9 Mac 2018

RUZANA IBRAHIM NIKAH ESOK


PELAKON cantik, Ruzana Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan lelaki pilihan, M. Fadhil Zakaria pada esok, 10 Mac 2018.

Difahamkan majlis ijabkabul pasangan ini akan diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi pula berlangsung pada hari yang sama di sebuah lokasi di Kota Damansara.

Ruzana yang sebelum ini cukup dikenali di pentas teater muzikal merupakan antara selebriti yang tidak gemar bercerita tentang kehidupan peribadinya kepada umum.




Biarpun sudah lebih 10 tahun dalam bidang seni, pelakon tinggi lampai ini tidak pernah terpalit dengan gosip, apatah lagi kontroversi.

Menjadi prinsipnya untuk hanya bercerita perihal kerjaya seninya selama bergelar anak seni. Justeru hubungannya dengan bakal suami tidak dapat dihidu peminat mahupun pihak media. Malah Ruzana sendiri tidak gemar berkongsi secara terbuka fotonya bersama pasangan di media sosial.

Bagaimanapun, difahamkan bakal suami Ruzana berasal dari negeri pantai timur dan bekerja dalam bidang Oil & Gas.




Kami di 7Klik mendoakan agar majlis raja sehari yang berlangsung esok, berjalan lancar dan diberkati hendaknya.

Selamat pengantin baru, semoga berbahagia dan kekal berkasih sayang sehingga ke syurga. Amin!


[KREDIT FOTO: Instagram Ruzana Ibrahim]

Tiada ulasan:

Catat Komen