Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FRANCISSCA PETER BAWA PENONTON IMBAU NOSTALGIA


SATU-PERSATU persembahan artis lama dan baharu mengambil tempat menghiburkan penonton dalam sebuah konsert terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerusi slot Konsert Mingu Ini. 

Pastinya orang ramai tertunggu-tunggu bilakah giliran artis kegemaran mereka pula bakal muncul dengan lagu-lagu menggamit nostalgia mahu pun lagu yang menjadi trending masa kini. 

Penyanyi tersohor, Francissca Peter kembali mengubat kerinduan peminat dengan menghadiahkan persembahan bertenaga dalam konsert diberi nama Saat Manis... Francissca Peter pada 25 Julai ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Siapa yang tidak kenal penghibur yang satu ini. Lagu-lagu nyanyiannya malar segar hingga kini. Fran bakal muncul dengan seleksi lagu-lagu hit seperti Sekadar Di Pinggiran, Aku Kehilanganmu, Si Kunang-Kunang, Olala Tropika, Setia, Hingga Akhir Waktu dan banyak lagi. 

Lebih manis menerusi konsert berdurasi sejam setengah ini, ia turut diserikan dengan penampilan istimewa artis Orang Asal, kumpulan Nyata iaitu Ramlan Koyok, Haing Alin dan Rudy. Manakala artis undangan pula bersama Jay Jay, Manan Ngah dan Habsah Hassan. 

Sama-sama bangkitkan memori indah bersama-sama lejen 80an ini di TV2. 


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments