29 Jan 2018

PIERCE BROSNAN, UBAT RINDU


MEMAPARKAN kisah seorang pakar dalam mencuri permata, RTM membawakan tayangan filem “After The Sunset” lakonan mantap aktor handalan Pierce Brosnan pada 30 Januari ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. 

Filem arahan Brett Ratner yang turut dibintangi oleh Naomie Harris, Salma Hayek, Don Cheadle dan Woody Harrelson ini mengajak penonton mengikuti babak-babak mendebarkan kejayaan watak utamanya yang berjaya mencuri sebuah permata dari sebuah kapal Cruise walaupun terdapat kawalan ketat dalam kapal tersebut dan juga berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa.

Keseluruhannya kisah ini mengetengahkan watak Max Burdett, seorang pakar dalam mencuri permata dan yang selalu berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa. Suatu hari Max diberitahu oleh Stan Lloyd, seorang ejen FBI, tentang sebuah permata yang bernilai tinggi yang dipamerkan diatas kapal “Diamond Cruise” yang kini berlabuh di kepulauan Caribbean. 

Max bersama teman wanitanya, Lola Cirillo membuat rancangan untuk mencuri permata itu. Sementara itu Lloyd pula berkerjasama dengan seorang polis wanita Sophia untuk menangkap Max. Pada masa sama Henri Moore, ketua kumpulan samseng di pulau itu juga cuba mencuri permata itu.

Seterusnya Stan, Max, Lola dan Sophia menjadi kawan rapat dan membuat rancangan untuk bekerjasama dan mencuri permata itu. Max berjaya mencuri permata itu tetapi menafikan memilikinya kepada kawan-kawannya. 

Walaupun Max telah menyembunyikan permata tersebut, Lloyd berjaya mengesannya. Akhir cerita, Max sekali lagi memperdayakan Lloyd dan mendapatkan kembali permata itu demi meneruskan hidupnya bersama Lola.

Namun adakah percubaannya berjaya? Bagaimana pula cara Lloyd mengesannya? Ikuti pengakhiran kisah ini di TV2. 


Filem After The Sunset
Tarikh Siaran: 30 Januari 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam 
Saluran: TV2
Arahan: 
Pelakon: Prierce Brosnan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan