28 Feb 2017

,

READ8SPACE kongsikan fakta-fakta menarik dan corat-coret sepanjang berlangsungnya Anugerah Akademi Ke-89, yang berlangsung di Kodac Theatre, Los Angeles, semalam.



  • Penyampai anugerah, Warren Beatty  membuat kejutan apabila tersalah mengumumkan kategori Filem Terbaik dengan menyebut LaLaLand, sedangkan ia sebenarnya berpihak kepada filem Moonlight.
  • Damien Chazelle, 32, melakar sejarah menjadi penerima Oscars paling muda bagi kategori Pengarah Terbaik (LaLaland) di Anugerah Akademi ke-89.
  • Mahershala Ali menjadi artis Muslim pertama yang menerima anugerah Oscar menerusi kemenangannya dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Moonlight).
  • Emma Stone membawa pulang Oscar pertamanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem muzikal LaLaLand.
  • Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, pelakon kacak dan hero filem LaLaLand, Ryan Gosling sentiasa mencuri perhatian lensa kamera.
  • Ucapan spontan yang diberikan oleh Viola Davis menerusi kemenangannya dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sangat memberikan inspirasi kepada penonton seluruh dunia.
  • Berikutan dasar presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump, produksi filem Iran telah memboikot Oscar 2017 meskipun filem mereka, Salesman turut tercalon dan memenangi kategori Filem Berbahasa Asing Terbaik.
  • Pengacara MeleTop, Nabil Ahmad menjadi wakil HBO Asia dari Malaysia yang berpeluang membuat liputan di Karpet Merah Anugerah Akademi Ke-89. 



27 Feb 2017

,

KESILAPAN yang tidak seharusnya berlaku untuk mana-mana majlis anugerah apatah lagi anugerah berprestij seperti Anugerah Akademi (Oscar) yang menjadi perhatian seluruh dunia ini.

Bagaimanapun, ia telahpun berlaku dan tercacat dalam sejarah Oscar ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, awal pagi tadi apabila dua penyampai anugerah iaitu pelakon veteran Faye Dunaway dan Warren Beatty tersilap mengumumkan nama pemenang bagi kategori Filem Terbaik.

Nama yang disebut adalah LaLaLand, sedangkan pemenang sebenar berpihak kepada filem Moonlight, arahan Barry Jenkins.

Situasi dipentas menjadi kelam-kabut apabila pengarah dan pelakon LaLaLand mula memberikan ucapan, dan Beaty tiba-tiba membetulkan kesilapannya dengan mengumumkan pemenang sebenar kategori tersebut sambil menunjukkan sampul surat pemenang sebenar di tangannya.

“Berlaku kesilapan, Moonlight, anda menang Filem Terbaik. Ini bukan suatu lawak jenaka.  Trofi ini milik Moonlight,” katanya membuatkan pelakon dan krew La La Land kelihatan tercengang.

Bagaimanapun kesilapan itu sebenarnya bukanlah berpunca daripada kedua penyampai itu, sebalik pihak produksi  telah tersilap memberikan kad pemenang yang telah diumumkan pemenang untuk dibacakan oleh mereka.

Beaty ketika ditemui di belakang pentas menerangkan situasi tersebut kepada kepada media.

“Ketika saya membuka sampul surat itu, ia tertulis ‘Emma Stone, La La Land’, sebab itulah saya memandang lama ke arah Faye Dunaway, saya tidak cuba menjadi kelakar. 
“Saya masih bingung dengan apa yang telah terjadi,” katanya sambil memegang sampul surat berisi nama pemenang sebenar.
,

TAHNIAH kepada semua pemenang Anugerah Akademi ke-89, terutamanya kepada Moonlight yang diangkat sebagai Filem Terbaik. Begitu juga dengan kemenangan manis Emma Stone yang merangkul Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem muzikal LaLaLand.

Tinggalkan seketika kekecohan akibat kesilapan pengumuman keputusan kategori utama itu, sebaliknya jom kita ikuti senarai penuh pemenang yang diraikan majlis gilang-gemilang yang berlangsung awal pagi tadi (waktu tempatan).



Filem Terbaik
Moonlight



Pengarah Terbaik
Damien Chazelle 
(LaLaLand)



Pelakon Lelaki Terbaik
Casey Affleck
(Manchester By The Sea)



Pelakon Wanita Terbaik
Emma Stone
(LaLaLand)



Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mahershala Ali
(Moonlight)



Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Viola Davis
(Fences)



Filem Animasi Terbaik
Zootopia



Lakon Layar Asal Terbaik 
Kenneth Lonergan
(Manchester By The Sea)



Sinematografi Terbaik
Linus Sandgren
(Manchester By The Sea)


Solekan & Dandanan Rambut Terbaik
Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini & Christopher Nelson
(Suicide Squad)


Rekaan KostumTerbaik
Colleen Atwood
(Fantastic Beasts and Where To Find Them)



Best Music Original Score
LaLaLand



Best Music Original Song
LaLaLand



Best Production Design
LaLaLand


Best Writing Adapted Screeplay
Moonlight



Best Film Editing
Hacksaw Ridge


Best Visual Effects
The Jungle Book



Best Foreign Language Film
Salesman

26 Feb 2017

,

KARNIVAL Teater Universiti Malaya (KARVITER UM)  merupakan sebuah acara seni yang menyaksikan pertandingan teater yang melibatkan setiap kolej kediaman Universiti Malaya termasuk Unit Luar kampus.

Ia diadakan setiap tahun untuk memberi ruang kepada penggiat teater kampus terlibat untuk tampil dengan karya terbaik mereka.

Karviter UM 2017 berlangsung dua minggu bermula 13-26 Februari 2017 di Panggung Eksperimen Universiti Malaya, pada jam 8.30 malam setiap hari dengan tiket serendah RM2 untuk setiap pementasan.

Pada tahun ini, 12 naskah bertanding terdiri daripada naskhah Dia Dari Lelaki, Hikayat Si Kucing Hitam, Benih Keramat, Siti Zulaikha, Titian, Kamariah Joned, Ragang, Les Chaises, Sasakala, Teroesir, Ratna Kadhal dan Jasad.

Bagaimanapun malam kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari telah ditunda ke 1 Mac depan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


,

SETIAP seorang daripada kita pastinya mempunyai jenis minuman kegemaran yang berbeza.   Menceritakan sejarah enam jenis minuman paling universal yang telah menjadi keperluan penting dalam kehidupan seharian kita.
Minuman ringan, kopi, susu, air mineral, jus buah-buahan, dan teh kini telah menjadi ikon kedai runcit global. Meneliti bagaimana minuman ini telah tersebar di seluruh dunia, setiap episod dokumentari bertajuk Global Drinks bakal membincangkan sejarah, sains, ekonomi, budaya dan kepuasan, juga mendedahkan rahsia minuman kegemaran dan universal ini.

Enam jenis minuman popular yang digemari masyarakat dunia ini ternyata setiap satunya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Lebih daripada sekadar minuman yang mudah diperolehi dimana sahaja atau pun sekadar pelepas dahaga, kisah minuman ini dimuatkan dalam dokumentari yang bakal berkongsi ‘rahsia’ di sebalik enam jenis minuman yang disebutkan.

Enam kisah yang luar biasa dan tidak dijangka yang disulami dengan kejutan, anekdot dan fakta-fakta menarik, yang dibawa oleh watak-watak utama dalam situasi yang tidak diduga. Dibandingkan dengan hidangan seperti pizza, sushi, kentang goreng, pasta, sandwich dan aiskrim, setiap jenis minuman ini memiliki kelebihannya sendiri dan dikategorikan sebagai minuman seimbang.

Hilangkan dahaga anda dengan menyaksikan Global Drinks yang menerangkan satu lagi aspek khasiat sejagat melibatkan cecair yang menghidratkan dalam tubuh seseorang.  

Luangkan masa menyaksikan tajuk The Juicy Adventure Of Juice, The Global Milk Around, Tea For Two...Billions, Coffee Please!, Water, Water, Everywhere, dan Soda: The Magic Formula! yang dimuatkan dalam dokumentari ini.

Global Drinks
Episod: 6
Hari: Isnin-Khamis
Masa: 1.30 petang
Saluran: TV1 

,

MAN, seorang jurufoto profesional yang mahir dalam fotografi jalanan, mengabadikan manusia dan kehidupan mereka. Gambar-gambarnya banyak memenangi anugerah selain menjadi rujukan.

Sedang dia berada di kemuncaknya, dia menghidap sejenis penyakit mata (Renetitis Pigmentosa) dan menjadi buta. Dia kehilangan penglihatan, minat, dan semua keindahan di sekelilingnya. Paling menyiksakan, apabila dia tidak lagi dapat melihat anaknya, Ikmal membesar di depan matanya. Dia menjadi sugul dan mula menyendiri.

Rakan baiknya Tam, sentiasa memberinya semangat untuk naik kembali. Bekas isterinya, Suraya juga teguh memberikannya semangat untuk berjuang. Tetapi semuanya sia-sia.




Sehinggalah kehadiran pelajar kolej, Nad, yang berminat tentang fotografi, telah meminta Man untuk mengajarnya, walaupun dia tahu mustahil untuk Man yang sudah menjadi buta. Kesungguhan Nad telah membuat Man berfikir kembali tentang penyakitnya, seterusnya membuka persepsinya untuk melihat dengan mata hati.

Man kembali mengambil gambar. Berbekalkan memori dan pengalamannya sebelum menjadi buta, dia gunakan untuk menghasilkan satu art-work fotografi yang avant-garde. Man kembali semula ke bidang fotografi yang dicintainya. Namun apakah cabaran yang dilaluinya?



Gelap Yang Terang
Tarikh Siaran: 3 Mac 2017
Hari: Jumaat
Masa: 2.00 Petang
Saluran: TV2 
Pelakon: Ashraf Muslim, Fikhree Bakar, Puteri Sarah Liyana, Sharisa Haris, Erynne Erynna, Azzahra Ahmad dan Gen Darwish. 

25 Feb 2017

,

AFNAN Tasneem (Mira Filzah) menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang dianggap sebagai seorang doktor yang amat garang dalam kalangan rakan sekerjanya. Syed Nadzhan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu telah menganggap bahawa kaum wanita amat menyusahkan. 

Penerimaan Afnan Tasneem sebagai pelajar praktikal oleh Syed Nadzhan turut mengejutkan sepupunya, Mastura (Aishah Ilias) yang bekerja di situ kerana Syed Nadzhan tidak pernah menerima calon perempuan sebelum ini. 

Seperti jangkaan ramai, tempoh praktikal Afnan Tasneem sangat sukar dan mencabar. Syed Nadzhan bukan sahaja memberi pelbagai arahan kepadanya malah Tasneem juga tidak diberikan tunjuk ajar. Tasneem akan dimarahi dengan teruk walaupun kesilapan yang kecil dan tidak disengajakan. 




‘Drama’ antara mereka berdua berlanjutan apabila ibu Afnan Tasneem iaitu Farah Diba (Fiza Halim) berkahwin dengan ayah Syed Nadzhan, Syed Irham (Badrul Muhayat). Sejak itu, Tasneem dan Nazhan sering bertengkar dan saling menyakat di rumah dan tempat kerja. Tasneem sering mengadu tentang Syed Nadzhan kepada rakannya, Adam Naufal (Redza Rosli).

Tasneem sedih apabila terpaksa berpisah dengan ibunya yang akan mengikut Syed Irham ke Jepun selama tiga minggu atas urusan kerja. Sebelum berlepas ke Jepun, Syed Irham telah memberi amanah kepada Nadzhan untuk sentiasa menjaga dan melindungi Tasneem. 




Malangnya, Syed Irham dan Farah Diba terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Jepun. Selepas pengebumian mereka, Nadzhan telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya aturan  dengan Aleesya (Jaja Illiyes DFKL) dan menyuarakan hajatnya untuk berkahwin dengan Tasneem.

Meh, Sandar Pada Aku adalah drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Emi Suffian dengan membariskan pelakon - pelakon popular seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Redza Rosli, Aishah Ilias, Jaja Illiyes DFKL, Raja Ema, Azri Iskandar, Fiza Halim, Badrul Muhayat dan Nada Syuhada.