27 Feb 2017

LALALAND MENANG FILEM TERBAIK UNTUK 2 MINIT, PENYAMPAI SILAP UMUM PEMENANG


KESILAPAN yang tidak seharusnya berlaku untuk mana-mana majlis anugerah apatah lagi anugerah berprestij seperti Anugerah Akademi (Oscar) yang menjadi perhatian seluruh dunia ini.

Bagaimanapun, ia telahpun berlaku dan tercacat dalam sejarah Oscar ke-89 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, awal pagi tadi apabila dua penyampai anugerah iaitu pelakon veteran Faye Dunaway dan Warren Beatty tersilap mengumumkan nama pemenang bagi kategori Filem Terbaik.

Nama yang disebut adalah LaLaLand, sedangkan pemenang sebenar berpihak kepada filem Moonlight, arahan Barry Jenkins.

Situasi dipentas menjadi kelam-kabut apabila pengarah dan pelakon LaLaLand mula memberikan ucapan, dan Beaty tiba-tiba membetulkan kesilapannya dengan mengumumkan pemenang sebenar kategori tersebut sambil menunjukkan sampul surat pemenang sebenar di tangannya.

“Berlaku kesilapan, Moonlight, anda menang Filem Terbaik. Ini bukan suatu lawak jenaka.  Trofi ini milik Moonlight,” katanya membuatkan pelakon dan krew La La Land kelihatan tercengang.

Bagaimanapun kesilapan itu sebenarnya bukanlah berpunca daripada kedua penyampai itu, sebalik pihak produksi  telah tersilap memberikan kad pemenang yang telah diumumkan pemenang untuk dibacakan oleh mereka.

Beaty ketika ditemui di belakang pentas menerangkan situasi tersebut kepada kepada media.

“Ketika saya membuka sampul surat itu, ia tertulis ‘Emma Stone, La La Land’, sebab itulah saya memandang lama ke arah Faye Dunaway, saya tidak cuba menjadi kelakar. 
“Saya masih bingung dengan apa yang telah terjadi,” katanya sambil memegang sampul surat berisi nama pemenang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan