25 Feb 2017

ARY MALIK KINI KRITIKAL AKIBAT KANSER OVARI TAHAP EMPAT


PENGACARA dan personaliti TV, Ary Malik, 46,  dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu.

Menurut suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, Ary yang pernah menyertai program realiti Master Chef Malaysia ini mual dikesan mengidap kanser ovari hampir setahun yang lalu.

Malah Mei lalu, Ary telah pun menjalani pembedahan bagi membuat kanser terbabit di Hospital Tunku Mizal, Wangsa Maju dan kemudiannya diikuti dengan rawatan kimoterapi.

Bagaimanapun sejak seminggu yang lalu, Ary semakin lemah dan dimasukkan ke Hospital Ampang dan tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu.

Dia dilaporkan dalam keadaan yang kritikal dan doktor mengsyaki sel kanser sudah merebak ke kepala.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Kita doakan yang terbaik buat Ary dan semoga dipermudahkan proses rawatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan