Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NOKIA UMUM RANGKAIAN MUDAH ALIH PERSENDIRIAN 5G STANDALONE KOMERSIAL PERTAMA



NOKIA hari ini mengumumkan ketersediaan komersial global bagi rangkaian mudah alih persendirian gred industri 5G SA baharu, menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan kes kegunaan perindustrian dan perkilangan yang paling mencabar.

Dengan pengenalan 5G SA, Nokia menawarkan kepada para pelanggannya portfolio menyeluruh paling lengkap di pasaran yang terdiri daripada peralatan rangkaian mudah alih persendirian 4.9G/LTE dan 5G berprestasi tinggi.

Raghav Sahgal, Presiden Nokia Enterprise berkata: “Melalui pengenalan 5G SA ini, kami perintis teknologi baharu untuk pelanggan perusahaan dengan rangkaian mudah alih persendirian bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan pendigitalan mereka, untuk apa jua keperluan atau kesalinghubungan telekomunikasi.

“Kesalinghubungan mudah alih persendirian amat penting untuk membantu para pelanggan kami mencapai matlamat transformasi digital jangka panjang mereka. 
Dengan menyampaikan 5G SA, kami membuka jalan untuk memacu pendigitalan dalam kes kegunaan yang paling mencabar seperti pengilangan automotif, di mana cloud, robotik dan operasi mesin autonomi mewujudkan permintaan misi kritikal untuk kepedaman rendah (low latency) dan kadar data kepantasan tinggi yang boleh diharapkan.”

Sepanjang pembangunan keupayaan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA ini, Nokia telah melaksanakan pelbagai ujian percubaan bersama para pelaggan di tapak dan rakan pengendali mudah alihnya sejak suku pertama tahun 2020. 

Nokia mempunyai lebih daripada 180 pelanggan perusahaan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh dunia di mana lebih 30 daripadanya adalah 5G. Nokia baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan rangkaian mudah alih persendirian 5G termasuk Deutsche Bahn, Lufthansa Technikdan Toyota Production Engineering.

Dengan rangkaian 5G SA baharu dari Nokia, pelanggan perusahaan boleh memilih sistem Nokia Digital Automation Cloudyang kompak, pasang dan guna secara automatik dengan pengaktifan automasi – atau menyesuaikan rangkaian mengikut keperluan spesifik dengan Nokia Modular Private Wireless.

Nokia juga mengumumkan bahawa Sandvik Mining and Rock Technology akan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia di lombong ujinya di Tampere, Finland.

Patrick Murphy, Presiden, Rock Drills and Technologies, Sandvik Mining and Rock Technology berkata; 

“Dengan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia Digital Automation Cloud, kami dapat mempamerkan pelbagai keupayaan baharu yang hebat di lombong uji kami di Tampere. 
“Memandangkan kami bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka memanfaatkan teknologi bagi mendigitalkan operasi mereka, pengenalan 5G membuka jalan kepada pelbagai peluang baharu dalam robotik, operasi berautonomi dan jarak jauh, automasi flit penuh, analisis dan keselamatan yang dipertingkatkan. 
"Oleh itu, ia merupakan pencapaian yang hebat untuk transformasi digital dalam pelombongan.”

Sahgal menambah: 

“Kami menyedari bahawa 4.9G/LTE yang mengendalikan lebih daripada 85 peratus aplikasi perindustrian akan terus menjadi pilihan rangkaian mudah alih persendirian utama untuk suatu tempoh yang berpanjangan. 
"Dengan pengumuman ini, kami menggabungkan semua yang terbaik. Kami menawarkan pelanggan pilihan untuk bermula dengan 4.9G/LTE, dan bertukar kepada 5G apabila ekosistem mereka sudah matang, atau ‘terus ke 5G’ – mengesahkan teknologi ini dan menggalakkan OEM dan pembekal aset-aset perindustrian untuk membangunkan ekosistem 5G yang cemerlang.”

Pablo Tomasi, Penganalisa Utama, Private Networks di Omdia berkata; 

“Untuk berjaya dalam vertikel industri seperti pengangkutan dan perkilangan, ekosistem mudah alih mestilah memberi tawaran menarik yang menangani semua masalah semasa dan aliran tidak terjangka (distruptive trend) untuk jangka panjang. 
"Pasaran rangkaian persendirian akan dibina berdasarkan kepercayaan dan hasil yang disampaikan oleh LTE persendirian. 
Walau bagaimanapun, perusahaan, pembekal dan penyedia rangkaian perkhidmatan perlu memahami potensi sebenar 5G dan bagaimana untuk menggabungkan ia dengan strategi mereka. 
Dengan bertindak pantas melalui penawaran Rangkaian Persendirian 5G SA, Nokia kini berpeluang memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekosistem 5G untuk perusahaan.”

Melalui pengenalan perkhidmatan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA yang tersedia secara komersial, Nokia juga membolehkan rakan-rakan OEM dan ekosistemnya untuk mempercepatkan pengesahan bagi keupayaan 5G. 

Ini akan membantu melonjakkan pembangunan aset perindustrian berkebolehan 5G, mempercepatkan penghasilan aplikasi, dan mengintegrasi 5G ke dalam proses dan sistem perindustrian di masa hadapan.

Selain bekerjasama dengan ekosistem rangkaian mudah alih persendirian – termasuk penyedia rangkaian perkhidmatan, rakan kongsi cloud, pengintegrasi sistem, perunding strategik dan pakar industri – Nokia akan turut memanfaatkan kepakaran vertikelnya untuk menyampaikan manfaat transformasi 5G dalam kes penggunaan spesifik industri.

Dengan adanya keseragaman daripada 3GPP R15 SA yang menyediakan asas untuk 5G persendirian dalam industri, rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia akan menjadi platform utama yang membolehkan ciri-ciri dan peningkatan berkaitan industri di masa hadapan. 

Ini termasuklah Ultra-Reliable Low-Latency Communication(URLLC), Time-Sensitive Networking (TSN), dan pelbagai keupayaan perindustrian lain yang akan melalui pelancaran 5G 3GPP lain (R16-18) di masa hadapan.

Pengumuman hari ini juga memenuhi keperluan pasaran seperti Jerman, Jepun dan UK di mana dengan adanya ketersediaan spektrum 5G tempatan, adalah penting untuk penerimaan awal teknologi 5G dan ekosistem yang berkaitan.

Nokia juga melancarkan peningkatan kepada portfolio rangkaian 4.9G/LTE.


Pelancaran radio Jalur 87 (410MHz) yang pertama di dunia, memperluaskan potensi liputan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh negara merentasi IoT CSP kritikal, keselamatan awam, pengangkutan dan utiliti.

Jalur lebar TD-LTE config 0 Uplinkdipertingkatkan, membolehkan muat naik yang lebih baik untuk video dan aplikasi mudah alih persendirian berasaskan mesin.

Sokongan dipertingkatkan untuk pengagihan (slicing) 4.9G/LTEbagi rangkaian mudah alih persendirian, membolehkan pengagihan bahagian menyeluruh secara maya untuk KPI berprestasi tinggi yang terjamin dalam kes kegunaan spesifik.


[CREDIT: Nokia]

Post a Comment

0 Comments