Hot Posts

6/recent/ticker-posts

LINDA ONN SELAMAT BERSALIN CAHAYA MATA PERTAMA


TAHNIAH kepada penyampai radio popular, Linda Onn yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya petang tadi.

Berita tersebut dikongsikan Linda menerusi Instagram (IG) peribadinya bersama sekeping gambarnya yang menyaksikan dia memangku bayi comel tersebut.


"LO junior. Alhamdulillah," tulisnya ringkas tanpa berkongsi sebarang info lain.

Mungkin Linda akan berkongsi info dan perkembangan terkini tentang bayinya selepas ini. Apa pun semoga ibu dan anak dalam keadaan yang sihat dan walafiat. 

Linda atau Rozlinda Onn, mendirikan rumah tangga dengan Ungku Azhar pada 27 Disember 2014.


[KREDIT FOTO: Instagram Linda Onn]

Post a Comment

0 Comments