Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TONTON SIAR KOLEKSI SIRI TERBAIK MARVEL, CLOAK & DAGGER


PENAMPILAN ulung siri adiwira Marvel di Malaysia secara eksklusif di tonton, siaran seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat. 

Tayangan di tonton bermula 8 Jun 2018, di mana episod baharu akan disiarkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam dengan durasi satu jam (10 episod).

Platform penstriman nombor satu Malaysia, tonton membawakan siri adiwira baharu dari komik Marvel Cloak & Dagger’, merancakkan lagi capaian koleksi siri TV Marvel. 

Selepas kejayaan siri Runaways dan Inhumans yang disiarkan tahun lalu, lebih 8 juta pengguna tonton kini berpeluang menonton siri Marvel Cloak & Dagger secara eksklusif di tonton, menerusi siaran perdana selama 2 jam bermula 9 malam, 8 Jun 2018; seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat.




PASANGAN ANUGERAH

Siri komik Marvel Cloak & Dagger’ ini mengisahkan dua remaja, Tandy Bowen (Olivia Holt) dan Tyrone Johnson (Aubrey Joseph) yang menemui kuasa mereka secara tidak sengaja, dan saling berkaitan antara satu sama lain. 

Mempunyai latar-belakang kehidupan yang berbeza, Tandy adalah gadis istimewa yang hidup merempat di pinggir bandar selepas rumahnya musnah dilanda taufan Katrina. Manakala Tyron yang berasal dari keluarga berada mulai jatuh cinta kepada Tandy dan adalah menjadi tugas mereka untuk menyelamatkan dunia menggunakan kuasa yang telah dianugerahkan. 

Sebuah karya oleh Joe Pokaski yang berlatar-belakangkan kota budaya New Orleans, siri ini menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan keberanian, menjadikan kandungannya ideal dan segar buat tontonan golongan muda.

Adakah Tandy dan Tyrone mampu berhadapan dengan kehilangan dan ketakutan melalui kuasa mereka? Adakah pasangan ini sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan dunia? 

Saksikan pengakhiran siri Marvel Cloak & Dagger selama 10 episod secara eksklusif di www.tonton.com.my pada setiap Jumaat, 9.00 malam bermula 8 Jun 2018.




Menampilkan wajah baharu dalam industri seni, Aubrey Joseph dan Olivia Holt memainkan peranan utama menerusi watak Tyrone (Cloak) dan Tandy (Dagger)

Siri ini turut menampilkan pelakon pembantu terkenal termasuk Andrea Roth (Rescue Me, Blue Bloods), Gloria Reuben (ER, Mr. Robot), Miles Mussenden (Bloodline, Queen Sugar), Carl Lundstedt (Grey’s Anatomy, Conviction), James Saito (Life of Pi, The Devil’s Advocate) dan J.D. Evermore (True Detective, The Walking Dead).

“Menerusi sambutan hebat yang diterima oleh siri Marvel terdahulu Runaways dan Inhumans, kami yakin bahawa Cloak & Dagger akan turut menerima respon positif di kalangan 8 juta pengguna tonton’’, ulas Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Tambahnya lagi, 

“Penonton boleh menonton siri ini dalam masa 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat bermula 8 Jun 2018. Seleksi siri Marvel terbaik ini membuktikan usaha tonton yang berterusan dalam menyediakan program terbaik buat para pengguna kami walau di mana sahaja.” 



Marvel’s Cloak & Dagger 
Hari: Jumaat (Bermula 8 Jun 2018)
Masa: 9.00 mlm
Deskripsi: Siri Marvel
Durasi: 60 minit
Episod: 10
Produksi: ABC Signature Studios
Terbitan: Marvel Television
Adaptasi: Cloak & Dagger daripada Bill Mantlo dan Ed Hannigan
Pelakon: Olivia Holt, Aubrey Joseph, Andrea Roth, Gloria Reuben, Miles Mussenden, Carl Lundstedt, James Saito, J.D. Evermore 


[KREDIT: Tonton]

Post a Comment

0 Comments