WARNER Bros. Discovery secara rasmi menjenamakan semula perkhidmatan penstriman Max kepada HBO Max, bermula 9 Julai 2025.
Walaupun aplikasi dan perkhidmatannya kekal sama, perubahan nama ini menandakan usaha untuk menegaskan semula kekuatan jenama HBO yang telah lama sinonim dengan kandungan premium.
Sebelum ini, Max dilancarkan pada tahun 2023 sebagai platform gabungan kandungan HBO, Warner Bros., dan Discovery.
Kini, dengan kembali kepada nama HBO Max, Warner Bros. Discovery ingin memperkukuhkan semula kepercayaan penonton terhadap kekuatan kandungan mereka, merangkumi siri seperti The Last of Us, House of the Dragon, dan pelbagai filem blockbuster.
Pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi baharu, penukaran nama ini hanya melibatkan kemas kini logo dan nama pada aplikasi sedia ada.
HBO Max merupakan platform penstriman global utama daripada Warner Bros. Discovery yang menawarkan pelbagai kisah unik dan mengagumkan, merangkumi program berkualiti tinggi, filem, dokumentari, kisah jenayah sebenar dan animasi untuk penonton dewasa.
Platform ini menjadi destinasi untuk jenama hiburan berprestij seperti HBO, Warner Bros., Max Originals, DC, Harry Potter, serta rancangan ikonik seperti Friends dan The Big Bang Theory, semuanya dalam satu tempat.
Layari www.hbomax.com untuk maklumat lanjut. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments