Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM KHAS RAYA RTM 2018


MERIAHKAN Syawal anda dengan mengikuti program-program menarik yang disediakan RTM sepanjang Aidilfitri ini. 

RTM menyediakan keseluruhannya 46 program eksklusif Aidilfitri disiarkan mengisi tiga saluran utama TV1, TV2 dan TV Okey. 

Ia merangkumi filem cereka dan telefilem, majalah & dokumentari, juga hiburan. TV1 tampil dengan 25 program manakala TV2 pula dengan 15 program. Ia dilengkapkan dengan TV Okey menjanjikan enam program terbaik. 

Antara koleksi filem terlaris yang bakal menghiburkan penonton TV2 termasuk Ola Bola, Polis Evo, dan Train To Busan .




Bukan itu sahaja, bagi peminat drama dan telefilem Melayu, Unit Drama TV RTM menerbitkan dua telefilem khas bertajuk 4K (TV1) dan Aku, Dia dan Lagu (TV2). Diikuti slot Panggung Raya di TV1 menayangkan telefilem bertajuk BebelPermaisuri Syurga, dan Sembilu Dosa.

Sementara itu TV2 pula tampil dengan tajuk Raya Tina Raya Timah, Mak Tak Balik Raya, #Lepasraya, dan Sana Aidil Sini Fitri. Tiga telemovie juga mewarnai TV Okey iaitu Hati Belum Berkubur, Aidil, Fitri & Tokwan dan Riuh Jaga Malam

Istimewanya turut dibawakan Gerak Khas Raya bertajuk Sarah di TV2, dan drama bersiri Jangan Padam Rindu (TV Okey).




Penonton juga dihidangkan dengan sajian dua program muzikal terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu Konsert Dimensi Legenda Raya (TV1) dan Konsert BBDU di TV2 yang menampilkan persembahan hebat artis popular tanah air. Turut menghiburkan penonton Konsert 3 Suara Jamal Abdillah di TV1 diikuti muzikal Inggeris, Lady Antebellum : Wheels Up Tour Live (TV2). 

Saksikan juga program kerohanian Gema Takbir di TV1 dan tiga dokumentari iaitu Tajdid Ummah, Sinaran Rohani dan Endless Love menerusi TV2.

Selain itu, TV1 juga menyajikan tayangan program khas terbitan Unit Majalah dan Dokumentari iaitu Syahadah. Turut disiarkan program Ketuk-Ketuk Syawal di TV1 manakala Kecoh Dapur Raya menemui penonton TV2. Tidak ketinggalan TV Okey dengan program Biscotti Siri 2 dan Cuit-Cuit Che Ta.




Dalam pada itu, radio RTM menerusi stesen NasionalFM, Radio Klasik, KLfm, TRAXXfm, MINNALfm, AIfm, ASYIKfm, dan radio negeri seluruh negara juga tidak ketinggalan mengudarakan program-program menarik khusus buat pendengar setia sepanjang musim perayaan ini.

NASIONALfm mengajak pendengar mengikuti dua program; Raudhah Khas Aidilfitri: Sinar Ramadan, Cahaya Aidilfitri, dan menyusul DJ Nova Raya. Program khas turut disediakan Radio Klasik iaitu Ketupat Rendang Aidilfitri. Stesen KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan program bertajuk KL Mash Up Raya 2.0 dan Jom Jam Akustik Istimewa Aidilfitri”.

Sambutan Aidilfitri dikongsi dengan rasa muhibah dan meriah stesen berbahasa Inggeris TRAXXfm yang menghiburkan pendengar dengan aktiviti radio di lokasi, TRAXXfm Embrace The Spirit of Aidilfitri: Spreading Love To The Homeless.  

Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm menyiarkan program pantun Perunaal Kaviyaranggam manakala stesen berbahasa Cina, AIfm tampil dengan carta lagu Pujaan Kita. ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program Muzikal Ekspresi Raya


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments