25 Feb 2017

JEP, SARI YANTI SELAMAT BERNIKAH


SELAMAT pengantin baru buat pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang selamat diijabkabul sebagai pasangan suami isteri dengan akad sekali lafaz sekitar jam 11.50 pagi.

Majlis yang diadakan secara tertutup ini berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal dengan dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai kedua pengantin.




Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan yang kedua buat Sari Yanti Dato' Mohamad Nazari.

Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke Jannah dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang berpanjangan buat keduanya.

[KREDIT FOTO: SinarFM]
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan