirian 4.9G/LTE dan 5G berprestasi tinggi.

Raghav Sahgal, Presiden Nokia Enterprise berkata: “Melalui pengenalan 5G SA ini, kami perintis teknologi baharu untuk pelanggan perusahaan dengan rangkaian mudah alih persendirian bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan pendigitalan mereka, untuk apa jua keperluan atau kesalinghubungan telekomunikasi.

“Kesalinghubungan mudah alih persendirian amat penting untuk membantu para pelanggan kami mencapai matlamat transformasi digital jangka panjang mereka. 
Dengan menyampaikan 5G SA, kami membuka jalan untuk memacu pendigitalan dalam kes kegunaan yang paling mencabar seperti pengilangan automotif, di mana cloud, robotik dan operasi mesin autonomi mewujudkan permintaan misi kritikal untuk kepedaman rendah (low latency) dan kadar data kepantasan tinggi yang boleh diharapkan.”

Sepanjang pembangunan keupayaan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA ini, Nokia telah melaksanakan pelbagai ujian percubaan bersama para pelaggan di tapak dan rakan pengendali mudah alihnya sejak suku pertama tahun 2020. 

Nokia mempunyai lebih daripada 180 pelanggan perusahaan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh dunia di mana lebih 30 daripadanya adalah 5G. Nokia baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan rangkaian mudah alih persendirian 5G termasuk Deutsche Bahn, Lufthansa Technikdan Toyota Production Engineering.

Dengan rangkaian 5G SA baharu dari Nokia, pelanggan perusahaan boleh memilih sistem Nokia Digital Automation Cloudyang kompak, pasang dan guna secara automatik dengan pengaktifan automasi – atau menyesuaikan rangkaian mengikut keperluan spesifik dengan Nokia Modular Private Wireless.

Nokia juga mengumumkan bahawa Sandvik Mining and Rock Technology akan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia di lombong ujinya di Tampere, Finland.

Patrick Murphy, Presiden, Rock Drills and Technologies, Sandvik Mining and Rock Technology berkata; 

“Dengan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia Digital Automation Cloud, kami dapat mempamerkan pelbagai keupayaan baharu yang hebat di lombong uji kami di Tampere. 
“Memandangkan kami bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka memanfaatkan teknologi bagi mendigitalkan operasi mereka, pengenalan 5G membuka jalan kepada pelbagai peluang baharu dalam robotik, operasi berautonomi dan jarak jauh, automasi flit penuh, analisis dan keselamatan yang dipertingkatkan. 
"Oleh itu, ia merupakan pencapaian yang hebat untuk transformasi digital dalam pelombongan.”

Sahgal menambah: 

“Kami menyedari bahawa 4.9G/LTE yang mengendalikan lebih daripada 85 peratus aplikasi perindustrian akan terus menjadi pilihan rangkaian mudah alih persendirian utama untuk suatu tempoh yang berpanjangan. 
"Dengan pengumuman ini, kami menggabungkan semua yang terbaik. Kami menawarkan pelanggan pilihan untuk bermula dengan 4.9G/LTE, dan bertukar kepada 5G apabila ekosistem mereka sudah matang, atau ‘terus ke 5G’ – mengesahkan teknologi ini dan menggalakkan OEM dan pembekal aset-aset perindustrian untuk membangunkan ekosistem 5G yang cemerlang.”

Pablo Tomasi, Penganalisa Utama, Private Networks di Omdia berkata; 

“Untuk berjaya dalam vertikel industri seperti pengangkutan dan perkilangan, ekosistem mudah alih mestilah memberi tawaran menarik yang menangani semua masalah semasa dan aliran tidak terjangka (distruptive trend) untuk jangka panjang. 
"Pasaran rangkaian persendirian akan dibina berdasarkan kepercayaan dan hasil yang disampaikan oleh LTE persendirian. 
Walau bagaimanapun, perusahaan, pembekal dan penyedia rangkaian perkhidmatan perlu memahami potensi sebenar 5G dan bagaimana untuk menggabungkan ia dengan strategi mereka. 
Dengan bertindak pantas melalui penawaran Rangkaian Persendirian 5G SA, Nokia kini berpeluang memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekosistem 5G untuk perusahaan.”

Melalui pengenalan perkhidmatan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA yang tersedia secara komersial, Nokia juga membolehkan rakan-rakan OEM dan ekosistemnya untuk mempercepatkan pengesahan bagi keupayaan 5G. 

Ini akan membantu melonjakkan pembangunan aset perindustrian berkebolehan 5G, mempercepatkan penghasilan aplikasi, dan mengintegrasi 5G ke dalam proses dan sistem perindustrian di masa hadapan.

Selain bekerjasama dengan ekosistem rangkaian mudah alih persendirian – termasuk penyedia rangkaian perkhidmatan, rakan kongsi cloud, pengintegrasi sistem, perunding strategik dan pakar industri – Nokia akan turut memanfaatkan kepakaran vertikelnya untuk menyampaikan manfaat transformasi 5G dalam kes penggunaan spesifik industri.

Dengan adanya keseragaman daripada 3GPP R15 SA yang menyediakan asas untuk 5G persendirian dalam industri, rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia akan menjadi platform utama yang membolehkan ciri-ciri dan peningkatan berkaitan industri di masa hadapan. 

Ini termasuklah Ultra-Reliable Low-Latency Communication(URLLC), Time-Sensitive Networking (TSN), dan pelbagai keupayaan perindustrian lain yang akan melalui pelancaran 5G 3GPP lain (R16-18) di masa hadapan.

Pengumuman hari ini juga memenuhi keperluan pasaran seperti Jerman, Jepun dan UK di mana dengan adanya ketersediaan spektrum 5G tempatan, adalah penting untuk penerimaan awal teknologi 5G dan ekosistem yang berkaitan.

Nokia juga melancarkan peningkatan kepada portfolio rangkaian 4.9G/LTE.


Pelancaran radio Jalur 87 (410MHz) yang pertama di dunia, memperluaskan potensi liputan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh negara merentasi IoT CSP kritikal, keselamatan awam, pengangkutan dan utiliti.

Jalur lebar TD-LTE config 0 Uplinkdipertingkatkan, membolehkan muat naik yang lebih baik untuk video dan aplikasi mudah alih persendirian berasaskan mesin.

Sokongan dipertingkatkan untuk pengagihan (slicing) 4.9G/LTEbagi rangkaian mudah alih persendirian, membolehkan pengagihan bahagian menyeluruh secara maya untuk KPI berprestasi tinggi yang terjamin dalam kes kegunaan spesifik.


[CREDIT: Nokia]

29 Jul 2020

,

NETFLIX, the world’s leading streaming entertainment service, has confirmed Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah and Yang Ik-june as the leading cast for Hellbound, a new original series about supernatural angels appearing out of nowhere to condemn people to hell.

Yoo Ah-in, who created powerful characters through his roles in Burning, The Throne, and Veteran, portrays Jeong Jin-su, the charismatic and mysterious head of the New Truth Church. As the angels of death arrive, the New Truth Church leads a religious crusade proclaiming that these visits are the will of the divine.

Park Jeong-min will play Bae Yeong-jae, a producer at a broadcasting company that investigates the New Truth Church. Park has established himself as an actor with a wide range through his performances in Time to Hunt, Start-Up, and Svaha: The Sixth Finger.

Kim Hyun-joo (Watcher, I Have a Lover) will depict Min Hye-jin, a smart, self-assured lawyer who goes up against the New Truth Church and its extremist Arrowhead devotees. 

Won Jin-ah (The Age of Shadows, Steel Rain) will play Hong Ji-yeong who is the wife of Bae Yeong-jae, and a member of the New Truth Church who succumbs to unbearable pressure. 

Yang Ik-june (Breathless, Bad Guys: Vile City, It's Okay, That's Love) will perform as Jin Gyeong-hun, a police detective who investigates the unsettling appearance of the death angels. 

Hellbound will be directed by Yeon Sang-ho (Train to Busan, Peninsula) and written collaboratively by Yeon and Choi Gyu-seok, author of the popular webtoon Songgot.

Hellbound, to be produced by Lezhin Studio, will be available exclusively on Netflix.


[CREDIT: Netflix]

27 Jul 2020

,


VIU, a leading pan-regional OTT video service from PCCW Media Group, today announced 16 short films of Viu Shorts! by students from 16 cities and districts throughout Indonesia. 

Now in its second season with the spirit of National Children’s Day, the Viu Shorts! initiative aims to cultivate the interests and talent of young Indonesian film creators and bring their short story works to a global stage.

With the support of Wardah, a leading cosmetic brand in Indonesia, Viu Shorts! Season 2 was held in 16 cities for eight months, running from August 2019 through March 2020. The Viu Shorts! team witnessed the enthusiasm, creativity and pride of the local students, the majority of whom were 14 to 19 years old. 

Viu Shorts! workshops always begin with a session that aims to foster students’ love of their homeland and local experiences. For example, in the city of Palu, Central Sulawesi, the participating students, all of whom are victims of the 2018 tsunami, were able to translate their trauma into stories. 

In Dairi Regency, North Sumatra, the workshop started with basic computer training. While in Magelang Regency, Central Java, a regency known for its pesantrens (moslem boarding schools), all participants were students of those schools (santri) and therefore have their own special stories to tell.

16 amazing stories were successfully produced into 16 short films by nearly 700 students and local talent from 16 cities and regencies from across Indonesia. Some examples of the short films include: 

G-Rain by students in Batu, East Java. The film was shot with the beautiful Batu mountain landscape in the background and tells the story of Tengger tribe’s ritual to attempt to manage the frequency and volume of rain. 

Melaiq by students of Mataram, West Nusa Tenggara, and shot with the beach landscape as its background, refers to the local Sasak tribe culture of a man kidnapping a woman he will propose to in order to show his determination. 

Another stunning short film is Kanak Kembar, created by the students of Sangatta, East Kutai Regency, East Kalimantan. It features the local belief of the Dayak Kenyah tribe, that every baby was born with a crocodile as a twin.


The full list of 16 short films of Viu Shorts! Season 2 includes: Mepandes (Klungkung), Kalang Obong (Kendal), Penari Larangan (Majalengka), Kakaluk Fulan Fehan (Atambua), Dawuk (Cilacap), Danau Pengantin (Tangerang), Bulu Mata (Jakarta Selatan), Melaiq (Mataram), Ikan Merah (Magelang), Kelar Kelor (Kulon Progo), Limo Wasto (Surakarta), Pohon Pengantin (Salatiga), G-Rain (Batu), Lae Pandaroh (Dairi), Kanak Kembar (Sangatta) and La Love (Palu).


These films are expected to follow the success of the Viu Shorts! Season 1 which scored a number of important achievements. 

Viu Shorts! Season 1 was officially screened during the 2019 Cannes Film Festival, and one short film by students of Maumere, Sikka Regency, East Nusa Tenggara, titled Miu Mai, was awarded regional winner for Best Short Form Content category by the Asian Academy Creative Awards 2019.

Each year, one of the most talented students from the Viu Shorts! initiative receives a scholarship to study Cinematography at the Jakarta Institute of Arts for four years and at the same time receives an opportunity to work professionally as part of the Viu Original team in Indonesia.

Mr. Varun Mehta, Country Head of Viu Indonesia, said, 

“Viu is committed to Indonesia not only to entertain, but also to support the creative industry by empowering talent across Indonesia. 
Not only have we proudly received an international award, but more importantly the two seasons of Viu Shorts! have produced 33 young talented directors and more than 900 young creators in the content industry from 33 cities and regencies across Indonesia. 
This will play a very important role in the future of the Indonesian creative economy industry. 
Keeping our high commitment to build an ecosystem that supports the sustainability of the content industry in Indonesia, Viu will continue to bring Indonesian talent and stories to the global stage.”

Mr. Salman Subakat, CEO of PT. Paragon Technology & Innovation, said, 

"Wardah supports Viu Shorts! initiative and we share the same vision with Viu to make meaningful change for Indonesia. 
We have extraordinary talent in various parts of the country and we believe they must receive an equal opportunity to contribute significantly to the growth of the local economy.  
We are really proud to see how Viu, through the Viu Shorts! initiative, is bringing local content to the global stage. We hope to see Viu Shorts! continued success. We believe Viu Shorts! will be a motivation as well as an inspiration to other students across Indonesia."

Viu Shorts! Season 2 short films can be enjoyed on the Viu app, which can be downloaded for free on the App Store, Google Play, and selected smart TVs, as well as at www.viu.com.


[CREDIT: VIU]

26 Jul 2020

,

RTM berbesar hati menyiarkan kembali drama berkisar dunia bomba, Hero musim kedua dengan barisan pelakon baharu, dan pendekatan lebih segar yang disiarkan mulai 27 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari di TV2. 

Realiti kisah kehidupan sebenar seorang anggota bomba mendepani pelbagai cabaran pekerjaan mereka sebagai pasukan penyelamat ini disampaikan dalam 26 episod terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd. 

Menerusi musim kedua ini, penonton dapat menyaksikan babak-babak mencemaskan dan warna-warni kehidupan harian anggota bomba yang menampilkan lakonan mantap Redza Rosli, Sarah Hildebrand, dan Aidil Aziz bergandingan dengan Riz Amin, Oktovia Manrose, Shah Havzee, Anne Ngasri, Naim Shamsol, Shaharudin Thamby dan ramai lagi.

Menariknya plot kisah ini diselitkan dengan unsur kekeluargaan, persahabatan dan tanggungjawab dalam diri seseorang yang menjadi tarikan untuk tontonan semua lapisan masyarakat seisi keluarga dan semua rakyat Malaysia.

Menerusi setiap episod siarannya, drama bersiri arahan Jo Yusof ini lebih menumpukan kepada setiap kes tugasan yang pernah berlaku antaranya kemalangan, kebakaran dan termasuk juga panggilan palsu yang diterima anggota bomba dalam menjalankan amanah tugasan mereka. Pada masa sama mereka juga tidak terlepas daripada memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan insan tersayang. 

Ada juga kisah peribadi melalui perwatakan menarik dan lucu yang mewarnai kehidupan harian anggota bomba ditonjolkan dalam drama ini. Ia termasuklah kisah unik dan menarik yang pernah terjadi, didedahkan untuk memberikan gambaran jelas berkenaan tugas sebenar yang digalas anggota bomba.

Kenyataannya, drama ini secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk menghayati pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang sentiasa memberi komitmen dalam tugas memadam api serta menyelamat tanpa mengira kepentingan peribadi. 

Kerjaya mereka yang berdepan risiko setiap saat dan masa. Hanya dengan sedikit kesilapan mampu mengundang membahayakan nyawa sendiri. Ikuti setiap episod drama bersiri aksi bomba pertama di Malaysia ini menerusi saluran TV2. 



Hero 2
Bahasa: Melayu
Episod: 26          
Hari: Setiap Isnin hingga Khamis (Bermula 27 Julai) 
Masa: 1 Tengahari 
Saluran: TV2  
Terbitan: NS Star Sdn Bhd     
Arahan: Jo Yusof   
Pelakon: Redza Rosli, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Riz Amin, Oktovia Manrose, Shah Havzee, Anne Ngasri, Naim Shamsol, Shaharudin Thamby.



[KREDIT: RTM]

25 Jul 2020

,


MENAWARKAN pelbagai aktiviti lasak yang memerlukan tenaga yang optimum, RTM tampil dengan program terbaharu yang menjadi tarikan kepada remaja dan golongan yang gemarkan aktiviti sebegini. 

Dalam program 13 episod diberi tajuk Pantang Dicabar disiarkan mulai 26 Julai ini, setiap Ahad, pukul 11.05 pagi di TV1 ini menggandingkan hos Akmal Ahmad dan Kim Fukazawa.

Hos program ini melakukan aksi lasak berbeza pada setiap episod yang belum pernah dicuba sebelum ini. Mereka diberi tunjuk ajar oleh jurulatih tertentu sebelum melakukan aksi-aksi tersebut. Tambah mengujakan lagi kerana melibatkan lokasi penggambaran luar negara iaitu Thailand, dan Indonesia juga di Malaysia sendiri berdasarkan aktiviti lasak dipilih.


#1 - LUNCUR AIR

Dalam episod pengenalan ini, hos melakukan aktiviti ekstrem di Chonburri berdekatan Bangkok, Thailand. Aktiviti yang dilakukan luncur air (wakeboarding). Mereka meluncur dalam air di sebuah tasik yang popular dengan sukan ekstrem tersebut. Hos perlu menjawab soalan berkaitan luncur air. 

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Thai Wake Park Pattaya, Chonburi melakukan aktiviti ekstrem luncur air. Mereka bertemu Belka, seorang peluncur air profesional yang mengajar mereka teknik asas untuk meluncur air dengan betul. 


#2 - RENTAS BERTALI

Hos membawa penonton ke Pattaya, Thailand untuk melakukan aktiviti ekstrem iaitu Rentas Bertali (Zipline) di Flight Of The Gibbon, Siracha, Chonburi. Setibanya di pusat tersebut, mereka disambut oleh Suwanus Yibpikul dan diberi penerangan dan maklumat terperinci berkaitan aspek keselamatan oleh Sompote Cherntong, seorang ‘Skyrangers Flight Of Gibbon’. 

Terdapat sebanyak 23 ‘platform’ Rentas Bertali di kawasan tersebut dengan ‘patform’ yang paling tinggi ialah 45 meter. Mereka juga perlu berjalan di titian berayun untuk menguji tahap ‘kegayatan’ seseorang. 


#3 - LOMPATAN 'BUNGEE'

Mereka meneruskan perjalanan ke lokasi X-Bungy, Pattaya, Thailand untuk melakukan aktiviti ekstrem Lompatan ‘Bungee’. Kim dan Akmal telah disambut oleh En. Mark, pemilik X-Bungy Pattaya dan berkongsi cara lompatan dan aspek keselamatan yang perlu diambil berat oleh setiap penerjun. 

Beliau juga menerangkan yang Lompatan ‘Bungee’ di tempatnya merupakan yang tertinggi di Thailand iaitu 60 meter. Kim mencabar Akmal untuk melakukan Cabaran Lastik Manusia. Mereka ditarik naik menggunakan kren sehingga ketinggian 60 meter untuk melakukan Lompatan ‘Bungee’ tertinggi di Thailand. 


#4 - LUMBA GO-KART

Episod seterusnya ke Bangkok, Thailand melakukan aktiviti Lumba Go-Kart di Impact Speed Park Bangkok antara litar go-kart yang terkenal. Akmal bertemu dengan Neo dan beliau menyuruh Neo yang kemudiannya berjaya melakukan aksi 'tagline' tersebut. 

