%20-%20(1).jpg) |
Anthony Edwards, Missy Elliot dan Jennie | KREDIT FOTO: Adidas |
“IT just takes one. Before there can be a thousand.” Begitulah mesej utama dalam kempen global terbaharu adidas Originals, ‘Superstar: The Original’, yang meraikan semangat berani jadi diri sendiri tanpa kompromi.
Lebih daripada sekadar sneakers, Superstar adalah ikon budaya yang telah menempuh perjalanan dari gelanggang bola keranjang ke jalanan, dan terus menjadi pilihan generasi yang mencipta haluan mereka sendiri.
Kempen ini disampaikan dalam visual hitam putih berkontras tinggi hasil sentuhan Thibaut Grevet, pengarah visual yang terkenal dengan gaya sinematik yang unik.
Diterajui suara ikonik Samuel L. Jackson, kempen ini memperkenalkan barisan individu berpengaruh dari pelbagai bidang yang telah mencorakkan budaya dunia dengan keaslian mereka sendiri.
Antara yang terlibat ialah legenda hip-hop Missy Elliott, bintang global Jennie, pemain NBA Anthony Edwards, ikon skateboarding Mark Gonzales, rapper GloRilla, penyanyi eksentrik Teezo Touchdown dan model-pelakon Gabbriette.
Dari barisan nama-nama besar ini, Jennie menyerlah sebagai wajah generasi baru yang redefine maksud originality. Daripada pentas Coachella ke kempen fesyen global, Jennie membuktikan bahawa coolness sebenar lahir daripada keyakinan diri, bukan sekadar ikut trend. Dengan gaya minimalis memakai Firebird Tracksuit klasik dan Superstar hitam putih, aura Jennie kekal ikonik dalam kesederhanaannya.
Superstar: Ikon Yang Terus Berevolusi
Kempen ini diperkenalkan dalam dua bab. Bab pertama, ‘Pyramids’, mengangkat legasi piramid sebagai simbol keabadian budaya, sejajar dengan impak bertahan lama Superstar yang terus relevan melangkaui zaman.
Diikuti bab kedua, ‘Clocks’, sebuah hero film dinamik yang menyatukan ketujuh-tujuh ikon budaya ini dalam satu naratif visual, membuktikan bagaimana Superstar kekal memberi impak kepada dunia seni, muzik, sukan dan fesyen.
Superstar kini hadir dengan dua warna klasik dan rekaan yang ditambah baik, termasuk padding lebih selesa pada bahagian lidah dan buku lali memastikan ia bukan sekadar ikonik secara visual, tetapi juga selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Kasut ini pernah menjadi pilihan seniman, pemuzik dan skater era 90-an yang berani menolak batas budaya, dan kini kembali untuk generasi baru yang terus mencipta ruang mereka sendiri.
Bersama Firebird Tracksuit yang telah menjadi simbol gaya sejak 1967, kedua-duanya kekal relevan hingga ke hari ini.
%20-%20(4).jpg) |
Gabriette, Samuel L Jackson dan GloRilla | KREDIT FOTO: Adidas
|
%20-%20(5).jpg) |
Teezo dan Mark Gonzales | KREDIT FOTO: Adidas
|
 |
"It just takes one. Before there can be a thousand. Superstars are the ones who build crowds, instead of joining them" | KREDIT FOTO: Adidas |
Superstar bukan sekadar tentang sejarahnya yang hebat, tetapi bagaimana ia terus memberi makna kepada generasi hari ini yang berani mencipta jalan sendiri.
Dari jalanan ke pentas global, kasut ini telah menjadi pilihan mereka yang tidak menunggu izin untuk memimpin perubahan budaya.
Perkara ini turut ditegaskan oleh Annie Barrett, Naib Presiden Pemasaran adidas Originals, yang melihat Superstar bukan sekadar produk, tetapi simbol keberanian dan pemangkin perubahan budaya.
“Superstar sentiasa lebih daripada sekadar kasut, ia adalah simbol keaslian dan pemangkin perubahan budaya. Dari jalanan hingga ke pentas dunia, ia dipakai oleh mereka yang tidak menunggu kebenaran untuk memimpin.
"Kempen ini bukan tentang menoleh ke belakang, tapi tentang memberi spotlight kepada generasi Originals yang sedang membina masa depan mereka, tanpa rasa ragu atau minta maaf," katanya.
Superstar bukan tentang nostalgia semata. Ia adalah tentang bagaimana ikon ini terus memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk membentuk budaya dengan cara mereka sendiri. Setiap kumpulan, pergerakan atau gelombang budaya bermula dengan seorang yang berani tampil original. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments