Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BELLA ASTILLAH SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA

[FOTO: Instagram Bella Astillah]


PENYANYI Bella Astillah, 26, selamat bersalin cahaya mata kedua yang juga merupakan bayi perempuan pada jam 6.10 pagi, Sabtu.


"Syukur alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yayy, it’s our first wefieee. 

"Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah. Abang dulu 1 jam setengah, adik pun sama 1 jam setengah," kongsinya di laman Instagram.


Bagaimanapun, suami Bella, Aliff Aziz tidak dapat menemani Bella pada saat kelahiran tersebut kerana masih berada di Singapura disebabkan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3. 

Post a Comment

0 Comments