Mereka seterusnya tiba di litar go-kart yang terkenal iaitu Impact Speed Park di Bangkok dan bertemu dengan Kittiwath Jangwang, pengurus litar tersebut. Kittiwath menerangkan sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan dan aktiviti yang sering dianjurkan di litar tersebut. Cabaran dimulakan dengan perlumbaan solo yang perlu dilakukan dengan catatan masa di bawah 45 saat. 


#5 - LUNCUR ANGIN

Dari Bangkok menuju ke Bali, Indonesia melakukan aktiviti ekstrem Luncur Angin (Windsurfing). Setibanya di Bali, mereka memulakan cabaran pertama iaitu melalui Kuiz Aktiviti Ekstrem yang mengutarakan soalan berkaitan sukan Luncur Angin. 

Kim disambut oleh Geby Amanda, Eksekutif Pemasaran Rip Curl School Of Surf dan kemudian bertemu Surya Gangga Nata, Penolong Ketua Jurulatih yang mengajar mereka teknik untuk meluncur angin dengan posisi keseimbangan badan yang betul berpandukan arah tiupan angin. 


#6 - TERBANG DI AIR

Episod di Bali, Indonesia, Akmal dan Kim melakukan aktiviti ekstrem Terbang Di Air (Flyboarding). Peserta perlu menggunakan peralatan khas untuk terapung di atas air yang menggunakan kuasa tujahan air. 

Mereka ke Pandawa Marine Adventures, Tanjung Benda, Nusa Dua, Bali meneruskan cabaran ‘Flyboarding’. Mereka disambut oleh Pak Nyoman, jurulatih sukan ‘Flyboarding’. Pak Nyoman mengajar Kim dan Akmal teknik yang betul untuk melakukan aksi ‘Flyboarding’. 


#7 - PARALAYAR

Aktiviti ekstrem Paralayar (Parasailing) cabaran yang dilakukan oleh hos dalam episod ini. Kuiz Aktiviti Ekstrem dimulakan dengan soalan berkaitan dengan aksi Paralayar untuk menguji pengetahuan am mereka. Masih di Pandawa Marine Adventures, Tanjung Benda, Nusa Dua, Bali untuk meneruskan cabaran Paralayar. 

Akmal dan Kim menaiki bot dibawa ke tengah laut dan mereka akan ditarik naik dengan menggunakan payung terjun. Akmal memulakan aksi tersebut pada ketinggian 50 meter yang membuatkan dirinya gayat pada ketinggian tersebut. Seterusnya tiba giliran Kim pula dan beliau menjerit dan teruja apabila berada di udara bersama payung terjun. 


#8 - MEREDAH ARUS

Bali, Indonesia masih menjadi pilihan dalam melakukan aktiviti ekstrem Meredah Arus (River Rafting) dimana peserta perlu mengharungi arus sungai yang deras dengan menggunakan kemahiran mengendalikan bot pelampung getah. 

Kim telah dicabar oleh Akmal melakukan aksi ‘Zipline Berbasikal' yang mana Kim perlu berbasikal di atas seutas kabel pada kedudukan tinggi. Akmal dan Kim kemudiannya dibawa ke Ubud, Bali oleh BMW Rafting bagi melakukan cabaran Meredah Arus. Mereka menuju ke Sungai Telaga Waja yang merupakan sungai yang sesuai untuk aktiviti Meredah Arus. 


#9 - MERENTAS LEMBAH

Akmal dan Kim terus berada di Bali, Indonesia bagi menyahut cabaran seterusnya iaitu aktiviti lasak Merentas Lembah (Canyoning). Pelbagai aksi perlu dilakukan dalam Merentas Lembah seperti memasuki hutan, menyusur dan mendaki tebing serta terjun ke dalam air terjun. 

Hos meneruskan perjalanan ke Buleleng, Bali untuk melakukan aktiviti Merentas Lembah. Mereka telah diberi taklimat oleh seorang tenaga pengajar syarikat Adventure & Spirit, iaitu Gustian Romanto yang akan membantu mereka dalam aksi Merentas Lembah. 


#10 - RENANG DENGAN JERUNG

Lagi episod menarik di Bali, Indonesia melakukan aktiviti ekstrem Renang Dengan Jerung. Mereka dikehendaki berenang di laut dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung. Kim melakukan aksi Dayung Berdiri. 

Mereka seterusnya dibawa oleh En. Nyoman Sudra, seorang penjaga dan penyelamat di Ocean Club Bali menuju ke kelong yang menempatkan ikan jerung. Setibanya di kelong, mereka disambut oleh Pak Arshad Bahir, penyelia kelong tersebut yang sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan mereka lakukan. 

Kim dan Akmal memulakan cabaran Renang Dengan Jerung dengan menggunakan peralatan ‘Snorkeling’. 


#11 - MOTOR LASAK

Kim dan Akmal kembali berada di Kuala Lumpur, Malaysia melakukan cabaran aksi ekstrem sukan Motor Lasak (Enduro). Mereka seterusnya menuju ke Rock Enduro, Kemensah, Selangor, litar untuk sukan Motor Lasak. 

Akmal dan Kim diberi taklimat serta diajar asas tunggangan oleh Encik Muhd. Mereka mula menunggang di kawasan lapang untuk membiasakan diri dengan motor sebelum memasuki laluan hutan yang berbukit dan berliku. Malang tidak berbau buat Kim selepas beliau terlibat dengan kemalangan ketika menuruni sebuah bukit. 


#12 - JURUTERBANG SEHARI

Kali ini penonton dibawa ke Petaling Jaya, Selangor mencabar diri sebagai Juruterbang Sehari (One Day Pilot). Akmal dan Kim melakukan cabaran dan kemudiannya menuju ke Terminal Subang Skypark bertemu dengan Kapten Imran Ismail, seorang juruterbang profesional. 

Kapten Imran memberi taklimat berkaitan penerbangan yang akan mereka lakukan nanti. Beliau juga melakukan pemeriksaan terhadap pesawat ringan yang akan digunakan. Akmal berpeluang untuk mengendalikan pesawat semasa berlepas dengan bantuan tunjuk ajar Kapten Imran. 

Selepas Akmal selesai mendarat, tiba giliran Kim mengendalikan pesawat dan selepas beberapa ketika, Kim kelihatan gementar dan takut. Kapten Imran segera mengambil alih pemanduan sehingga mereka selamat mendarat.


#13 - PARAMOTOR

Episod akhir Akmal dan Kim berada di Pulau Indah, Klang melakukan aksi ekstrem sukan Paramotor (Aerochute) yang melibatkan aksi terbang menggunakan bantuan motor dan juga payung terjun. Kuiz Aktiviti Ekstrem dimulakan untuk menguji pengetahuan am Kim dan Akmal berkaitan sukan Paramotor. 

Mereka bertemu En. Saufi Salim, juruterbang Paramotor profesional merangkap Presiden Persatuan Paramotor Malaysia. Beliau berkongsi maklumat berkaitan sukan Paramotor. Akmal dan Kim diajar asas penerbangan sebelum melakukan penerbangan yang sebenar. 

Akmal dan Kim kemudiannya melakukan penerbangan masing-masing sambil ditemani juruterbang Persatuan Paramotor Malaysia. 


[KREDIT: RTM]

24 Jul 2020

,

SATU-PERSATU persembahan artis lama dan baharu mengambil tempat menghiburkan penonton dalam sebuah konsert terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerusi slot Konsert Mingu Ini. 

Pastinya orang ramai tertunggu-tunggu bilakah giliran artis kegemaran mereka pula bakal muncul dengan lagu-lagu menggamit nostalgia mahu pun lagu yang menjadi trending masa kini. 

Penyanyi tersohor, Francissca Peter kembali mengubat kerinduan peminat dengan menghadiahkan persembahan bertenaga dalam konsert diberi nama Saat Manis... Francissca Peter pada 25 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Siapa yang tidak kenal penghibur yang satu ini. Lagu-lagu nyanyiannya malar segar hingga kini. Fran bakal muncul dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Sekadar Di Pinggiran, Aku Kehilanganmu, Si Kunang-Kunang, Olala Tropika, Setia, Hingga Akhir Waktu dan banyak lagi. 

Lebih manis menerusi konsert berdurasi sejam setengah ini, ia turut diserikan dengan penampilan istimewa artis Orang Asal, kumpulan Nyata iaitu Ramlan Koyok, Haing Alin dan Rudy. Manakala artis undangan pula bersama Jay Jay, Manan Ngah dan Habsah Hassan. 

Sama-sama bangkitkan memori indah bersama-sama lejen 80an ini di TV2. 


[KREDIT: RTM]

23 Jul 2020

,


PELAKON, penyanyi dan aktivis alam sekitar terkenal, Maya Karin menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) di  Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 – 14 Jun 2020 yang lalu. 

Pengiktirafan ini diperolehi menerusi lakonannya dalam filem Olympic Dream yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) Festival tersebut.




Mengulas tentang pengiktirafan ini, Maya berkata, 

“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Ramsgate International Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan langsung ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton. 

Sejak pertama kali menerima skrip filem ini ianya sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya. Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah. 

Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri. Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi,” katanya.


Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England. Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar  serta memupuk bakat baru. 

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara. 




Olympic Dream merupakan filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn Bhd sebuah syarikat produksi tempatan yang berpusat di Pulau Pinang. 

Filem arahan Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik. 

Olympic Dream juga pernah merangkul  anugerah Best Feature Film di Simply Indie Film Festival, Best Feature Film di Canadian Cinematography Award dan Best Family Film di Kinoduel International Film Festival.

22 Jul 2020

,


MAJLIS perasmian ruang pameran milik SMI Cars Sdn. Bhd. disambut meriah Sabtu lalu, dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada jemputan kenamaan, barisan media perdana, digital, blogger, selebriti media sosial, artis-artis tempatan serta peminat-peminat automotif. 

Sebagai acara automotif pertama yang diadakan setelah perintah kawalan pergerakan tamat, SMI Cars komited mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) kebiasaan normal sepanjang acara berlangsung seperti pemeriksaan suhu badan, pembersihan dan sanitasi ruang makan dan kenderaan yang dipamerkan, penyediaan pelitup muka, pendaftaran dengan aplikasi mySejahtera dan penjarakkan fi zikal.

Kehadiran tetamu yang datang seawal jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang, dijamu dengan pelbagai sajian juadah, sambil dihiburkan dengan persembahan kugiran, tarian Bangra, nyanyian karaoke dan persembahan daripada artis-artis tempatan yang hadir seperti Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan rap lagenda, NICO G. 




Ramai tetamu tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan memandu-uji kenderaan mewah yang dipamerkan. Terdapat juga segelintir tetamu yang membuat keputusan untuk membeli kenderaan impot pilihan mereka pada hari yang bermakna itu.

Terletak strategik di Jalan Ampang, ruang pameran satu tingkat seluas satu ekar ini telah direka oleh seorang pelajar seni bina berumur 19 tahun bernama Asyraaf Khan. Menampilkan seni bina moden berkonsep minimalis, susun atur ruang pameran adalah mesra pelanggan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan. 

SMI Cars, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2012, menawarkan hampir 150 model kenderaan yang diimpot daripada Eropah dan Jepun seperti Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.





Mengulas mengenai keadaan ekonomi sejak perintah kawalan pergerakkan berakhir, pengarah urusan SMI Cars, Irene Deanna Datuk Haji Marof Khan mengakui dengan adanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan impot, kadar pengunjung dan pembeli kenderaan impot mula menunjukkan pertumbuhan positif. 

Irene Deanna telah menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas insentif tersebut dan menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan yang sepatutnya tamat pada 31 Disember nanti, sehingga ke satu atau dua tahun bagi memulihkan ekonomi sektor automotif yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakkan berkuatkuasa. 




Meskipun memahami sentimen pengguna yang lebih berhati-hati demi meneruskan kelangsungan hidup berikutan cabaran ekonomi ketika ini, namun Irene Deanna berharap orang ramai akan mengambil peluang ini untuk membeli kenderaan impot pada harga yang lebih rendah. 

SMI Cars berazam untuk memberi perkhidmatan peribadi eksklusif untuk setiap pelanggan bagi memastikan mereka berpuas hati dengan pengalaman yang dilalui sepanjang proses pembelian berjalan. Tambahan Irene Deanna, pelanggan yang gembira dengan pembelian mereka, akan turut membuatkan SMI Cars berasa gembira.


[KREDIT: SMI Cars]
,

DOKUMENTARI 18 episod jelajah hidupan di dalam laut di beberapa buah lokasi di seluruh dunia, Great Blue Wild menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 23 Julai ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 12.05 tengah hari di TV1. 

Menariknya dalam siaran program setengah jam ini turut dipaparkan bagaimana pelbagai spesies ikan dan haiwan ini menyesuaikan diri di kawasan yang mencabar dari segi cuaca dan alam sekitar.


#1 – COCOS ISLAND 

Episod ini mengisahkan penghidupan laut di pulau Cocos yang terletak 500 kilometer dari Costa Rica. Jacques Cousteau pernah mengelarkan pulau Cocos ini sebagai pulau yang paling indah di dunia. Di kawasan perairan pulau ini terdapat pelbagai spesies yang unik seperti “White Tipped Shark”, “Green Sea Turtle”, “Glass Octopus” dan “Friday Jelly Fish”. 

#2 – SOCORRO ISLANDS 

Kepulauan Socorro, atau yang juga dikenali sebagai Archipelago Revillagigedo ini terletak di Lautan Pasifik sekitar 400km di barat selatan Mexico. Kepulauan ini merupakan sebagai syurga bagi pelbagai spesies ikan jerung seperti “Hammerhead”, “Silky”, “White Tipped” dan “Silver Tipped”. Kepulauan ini juga terkenal dengan spesies ikan paus “Humpback”, ikan lumba-lumba dan “Giant Manta Rays”.  


#3 – BAHAMAS 

Bahamas terdiri daripada lebih dari 700 pulau dan terletak di utara Cuba dan di timur Florida Keys. Lautan di sekitar Bahamas mengandungi pelbagai kehidupan laut. Di samping itu, terdapat sepanjang 900 batu “Coral” di kawasan ini, dan “Barrier Reef” sebegini adalah yang ketiga terpanjang di dunia. “Barrier Reef” ini penuh dengan spesies ikan seperti “Clownfish”, “Angelfish” dan “Barracudas”. Kehidupan laut yang lain yang terdapat di lautan ini adalah seperti ikan paus “Humpback”, ikan paus “Spotted” dan ikan lumba-lumba.


#4 - BELIZE 

Belize Barrier Reef merupakan terumbu karang (coral reef) yang kedua terbesar di dunia dan terletak kira-kira empat puluh kilometer dari Belize. Terumbu karang ini dianggarkan berumur hampir 4,000 tahun. Perairannya di kawasan terumbu karang ini mengandungi ekosistem marin yang paling besar. Di antara spesies ikan dan kehidupan marin yang terdapat di sini adalah seperti “Green Moray Eel”, “Baraccuda”, “Green Sea Turtles”, “Squirrel Fish”, ”Angel Fish”, “Black Tipped Sharks” dan “Southern Sting Ray”.


#5 – COZUMEL 

Cozumel merupakan terumbu karang (coral reef) yang terletak kira-kira 30 kilometer dari “Yukatan Peninsular”, di negara Mexico. Dalam lautan Caribbean, di mana letaknya terumbu karang ini, terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin unik seperti “Boar Shark”, “Hogspill Sea Turtles”, “Toad Fish”, ”French Angels”, “Parrot Fish” dan “Baracudda”. Di Yukatan Peninsular ini, juga terdapat gua-gua di dalam air (underwater subterranean caves) yang paling lama di dunia dan yang popular dengan penyelam-penyelam profesional di seluruh dunia.



#6 - ROATAN 

Roatan, merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Honduras. Dalam lautan Caribbean, di mana terletaknya Roatan terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik,seperti “Carribean Reef Shark”, “Lion Fish”, “Groupers”, “Porcupine Fish” dan “Green Moray Eel”. Di sini, juga terdapat gua-gua di dalam air yang paling popular dalam kalangan penyelam-penyelam profesional. 


#7 - CABO PULMO (SEA OF CORTEZ) 

Cabo Pulmo, merupakan sebuah pulau yang terletak di lautan Cortez, berdekatan dengan Mexico. Usaha memulihkan kawasan lautan disini dimula pada tahun 1980 selepas didapati bilangan kehidupan marin hampir pupus akibat terlalu banyak aktiviti perikanan. Kini, kawasan laut di sekitar terumbu karang (coral reef) di kawasan ini, penuh dengan pelbagai spesies penghidupan laut. Dalam lautan ini terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik,seperti “Travally Jack”, “ Whale Shark”, “White Tipped Shark”, “Lion Fish”, “Groupers”, “Sea Lions” dan penyu.


#8 - PALAU SHARK SANCTUARY 

Palau merupakan sebuah pulau yang terletak 1600 kilometer dari negara Filipina. Dalam lautan di sini terletak terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik, seperti “Moorish Idols”, “White Tipped Reef Sharks” “Boar Shark”,“Napolean Humphead Wrasse” dan “Baracudda”. Kawasan lautan ini juga popular dengan penyelam-penyelam kerana beratusratus ikan jerung yang terdapat di sini. Cabaran yang dihadapi di kawasan ini ialah pemburu gelap yang kerap kali datang untuk menangkap ikan jerung secara haram.


#9 - GIANTS OF PALAU 

Palau terletak 1600 dari negara Filipina. Kawasan ini mempunyai beberapa buah pulau yang kecil dan besar yang kini popular dengan “Eco Tourism”. Dalam lautan di sini terletak terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik dan besar seperti “Manta Rays”, “Napolean Humphead Wrasse”, “Feathered Tail Stingray” dan “Parrot Fish”.


#10 - THE SECRET LIVES OF MANTA 

Episod ini memberi fokus kepada “Giant Manta Ray”. Terdapat dua jenis “Giant Manta Ray” – “Oceanic Manta Ray” dan “Reef Manta Ray”. Kedua-dua ini terdapat di lautan Raja Ampat di Indonesia. Di sini terdapat lebih kurang empat ratus “Reef Manta Ray” dan dua ratus “Oceanic Manta Ray”. Kerajaan Indonesia berusaha untuk melindungi “Manta Ray” dengan tidak membenarkan aktiviti perikanan di kawasan Raja Ampat ini.




#11 - AMAZON OF THE SEAS 

Episod ini memberi fokus kepada hutan hujan marin yang terdapat di Raja Ampat di Indonesia. Kawasan ini menghadapi ancaman oleh sebab peningkatan suhu laut dan amalan memancing yang merosakkan terumbu karang yang kaya dengan pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin. Walau bagaimanapun, inisiatif pemuliharaan telah dimulakan dalam kawasan laut yang dilindungi ini. Usaha ini telah memberikan lindungan kepada penghidupan laut seperti “Manta Ray”, beberapa spesies karang yang unik, beberapa spesies penyu, “Whale Sharks” dan “Black Tipped Sharks”.


#12 - LIFE IN THE MUCK 

Episod ini memberi fokus kepada dasar laut di Indonesia, di mana letaknya terumbu karang yang besar. Di sini terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik seperti “Finger Dragnet”, “Star Gazer” ,”Sea Slugs”, ”Scorpion Fish”, Walking Sharks” dan pelbagai spesies udang.


#13 – MALDIVES 

Negara Maldives merupakan negara yang paling rendah di dunia, dan menjadi semakin rendah akibat peningkatan paras laut. Oleh yang demikian, sistem terumbu karang yang terdapat di Maldives menghadapi risiko yang tinggi dan kehidupan marin terancam. Usaha diambil oleh beberapa buah pertubuhan untuk memelihara syurga laut ini daripada kemusnahan perubahan iklim. Di sini, terdapat pelbagai spesies ikan dan kehidupan marin yang unik seperti “Whale Sharks”, "Olive Ridley Turtle", “Manta Ray” di samping 200 jenis karang dan beribu-ribu spesies ikan tropika.


#14 – COSTA RICA 

Costa Rica yang terletak di lautan Pasifik dan Caribbean adalah rumah kepada 3.5% dari semua spesies laut di dunia. Di Gulfo Dulce, Costa Rica usaha diambil untuk melindungi dan menjaga “Hammerhead Sharks” yang bilangannya semakin menurun. Di samping itu, di lautan ini juga terdapat pelbagai spesies “Rays” seperti “Long Tailed Sting Rays”, penyu dan “Dolphins”. Di kawasan lautan berdekatan pulau Cocos yang juga terletak di Costa Rica, terdapat pelbagai spesies ikan jerung. Cabaran yang dihadapi di kawasan ini ialah pemburu gelap yang kerap kali datang untuk menangkap ikan jerung secara haram.


#15 – WILD COAST OF SOUTH AFRICA 

Episod ini memberi fokus kepada kawasan pantai Afrika Selatan yang terbentang sejauh 270 kilometer. Oleh sebab lokasi kawasan ini di antara dua perairan besar iaitu lautan India dan Atlantik, maka terdapat ombak yang kuat. Perkara sebegini mempunyai kesan terhadap ekosistem marin terutamanya kehidupan marin di kawasan ini. Andrea Marshall, pakar dan penyelidik “Manta Rays” telah membuat banyak kajian tentang kesan ekosistem marin terhadap "Manta Rays" yang terdapat dalam bilangan yang besar di sini.


#16 – SAVE THE GIANTS 

Episod ini memberi fokus kepada kawasan pantai Mozambique yang terbentang sejauh 1600 kilometer. Tempat ini terkenal dengan haiwan marin gergasi seperti “Manta Rays”, “Humpbacks” dan “Whale Sharks” . Di samping itu terdapat juga pelbagai spesis ikan kecil yang belum dikenal pasti lagi. Pakar-pakar seperti Andrea Marshall and Nakia Cullain, kini menjalani penyelidikan ke atas haiwan marin yang terlindung ini.


#17 – MACRO MOZAMBIQUE 

Episod ini mengisahkan kehidupan laut yang kecil yang terdapat di dasar laut di kawasan laut berdekatan Mozambique. Antara spesies haiwan marin yang kecil yang terdapat di sini ialah pelbagai jenis siput seperti “Nudibranch”, udang kecil, ketam dan “Sea Horse”. Aktiviti perikanan yang dijalankan di sini merupakan ancaman kepada kehidupan laut kecil ini.


#18 – LIFE IN THE FOOD CHAIN 

Episod ini memberi fokus kepada “Plankton”. "Plankton" merupakan makhluk laut yang terkecil tetapi yang paling penting di dalam “food chain” kehidupan laut. Plankton amat penting kepada kedua-dua ekosistem laut dan air tawar. Terdapat beberapa jenis “Plankton”, iaitu “Algae, Bacteria, Protozoans, Crustaceans, Mollusks”, dan “Coelenterates”. Kehidupan marin yang kecil seperti “Jack Fish”,”Ghost Pipe Fish”, “Porcelain Crab” dan “Urchin Crab” kepada yang besar seperti “Sharks”, “Dolphins”, “Manta Rays” dan Morray Eels” bergantung pada “Plankton".



Dokumentari Great Blue Wild
Bahasa: Inggeris
Episod: 18          
Hari: Setiap Rabu dan Khamis (Mulai 23 Julai) 
Masa: 12.05 Tengahari 
Saluran: TV1


[KREDIT: RTM]

21 Jul 2020

,

SONY Malaysia today launched the WF-SP800N sport headphones, its newest wireless noise canceling model. 

Designed for an active lifestyle, the WF-SP800N is perfect for any activity, whether it be running for the train or on the treadmill. This powerful sport headphone enhances music experiences with a secure fit, IP55 rating for water and dust resistance and long battery life.


“With the perfect combination of noise canceling and sweat resistance, these headphones help any athlete stay focused on their goals,” said Mr. Yukihiro Kitajima, General Manager, Video & Sound Division, Consumer Business Group, Sony Electronics Asia Pacific. 

“Whether you’re working out at home or hitting the running trails, WF-SP800N brings your motivation to the next level.”


Durability and Long Battery Life

Do More with WF-SP800N’s IP55 Rating: An IP55 rating means that splashes, sweat and dust won’t stop these water-resistant headphones or the workout. Their soft-cushioned arc supporter and three-dimensional curved design ensure a secure, comfortable fit. And after a tough training session, users can even wash them off. 

Keep the Workout Going with Extended Battery Life: The compact charging case offers power on-the-go. Holding a full charge, the case provides 18 hours of music playback with noise canceling switched on and up to 26 hours switched off . When in a hurry, 10 minutes quick charging gives up to 60 minutes of music playback. Thanks to a Bluetooth® chip borrowed from the award-winning WF-1000XM3 truly wireless headphones coupled with an optimised antenna design, the earphones ensure a stable connection with outstanding listening.


Superior Sound & Noise Cancelation

Boost the Beat with Noise Canceling and EXTRA BASS™: The WF-SP800N features the latest noise canceling technology to block out distractions like the sounds of the street or the barbells at the gym. EXTRA BASS™ delivers powerful, punchy, low-end sound, helping users power through their work or workout. With the free-of-charge “Sony | Headphones Connect” companion app, it’s easy to customise the audio to create a relaxed listening experience at home or to boost the bass to charge up a workout. 

360 Reality Audio Compatibility : 360 Reality Audio can be enjoyed on the WF-SP800N headphones when combined with an Android™ smartphone/iPhone that has a participating streaming services app installed . 360 Reality Audio offers a custom immersive musical field that is perfectly optimised for each individual user when utilising the “Sony | Headphones Connect” app. 


Smart Features 

Smart Listening for Any Environment: Adaptive Sound Control automatically adjusts ambient sound settings to suit the current environment for the ultimate listening experience . Ambient Sound Mode also lets users control the sounds that they want to let in, which can be customised in the “Sony | Headphones Connect” companion app from level 0 to level 20.

Control at Your Fingertips: Smart control technology enables users to play, stop or skip through music and adjust the volume  by simply placing a finger on the right earbud and then turn down the music by placing a finger on the left earbud. The quick attention feature instantly turns the volume down and lets in ambient sound so users can chat without needing to remove the earbuds. 

Wearing Detection: Never miss a beat thanks to wearing detection, which automatically detects when the earbuds are taken out. Pause the music instantly by taking one of the earbuds out and the music will automatically resume when the earbud is put back in again. 

Voice Assistant: Manage the day with ease using Google Assistant and Amazon Alexa . Enjoy entertainment, connect with friends, get information, listen to music and notifications, set reminders and more.


[CREDIT: Sony Malaysia]

20 Jul 2020

,

TRAIN To Busan Presents Peninsula is the first blockbuster to hit the cinematic market in Malaysia after the cinemas reopened under the Recovery Movement Control Order (RMCO), and the movie attracted more than 260,000 admissions which bulldozed in a total weekend box office of RM 4.1 million.

The story happened 4 years after Train To Busan with a upgraded action scenes, interesting plot and production design, a definite visual feast to the audiences.

On top of that, the director also added special treatment for Malaysian fans, with a little surprise Malaysia elements towards the end of the movie.


[CREDIT: GSC Movies]

19 Jul 2020

,


IBADAT haji untuk semua rakyat Malaysia ke Tanah Suci bagi Musim Haji 1441 Hijrah ditangguhkan kerana mengambil kira situasi semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19) bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

Justeru, siaran program Salam Baitullah 2020 Edisi ke-12 membuktikan komitmen RTM memberikan liputan dan menyalurkan maklumat terkini sepanjang perjalanan musim haji di Arab Saudi meskipun dalam suasana tiada pergerakan petugas dan jemaah negara kita ke Tanah Suci tahun ini.   

Memastikan jenama Salam Baitullah kekal sebagai program terbaik musim haji RTM, konsep berbeza digarap oleh pasukan penerbitan di studio dengan pengisian yang memaparkan elemen baru yang dilengkapkan dengan pengisian istimewa.

Mengangkat tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program 15 episod ini disiarkan secara langsung mulai 18 Julai hingga 1 Ogos 2020, pukul 9.00 hingga 10.00 malam di Saluran Berita RTM dan TV1. 

Menerusi saluran yang sama, siaran ulangan boleh diikuti setiap hari mulai 19 Julai hingga 2 Ogos 2020, pukul 3.00 hingga 4.00 petang. Manakala siaran langsung Salam Baitullah Khas (Wukuf) pula disiarkan pada 30 Julai ini, pukul 6.00 hingga 7.00 malam dan pukul 9.00 hingga 10.00 malam.

Bersama-sama pengacara di studio iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa dan Ustaz Azman Syah, tujuh segmen diperkenalkan tahun ini iaitu segmen ‘Bersama Panel di Studio’ yang memperincikan pengajaran haji berdasarkan situasi semasa dan kesesuaian tajuk. 

Tetamu undangan seperti YB Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Datuk Kazim Elias, Ustaz Aidil Azwal Zainudin dan Prof Datuk Dr Izhar Ariff.

Diikuti Ustaz Syed Mohd Norhisham, Ustaz Farid Ravi, Ustaz Harryanto Rizal, Ustaz Muhammad Rozie Mohd Rejab, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Datuk Dr Hafizah Musa, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Akram Ikrami dan Ustazah Asma Harun.

Program ini diberi elemen suntikan segar dengan memperkenalkan segmen Ibrah Haji yang berkonsepkan grafik tentang fakta berkaitan musim haji oleh Ustaz Hariri Mohd Daud. 

Seterusnya segmen Khabar Tanah Suci iaitu laporan tentang perkembangan semasa di Tanah Suci, bekas wartawan dan petugas haji daripada tahun 2011 hingga 2019 diundang ke studio secara bergilir-gilir mengendalikan segmen ini. 

Sesi temu bual tetamu secara sidang video bersama rakyat atau pelajar Malaysia yang menetap di Mekah dan Madinah berkongsi pengalaman dan suasana haji di sana. Turut diselitkan visual keadaan semasa di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah serta lokasi di Arafah ketika Wukuf.

Dalam segmen Bacaan Ayat Suci al-Quran pula selingan bacaan Al-Quran disampaikan oleh Farhatul Fairuzah, Juara Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019. Manakala segmen Rehlah Haramain memaparkan kapsul ringkas lokasi bersejarah di Mekah dan Madinah bagi memberi informasi kepada bakal jemaah haji. 

Diikuti segmen ‘Cinta Haramain’, pasukan penerbitan dibantu wartawan RTM di setiap negeri turut menemubual bekas jemaah bagi berkongsi pengalaman serta kerinduan mereka terhadap Baitullah.

Menariknya penonton boleh menyertai segmen ‘Kuiz Harian dan Terkumpul’ di mana Olive House selaku penaja utama menawarkan hadiah sebanyak RM10,000 Sijil Simpanan Premium Tabung Haji kepada pemenang Tempat Pertama Kuiz Terkumpul dan RM5,000 Sijil Simpanan Premium Tabung Haji kepada pemenang Tempat Kedua. 

Bagi Kuiz Harian pula, tiga pemenang bagi kategori penonton TV dan lima pemenang bagi kategori Media Sosial akan menerima hadiah barangan Olive House bernilai RM200 sepanjang 15 episod program ini.



[KREDIT: RTM]