31 Mei 2018

,

BERTAHUN-TAHUN bercinta namun tak jadi kahwin sebab saudara susuan? Pernahkah anda mendengar kisah begini atau anda sendiri yang mengalaminya? 

Realitinya ia berlaku dalam masyarakat kita dari dulu hingga kini. Hakikatnya situasi ini tidak boleh dipandang remeh. Perkara ini kena dipelihara kerana hubungan sesama saudara susuan jatuh seperti adik-beradik kandung kerana susuan itu. 

Plot kisah ini dikongsikan RTM dalam telemovie bertajuk Daffodil Lara disiarkan pada 1 Jun ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2. Ia menampilkan gandingan pelakon Amyra Rosli, Hafeez Mikail, Amar Baharin, Nabihan dan Marissa Yasmin.

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama iaitu Lara yang menguruskan sebuah kafe milik ibunya, Jane di Cardiff. Sementara itu Hairi yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti juga bekerja sambilan di tempat yang sama. 

Berada jauh di negara orang membuatkan dua sahabat ini, Hairi dan Lara banyak meluangkan masa bersama dan saling memahami. Apa sahaja dikongsikan bersama keduanya termasuk suka dan duka. Lara sentiasa memerlukan Hairi dan begitu juga sebaliknya. 




Keakraban itu membuatkan dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara. Dia berharap Lara sudi menerima dirinya sebagai kekasih. Namun sebaliknya pula bagi Lara. Lara sering mengelak apabila Hairi berbicara tentang hati kerana sejarah sedih kematian kekasih serta ayahnya. Kesedihan itu membuatkan dia belum sedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.  

Namun segalanya berubah selepas itu apabila perkenalan Lara dengan Ilham mula membuka pintu hatinya. Lara dengan mudah membuka hati untuk menerima Ilham yang jatuh hati kepadanya. 

Pertemuan dengan Jane telah merungkai rahsia besar yang tidak diketahui dan dirahsiakan selama ini. Ilham merupakan anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur dua tahun. Begitu pun keluarga mereka terputus hubungan dan Ilham berkongsi kisah keluarganya. Dari situlah Jane dapat kembali mengingati dia pernah menjadi ibu susuan Ilham. 

Masing-masing kecewa dengan berita tersebut. Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat mereka saudara susuan. Begitu juga dengan Jane yang terpaksa menerangkan kebenaran. Mengecewakan Lara bermakna dia turut sama kecewa kerana  menyedari perubahan positif Lara sepanjang menjalin hubungan dengan Ilham. 

Lalu apakah penyudahnya? Bagaimana pula dengan Hairi yang sentiasa berharap hubungannya dengan Lara akan bersatu? Saksikan telemovie arahan Rahila Ali terbitan Pena Creative Sdn Bhd ini di TV2. 



Telemovie Daffodil Lara
Tarikh Tayangan: 1 June 2018
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 (Slot Citra)
Terbitan: Pena Creative Sdn Bhd
Arahan: Rahila Ali 
Pelakon: Amyra Rosli, Hafeez Mikail, Amar Baharin, Nabihan, Marissa Yasmin 


[KREDIT: RTM]

30 Mei 2018

,

MASTERCHEF Australia returns for a spectacular and inspirational 10th season. George Calombaris, Gary Mehigan and Matt Preston are back, along with mentor Shannon Bennett and a line-up of guest chefs that includes Gordon Ramsay and Nigella Lawson. 

After scouring the country for the best amateur cooks, the confident and the humble will cook side by side, putting themselves in the spotlight during a rigorous judges’ audition process that sees only the most deserving and talented cooks prevail. 

MasterChef Australia is set for its biggest and best season yet, a season full of surprises. MasterChef Australia S10 premieres 18 June, Mondays to Fridays 8pm.

Lifetime (Astro 709) brings you a brand new original Korean beauty series, Up! Pretty. Hear from our expert pool of celebrities, influencers and professionals on their hacks, tips and recommendations on the best beauty looks of the season. Up! Pretty premieres 25 June, Mondays 9.30pm.

