10 Mac 2018

MAJLIS RESEPSI RUZANA IBRAHIM, SIMPLE & SWEET


PELAKON Ruzana Ibrahim telah selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, M. Fadhil Zakaria, sebagai pasangan suami isteri, sekitar 10.30 pagi tadi.

Ruzana yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Ibrahim Ayob, 66, selamat bergelar isteri dengan hanya  sekali lafaz.

Majlis penyatuan dua hati ini telah berlangsung di Rooftop Sunway Nexis, Kota Damansara dengan disaksikan keluarga dan teman-teman rapat pasangan ini.

Pada upacara itu, Ruzana menerima mas kahwin berjumlah RM300, beserta sebentuk cincin. Tiada tukaran dulang hantaran dilakukan kerana pasangan ini memilih untuk mendahulukan perkara yang lebih utama iaitu ijabkabul.

Yaa, majlis kahwin selebriti yang paling cool.




Jarang-jarang selebriti popular memilih pendekatan begini, namun itulah yang dilakukan pelakon drama Isteri Tuan Ihsan ini yang sememangnya cukup dikenali dengan sikapnya yang suka merendah diri dan bersederhana dalam apa yang dilakukannya.

Majlis resepsi pasangan ini berlangsung sebaik sahaja upacara pernikahan selesai di lokasi yang sama. Tiada acara persandingan yang dilakukan, tetapi ia lebih kepada acara intim bersama para tetamu yang hadir meraikan hari bahagia mereka.




Bertemakan perkahwinan dalam taman ini diatur sederhana namun berlangsung meriah dengan catatan memori yang cukup manis untuk buat pengantin dan tetamu yang hadir.

Antara rakan selebriti yang turut memeriahkan hari bersejarah pasangan ini ialah Nadia Aqilah, Nadia Nisaa, Sharifah Amani, Safia Hanifah, Tony Eusoff, Ashraf Zain, Andy Estranged, Nabil Zamanhuri dan ramai lagi.

Selamat pengantin baru dari kami, semoga jodoh berkekalan sehingga ke jannah.

Tiada ulasan:

Catat Komen