Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SURF THIS LOVE: BERANI LAWAN OMBAK, CINTA?



Surf The Love: Gelora Juara
Tayangan: 22 Februari 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Romantik Komedi
Klasifikasi: P13
Pengarah: Waan Hafiz  
Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin, Josiah Hogan, Ardell Aryana
Edaran: Empire Film Solution



Mengisahkan...
Surf  This Love mengisahkan tentang Billy (Shukri Yahaya), seorang pemandu pelancong di Pulau Tioman yang bercita-cita untuk mengikut jejak langkah arwah abangnya, Bobby (Mustaqim Bahadon) sebagai pemain luncur ombak terkenal.

Dia cuba meminta tunjuk ajar daripada Jimmy (Pekin Ibrahim), bekas pemain luncur terkenal di pulau tersebut, namun ditolak Jimmy yang sudah patah hati dengan sukan tersebut selepas mengalami kecederaan di kakinya.

Kedatangan seorang blogger cantik, Mia (Cristina Suzanne) ke pulau itu seperti memberi harapan baru kepada Billy, apabila Mia tidak memperlekehkan impiannya.

Tanpa diketahui Billy, Mia rupa-rupanya adalah teman wanita kepada Mike (Josiah Hogan), pemain luncur ombak yang juga teman baik arwah abangnya dan Jimmy.







Post a Comment

0 Comments