  


OTHER HIGHLIGHTS ON LIFETIME MY IN JUNE INCLUDES:

Remembering Michael Jackson: Stunt, 24 June, Sunday 6pm

Married At First Sight US S5: New Episodes, Tuesdays 9pm 

Glam Masters: New Episodes, Mondays 8.30pm 

Masterchef Australia S10 Best Of Week 1: Stunt, 22 June, Friday 6.55pm



LIFETIME ORIGINAL MOVIES 
- Movie premiere, 1 new movie every week, Wednesdays 9pm 


A Killer Among Us (6 June) 
After the shocking murder of her mother, Alex helps a police detective by searching her home for clues that they hope will lead to the perpetrator.

Lost Boys: Tale of Two Coreys (13 Jun)
The story of teen heartthrobs Corey Feldman and Corey Haim, whose lives were forever changed by the glitz, glamour, and the darker side of show business.

The Wrong Man (20 Jun)
After the untimely death of her grandmother, an estranged young woman returns to their home to slowly discover the friendly, handsome man caring for her grandfather isn't at all what he seems to be.

The Lost Wife of Robert Durst (27 Jun)
Young and wide-eyed, Kathie falls in love with charming yet quirky real estate scion Robert Durst, only to find their marriage turning stranger, darker and more disturbing as time passes.


[CREDIT: Lifetime]
,

BERSAMA pengacara Imam Muda Nazrul menjelajah ke beberapa buah daerah di Indonesia membuat lawatan ke beberapa buah pesantren terpilih menerusi program Santri Serumpun yang sedang sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV1.

13 episod siarannya membawa kepada penonton perkongsian maklumat dan gambaran lanjut berhubung dengan sejarah, keistimewaan, kekuatan, aktiviti para pelajarnya dari sudut pengajian dan kegiatan ko-kurikulum harian mereka.

Ia bermula dengan lawatan ke Pondok Pesantren al-Qur'an al-Falah di Bandung, Jawa Barat. Beliau memberi penjelasan bahawa perkataan pondok asalnya adalah tempat penginapan para pelajar di sesebuah pusat pengajian agama suatu ketika dulu. 

Namun dengan peredaran masa pusat-pusat pengajian ini telah dibangunkan secara lebih tersusun dengan mengekalkan fungsi terasnya. Hasil dari temubual bersama pihak pengurusan pesantren, dijelaskan bahawa pesantren ini memberi fokus kepada dua bidang iaitu diniyyah dan muamalat. 

Kemudiannya lawatan diteruskan ke Pesantren Yayasan Misbahunnur di Bandung. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran komputer, sesuai dengan keperluan semasa. 

Di masa lapang para pelajarnya digalakkan beriadah supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan cergas. Khitobah atau pidato adalah salah satu daripada subjek yang diberi penekanan di pesantren ini yang bertujuan membina keyakinan kepada para pelajar. 

Perjalanan singgah ke Pondok Pesantren Darut Tauhid. Pesantren ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu Diniyyah, Muamalat dan Kemasyarakatan. Di pesantren ini ditawarkan kursus jangka pendek dan jangka panjang serta kursus atau kelas pengajian dewasa selama tempoh 40 hari. 




Para pelajar juga diajar melengkapkan diri dengan ilmu pertanian, memanah dan berkuda iaitu aktiviti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Selain daripada itu pesantren ini juga menyediakan kemudahan stesen radio FM untuk menyampaikan syarahan-syarahan agama kepada masyarakat setempat.

Ada juga lawatan ke Pondok Pesantren al-Ittifaq di Ciburial Desa Alamendah, Bandung, Jawa Barat. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran ilmu akhlak sebagai asas. 

Pesantren ini menekankan kepada dua bidang utama iaitu Salafiah di mana para pelajarnya akan diperkenalkan kepada ilmu pertanian dan pemasaran selain bidang teras pesantren. Manakala Khalifiah pula mengkhusus dalam bidang akedemik dan pengajian teras pesantren. Para pelajarnya ada yang tinggal di asrama dan kepada pelajar yang tinggal berhampiran mereka berulang dari rumah. 

Pengacara kemudiannya meneruskan lawatannya ke Pesantren Yayasan al-Basyariyah di Bandung. Pihak pengurusan pesantren menyatakan bahawa pesantren ini mempunyai empat buah kampus. Selain daripada hafazan sebagai subjek teras, ia juga memberi penekanan kepada pengajaran akhlak. 

Pesantren ini mempunyai tiga peringkat pengajian iaitu thanawiyah, aliyah dan diniyah. Disiplin amat diberi perhatian supaya pesantren dapat melahirkan warga yang berakhlak mulia. 

Saksikan juga perkongsian menarik kunjungan ke Pondok Pesantren Bina Insan Mulia yang diurus tadbir oleh sebuah yayasan, Pondok Pesantren al-Bahjah di Cirebon, Jawa Barat, Pondok Pesantren Miftahul Muta'allimin di Babakan Chiwaringin, Cirebon, Jawa Barat, dan Pondok Buntet Pesantren di Desa Medakulon, Daerah Buntet, Cirebon, Jawa Barat.

Tidak ketinggalan lawatan ke Pondok Pesantren Yatim Piatu Daarul Jannah, Pekan Sari, Bogor, Jakarta, yang menempatkan seramai 20 orang pelajar terdiri dari anak-anak yatim. Begitu juga Pondok Pesantren Muallaf Yayasan An-Naba' iaitu sebuah pesantren yang dibina dan diuruskan oleh seorang muallaf. Pesantren ini dibina sebagai sebuah penempatan sementara dan pusat pengajian para muallaf dan satu-satu seumpama ini di seluruh Indonesia. 



Program Santri Serumpun
Episod: 13  
Hari: Setiap Ahad
Masa: 10.00 Malam 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM  
Pengacara: Imam Muda Nazrul


[KREDIT: RTM] 

29 Mei 2018

,

BANYAK adegan yang berat dan memerlukan pelakon bermain dengan emosi antara kelainan yang dijanjikan dalam drama bersiri terbaharu bakal menemui penonton setia RTM bertajuk Air Mata di Bumi Matador.

Menariknya lagi, drama bersiri 26 episod yang akan mula ditayangkan pada 30 Mei ini, melibatkan 50 peratus penggambaran di Sepanyol. Drama arahan, Rahila Ali ini disiarkan pada jam 8.30 malam, setiap Rabu dan Khamis di TV2.

Dibarisi pelakon Puteri Aisyah, Nazrief Nazri, Ben Amir, Eyka Farhana, Shakilla Khoriri dan Arash Mohamad, ia berkongsi memaparkan kisah seorang gadis yatim piatu bernama Qaisara yang terpaksa membatalkan perkahwinan dengan Iskandar, kekasihnya semenjak dari sekolah. 

Kecewa dengan peristiwa itu, dia kemudiannya membawa hatinya yang kecewa ke Sepanyol. Di sana Qaisara cuba melibatkan diri dengan kerja-kerja amal yang diyakini dapat membuatkan dirinya melupakan kenangan pahit antara dirinya dengan Iskandar.




Sementara itu seorang penuntut Malaysia bernama Adib yang turut melakukan kerja-kerja amal berjaya mengisi kesunyian Qaisara. Meskipun sukar untuk dirinya kembali menerima cinta daripada seorang lelaki namun kehadiran Adib berjaya mengubah pendiriannya itu. Baginya keikhlasan Adib berjaya meyakinkannya untuk kembali bahagia bersama insan yang disayang. 

Namun konflik berlaku apabila cinta baru antara Qisara dan Adib mula berputik, Iskandar datang ke Sepanyol dan menuntut cintanya kembali. Situasi itu mengejutkan Qaisara yang sememangnya masih dibuai cinta lama bersama Iskandar. Dia mula keliru memilih antara Iskandar atau Adib.

Kesudahannya Qaisara memutuskan untuk kembali ke tanah air dan berkahwin dengan Iskandar. Baginya ia peluang kedua yang tidak seharusnya dipersiakan. Dia mahu membina semula bersama lelaki dicintai sepenuh hatinya itu. 




Akan tetapi jodoh sememangnya di tangan tuhan. Kali ini juga impiannya membina mahligai bahagia bersama Iskandar tidak kesampaian. Iskandar meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan. 

Sekali lagi Qaisara jatuh terduduk. Impiannya musnah sama sekali. Setelah jiwanya kembali tenang dan mula redha dengan ketentuan Allah, Qaisara kembali membawa diri ke Sepanyol dan memulakan kehidupan dengan semangat baru.

Kunjungannya ke sana sememangnya dinantikan oleh Adib. Nekad tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya sekali lagi, Adib terus melamar Qaisara. Namun malangnya Qaisara menolak kerana sudah serik dengan jodah yang tidak kesampaian. Rakan-rakan di sekelilingnya cuba menasihati Qaisara untuk memberi peluang kepada Adib untuk membahagiakannya. 

Adakah hubungan mereka kembali bersatu? Ikuti kesudahannya di TV2.



Drama Air Mata Di Bumi Matador
Episod: 26  
Hari: Setiap Rabu & Khamis
Masa: 8.30 Malam 
Saluran: TV2 
Arahan: Rahila Ali
Pelakon: Puteri Aisyah, Nazrief Nazri, Ben Amir, Eyka Farhana, Shakilla Khoriri, Ieda Moin, Arash Mohamad


[KREDIT: RTM]
,

PELAKON Nad Zainal mencabar keupayaan diri menjadi hos program disiarkan RTM sepanjang Ramadan ini. 

Menerusi program diberi tajuk Citarasa Malaysia yang sedang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 pagi di TV Okey (Astro 109), Nad Zainal meninjau sesuatu tempat untuk mempelajari cara-cara pembuatan kek dan biskut raya yang akan diajar oleh cef profesional atau tukang masak berpengalaman.

Dalam episod pertama, Nad membawa penonton ke Puchong, Selangor ke premis milik Chef Fairuz bagi mempelajari bagaimana membuat kek sebagai persediaan menyambut hari raya. Chef Fairuz telah menunjukkan cara-cara dan teknik-teknik membuat dua jenis kek klasik Perancis iaitu Kek L’Opera dan Kek Financiers. 

Kek L’Opera adalah kek yang berlapis-lapis dan diantaranya disapukan bahan coklat. Kek Financiers pula merupakan sejenis kek ringkas seakan-akan kuih baulu kita di sini tetapi dimasukkan ke dalam acuan kertas dan ditabur hiasan di atasnya.

Seterusnya Nad menemui Puan Zaidah dari ‘Simply Sugar Baking Studio’ bagi mempelajari cara-cara membuat kuih tradisional yang diberi nafas baru iaitu Kek Cawan Ondeh-ondeh. Walaupun kek ini tampil dengan rupa yang moden tetapi rasanya tetap seperti Ondeh-ondeh tradisional. 

Di tengah-tengah kek cawan ini dimasukkan juga gula Melaka sebagaimana pembuatan kuih Ondeh-ondeh. Hidangan kedua yang ditunjukkan oleh Puan Zaidah sebagai persiapan menyambut hari raya adalah ‘Almond Butter Drop’. Hidangan ini adalah inovasi daripada Kuih Dahlia ataupun Semperit tetapi di atasnya diletakkan biji badam.




Penonton kemudiannya dibawa ke Melaka untuk mengenali dan mempelajari cara-cara membuat dua jenis kuih tradisi daripada Mak Itam iaitu Kuih Mutai dan Halwa Muskat. Kedua-dua kuih ini kebiasaannya disediakan pada hari-hari perayaan sahaja. 

