Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bila Yusuf Iskandar, Bujibu Chempel bersatu


GELAGAT Yusuf Iskandar, hero cilik kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama kucing peliharaan keluarga bahagia ini, Bujibu Chempel, kini digarap dalam sebuah program realiti keibubapaan, My Little Heroes - Yusuf & Bujibu.

Program ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). 


FAKTA PENTING  MY LITTLE HEROES, YUSUF & BUJIBU

My Little Heroes - Yusuf & Bujibu akan bersiaran sebanyak lapan episod, berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod. 

• Program ini memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam. Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya. 

• Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen-momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini. 

• Yusuf memiliki seramai 2 juta pengikut di laman Instagram, manakala Bujibu yang terkenal dengan ekspresi wajah ‘selamba’ ini pula mempunyai 1.1 juta. 

• Antara aktiviti yang dilakukan Yusuf dalam “My Little Heroes - Yusuf & Bujibu” adalah berenang, melakukan aksi lasak bersama bapanya; Hairul Azreen, melawat dan memberi makan kepada haiwan, melukis bersama Bujibu, membantu ibu dan bapanya di tempat kerja, membuat pizza bersama Syeriv Samheizy (anak kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin) dan pelbagai lagi. 

• Selain itu, program ini juga turut menyelitkan perkongsian aktiviti harian dan amalan yang dipraktikkan oleh Hanis dan Hairul dalam membesarkan Yusuf serta perkara menarik mengenai putera sulung mereka yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini. Ianya akan dipaparkan secara eksklusif, hanya menerusi program ini. 

• Anmum™ Essential, susu tepung yang menyokong perkembangan kanak-kanak untuk mencapai potensi penuh dengan memaksimumkan perhubungan sel-sel otak mereka, hadir menghulurkan sokongan penuh terhadap program “My Little Heroes - Yusuf & Bujibu” ini selaku penaja utama. 




TRIVIA 

• Yusuf Iskandar telah didedahkan bermain bersama Bujibu sejak beliau berusia 5 hari. 

• Bujibu Chempel kini berusia 2 tahun 11 bulan dan merupakan kucing daripada baka British Short Hair. Kucing comel ini mula dipelihara oleh Hanis dan Hairul sejak ia berusia 4 bulan, setahun sebelum kelahiran Yusuf. 

• Yusuf pernah melakukan perkara-perkara ‘extreme’ berikut ke atas Bujibu - duduk di atas Bujibu, tarik ekor Bujibu dan banyak lagi. 

• Namun begitu, Yusuf begitu menyayangi Bujibu dan perkara yang paling digemari beliau ialah mengusap kepala Bujibu, tidur bersama Bujibu dan bermain tali bersama Bujibu. 

• Yusuf dan Bujibu mempunyai personaliti yang berbeza. Bujibu merupakan seekor kucing jantan yang menarik perhatian ramai dengan raut wajahnya yang dikatakan ‘sombong’ serta lagaknya seakan-akan diva. Berlainan pula dengan Yusuf yang dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang sangat aktif, ceria, peramah, mudah terhibur, murah dengan senyuman dan memiliki semangat ingin tahu yang sangat tinggi. 

• Namun begitu, mereka berdua berkongsi dua perkara yang sama iaitu kuat makan hasil masakan Hanis dan tidak boleh berjauhan dari penjaga dan kedua-dua Hanis serta Hairul. Pastinya kelibat Yusuf dan Bujibu sentiasa ditemani individu-individu ini. 




Razlin Irawati Johar, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro berkata: 

“ISTIMEWA. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini. Buat pertama kalinya, program di bawah slot eBu menampilkan gandingan seorang anak cilik bersama haiwan peliharaan kesayangannya. 
Meskipun terhad tanpa sebarang komunikasi berbentuk dialog antara Yusuf Iskandar dan kucingnya, Bujibu Chempel, jalinan keakraban jelas terpancar antara mereka berdua. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada hubungan istimewa ini. 
Tambahan lagi, ibu bapa kepada Yusuf, Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen sudi berkongsi pengalaman keibubapaan yang mereka lalui dan cara mereka membesarkan Yusuf dengan kehadiran kucing kesayangan keluarga kecil mereka ini. 
Kesudian Hanis dan Hairul menerima pelawaan daripada kami untuk memaparkan aktiviti kehidupan putera mereka bersama kucingnya, Bujibu amat kami hargai. Sudah tentu, program ini tidak akan terhasil tanpa sokongan penuh daripada Anmum™ Essential, selaku penaja utama program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini.” 


Karen Ong, Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia berkata: 

“Sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial. 
Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami. Ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum™ Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum™ Essential. 
Kami juga sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hanis dan Yusuf dalam program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ sebagai penaja utama. Keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja telah menjadi perhatian ramai peminat. 
Oleh itu dalam program tersebut, para peminat akan mempelajari petua-petua keibubapaan dan tips-tips berguna daripada Hanis sepanjang membesarkan Yusuf. ” 


Mengenai Anmum™ Essential 

Anmum™ Essential adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, tanpa gula tambahan***. Kini dengan Mind-Q Connect, Anmum™ Essential mengandungi DHA dan dua kali lebih GA® (Gangliosida), serta prebiotik seperti Inulin and FOS yang berfungsi sebagai serat makanan. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum™ Essential adalah sebuah produk buatan Fonterra, salah satu pengilang bahan bahan tenusu yang terbesar di dunia. 


 

My Little Heroes: Yusuf & Bujibu
Episod: 8
Hari: Rabu
Masa: 9.00 Malam
Saluran: Astro Ria (104) 




Post a Comment

0 Comments