8 Jun 2018

30 SELEBRITI TERKENAL BUKA GERAI DI FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018


FESTIVAL Ramadan Putrajaya 2018 ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

Penganjurannya bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. 

Mensasarkan 1 juta orang pengunjung, festival kali ini akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan menjanjikan kelainan dengan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sanda dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk masing-masing.  

Festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan dan persembahan ‘busking’ oleh para artis popular masa kini.

Terdapat 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Selain daripada itu, terdapat 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam. 




Pengunjung boleh memilih untuk berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar berkonsepkan outdoor cafe di Kompleks PPj.

PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaan dan kerohanian seperti Solat Tarawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah “drive thru” dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hingga 7 petang di MTMZA.

PPj akan meneruskan kempen-kempen bersama Alam Flora Sdn. Bhd. seperti Kempen Elakkan Pembaziran Makanan, Kempen Pengurusan Sisa Organik Melalui Pengkomposan, Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan dan Kempen Keselamatan Makanan. 

Bagi mengeratkan hubungan pelbagai pihak, PPj juga turut menganjurkan Program Bubur Bersama Komuniti sempena sambutan Nuzul Al-Quran yang menggabungkan kerjasama antara PPj, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan dan Kejiranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lembah Pantai.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 ini dianjurkan secara usahasama PPj dengan syarikat Global Ace Resources Sdn. Bhd.



DATIN ALYAH
Barangan dijual: Contact lense dan barangan kosmetik seperti lipstick, serum, foundation, body suit dan barang-barang  yang di endorse termasuk produk saya sendiri.

SARAH FAZNY
Barangan dijual: Cookies resipi family turun temurun seperti Biskut Sarang Semut Coklat, dan ada juga jual baju stylist/designer Hashtag Sri Hartamas and luvres serum yang Sarah pakai sebelum bersolek.

HAIZA KOOLFM
Barangan dijual: Cookies Mad About Cake, My Haiza Parfum, Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza dan Baju Kurung Preloved. Haiza berniaga di bawah satu jenama iaitu My Haiza. Ada Cakar Ayam Kudapan Citarasa My Haiza, Parfum My Haiza, kuih dan kek raya Mad About Cake dan juga seleksi baju kurung terkini. Haiza juga jual baju tradisional terpakai (preloved) dengan harga yang boleh ditawarkan lagi. 




LAN SOLO
Barangan dijual: Produk pakaian - seisi keluarga dan kurma, buah-buahan kering dan kekacang

HANEZ SURAYA
Barangan dijual: Tudung @everyday_kl by Hanez Suraya dan @sambalbilisomakden by Hanez Suraya

ELLA
Barangan dijual: Produk2 kesihatan dan kecantikan ELLA , rekaan jubah-jubah eksklusif CintaAbaya, Baju Melayu mampu milik dan juga barangan peribadi  ‘prelove’ ELLA .

AIMAN TINO
Barangan dijual: Jus Manno dan Jus Manno Junior yg berasaskan ramuan semula jadi.

1 ulasan:

  1. Nice Ramadan Festival, the prices should not hike in this holy month of Muslim.
    Regards
    Monitor Beasts

    BalasPadam