10 Mac 2018

DETECTIVE AND DOCTORS, APA KISAHNYA?


SAKSIKAN kisah penyiasatan kes rampasan kuasa dengan meracuni Maharaja oleh seorang penyiasat handal dibantu oleh seorang doktor buta dalam drama bersiri klasik Mandarin bertajuk Detectives and Doctors  yang sedang bersiaran mulai 27 Februari, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 5.00 petang di saluran TV2.

Mengisi slot Golden Phoenix yang banyak menyiarkan drama bersiri Mandarin terbaik sebelum ini, 43 episod siri dilancarkan dalam 3D ini dibintangi oleh Raymond Lam (Liu Shan Men), Zhang Xiao Long, Zhang Meng (Sword of Legends) dan Lan Xi.

Ia seni bela diri yang hebat berdasarkan novel klasik Gu Long mengangkat kisah Lu Xiaofeng, seorang protagonis yang terkenal di alam semesta Gu Long, kerana dia menyiasat penyakit luar biasa yang melanda maharaja. Sepanjang perjalanan, dia menjalin persahabatan dengan doktor terkenal Hua Manlou, Xi Men Chui Xue dan Ah Xin, seorang wanita yang mencintainya tanpa syarat.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Lu Xiaofeng mendapat tugas untuk menyiasat kes maharaja yang tiba-tiba menderita penyakit misteri. Dalam penyelidikannya, Lu Xiaofeng bertemu dengan seorang puteri bernama Shangguan Danfeng dari Kerajaan Burung Emas yang memberitahu bahawa penyakit yang diderita oleh maharaja bukan penyakit biasa tapi kerana racun yang dibuat oleh tiga orang penghianat kerajaan. 

Ketiga-tiga penghianat itu kemudian diketahui bersembunyi di Ibu Kota Kerajaan Burung Emas. Lu Xiofeng dengan dibantu oleh sahabatnya Si Doktor Buta bernama Hua Manlou dan Pendekar Ximen Chuixue kemudian berangkat bersama sang puteri ke Kerajaan Burung Emas untuk menangkap tiga penghianat tersebut.

Sepanjang perjalanan ke Kerajaan Burung Emas, mereka menghadapi pelbagai ancaman dan mara bahaya, serta percintaan tiga segi yang tak terduga. 

Setelah tiba di Kerajaan Burung Emas, Lu Xiaofeng berhasil menangkap kesemua penghianat yang meracuni maharaja. Namun cerita belum selesai, kerana muncul kes lain pula. Ternyata ketiga-tiga orang itu bukan penghianat, sebaliknya mereka adalah kumpulan yang berusaha menyelamatkan kerajaan kerana maharaja yang ada dalam kerajaan bukan maharaja yang sebenarnya. 

Di manakah maharaja yang sebenarnya? Siapakah Puteri Shangguan Danfeng tersebut? Apa yang sebenarnya terjadi dalam Kerajaan Burung Emas? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.



Detectives And Doctors
Episod: 43
Hari: Isnin hingga Khamis
Masa: 5.00 Petang
Saluran: TV2 
Pengarah: 
Pelakon: Raymond Lam, Zhang Xiao Long, Zhang Meng, Lan Xi.

Tiada ulasan:

Catat Komen