Di sini juga turut dikongsi cara membuat dua jenis lagi kuih tradisi iaitu Kuih Dangai dan Kuih Topi. Mak Itam belajar memasak daripada arwah emaknya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri-kendara di kampungnya. 


Citarasa Malaysia singgah ke Muar, Johor menemui Mak Long Ju bagi mempelajari cara-cara membuat dua jenis kuih tradisional iaitu Kuih Wajik dan Kuih Tumpi. 

Dalam episod di FELDA Tementi, Triang, Pahang, Nad bertemu Mak Jah belajar bagaimana membuat dua jenis kuih tradisional iaitu Kuih Deram dan Kuih Karas yang menyelerakan.

Perjalanan Nad mempelajari pembuatan kek dan biskut turut berada di Sungai Besar, Selangor. Kali ini Nad menemui Cef Hamdan bagi mempelajari cara-cara membuat dua jenis biskut tradisional iaitu Biskut Kelapa dan Batang Buruk. 

Sementara itu juga penonton berpeluang untuk mengenali dan mempelajari cara-cara membuat dua jenis biskut tradisional daripada Mak Lang. Biskut yang dimaksudkan adalah Biskut Suji dan Biskut Buah Kana. Kedua-dua biskut ini biasanya disediakan sebagai hidangan pada hari raya.

Ikuti beberapa lagi episod menarik program ini di TV Okey (Astro 109). 



Program Citarasa Malaysia 
Hari: Setiap hari sepanjang Ramadan
Masa: 9.00 Pagi 
Saluran: TV Okey (Astro 109) 
Terbitan: RTM  
Pengacara: Nad Zainal


[KREDIT: RTM]
,

ANDA suka makan tembikai? Nak-nak lagi bila waktu panas mesti bestkan.. Jom kita tengok apa kebaikan dan khasiat yang terdapat pada buah tembikai yang kita mungkin kita tidak ketahui.




1. Baik untuk kesihatan Kardiovaskular & Tulang
Lycopene dalam tembikai sangat penting untuk kesihatan kardiovaskular kerana ia meningkatkan aliran darah melalui vasodilasi (kelonggaran tekanan darah). Lycopene diet (dari makanan seperti tembikai atau tomato) mengurangkan tekanan oksidatif yang biasanya mengurangkan aktiviti osteoblas dan osteoklas (kedua-dua sel tulang utama yang terlibat dalam patogenesis osteoporosis) - ini bermakna tulang yang lebih kuat bagi mereka yang memakan makanan yang kaya dengan lycopene. Tembikai juga kaya dengan potassium yang membantu mengekalkan kalsium dalam tubuh anda, menghasilkan tulang dan sendi yang lebih kuat.



2. Mengurangkan Lemak Badan
Citrulline dalam tembikai dapat mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel-sel lemak kita. Citrulline adalah asid amino yang berubah menjadi arginin dengan bantuan dari buah pinggang. 




3. Sokongan Anti-radang & Antioksidan
Tembikai kaya dengan sebatian fenolik seperti flavonoid, karotenoid, dan triterpenoid. Lycopene karotenoid dalam tembikai sangat bermanfaat dalam mengurangkan keradangan dan meneutralkan radikal bebas. Triplepenur cucurbitacin E juga hadir dalam tembikai, yang menyediakan sokongan anti-radang dengan menghalang aktiviti enzim cyclo-oxygenase yang biasanya membawa kepada peningkatan sokongan keradangan. 



4. Sokongan Diuretik & Ginjal
Tembikai adalah diuretik semula jadi yang membantu meningkatkan aliran air kencing, tetapi tidak merosakan ginjal (tidak seperti alkohol dan kafein) yang memudahkan proses pembuangan sisa protien pada buah pinggang sambil menyingkirkan cecair berlebihan.




5. Sokongan Otot & Saraf
Kaya dengan kalium, tembikai adalah elektrolit semula jadi yang hebat dan dengan itu membantu mengawal tindakan saraf dan otot dalam badan kita. Potassium menentukan tahap dan kekerapan penggunaan otot kita, dan mengawal pengujaan saraf di dalam badan kita.



6. Pembentukan alkali
Tembikai mempunyai kesan pembentukan alkali. Memakan banyak makanan berbentuk alkali boleh membantu mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh diet asid tinggi iaitu dari pemakanan daging, telur dan tenusu.




7. Meningkatkan Kesihatan Mata
Tembikai adalah sumber karbohidrat beta-karoten  yang ditukar dalam tubuh menjadi vitamin A. Ia membantu menghasilkan pigmen di retina mata yang berkaitan dengan usia dan juga menghalang kebutaan malam. Vitamin A juga mengekalkan kulit yang sihat, gigi, tisu rangka dan lembut, dan membran mukus.




8. Sokongan Imun, Penyembuhan Luka & Mengelakkan Kerosakan Sel
Kandungan vitamin C dalam tembikai amat tinggi. Vitamin C sangat baik untuk meningkatkan sistem imun kita dengan mengekalkan integriti sel-sel redoks dan dengan itu melindungi sel-sel dan DNA kita). Peranan vitamin C juga penting dalam penyembuhan luka. 



[KREDIT SUMBER: livelovefruit.com]

28 Mei 2018

,

THE HIT comedy series Ballers and Insecure will kick off their new seasons back-to-back on Monday, August 13 on HBO (Astro Ch 411/ HD 431) and HBO On Demand (via Astro GO).

Ballers returns for its fourth season, same time as the U.S. on Monday, August 13 at 10am, with a same day encore at 11pm, exclusively on HBO (Astro Ch 411/ HD 431). The series will also be available on HBO On Demand (via Astro GO). 

The show looks at the lives of former and current football players, following former superstar Spencer Strasmore (Dwayne Johnson), who has reinvented himself as a financial manager. This season, Spencer and Joe (Rob Corddry) take their skills to Los Angeles as they look to expand their roster and horizons in the world of action sports. 

Other cast members include John David Washington, Omar Benson Miller, Donovan Carter, Troy Garity, London Brown, Jazmyn Simon and Brittany S. Hall. Created by Steve Levinson; executive produced by Stephen Levinson, Mark Wahlberg, Dwayne Johnson, Dany Garcia, Peter Berg, Rob Weiss, Julian Farino, Denis Biggs and Karyn McCarthy.




Insecure begins its third season, same time as the U.S. on Monday, August 13 at 10:30am, with a same day encore at 11:30pm, exclusively on HBO (Astro Ch 411/ HD 431). The series will also be available on HBO On Demand (via Astro GO)

Starring Issa Rae and Yvonne Orji, the show follows the friendship of two black women as they deal with their own real-life flaws while attempting to navigate different worlds and cope with an endless series of uncomfortable everyday experiences. 

Other series regulars include Jay Ellis, Lisa Joyce, Y’lan Noel, Natasha Rothwell and Amanda Seales. Created by Issa Rae and Larry Wilmore; executive produced by Issa Rae, Prentice Penny, Melina Matsoukas, Michael Rotenberg, Dave Becky, Jonathan Berry, Dayna Lynne North and Jim Kleverweis




[KREDIT: HBO ASIA]
,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)




[TEATER:  MUSICAL BETWEEN THE LINES]




[EVENT:  MEGA RAYA 2018]




[KARNIVAL:  KARNIVAL SYAWAL 2018 @STADIUM MELAWATI]




[SHOWCASE:  JOHN DIP SILAS @BOBOKL]




[TALK:  SEMBANG SANTAI SELEBRITI]




[TEATER:  WE SPEAK OF LOVE]




[EVENT:  MEET & GREET ELYANA]




[EVENT:  RAYA MODE 2018]




[SHOWCASE:  GLAM RAYA SHOWCASE]




[TALK:  PROGRAM RAUDHAH MAWADDAH]




[TALK:  RAKAMAN AL-KULIYYAH]