Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Corat-Coret Oscar 2017


BERIKUT adalah fakta-fakta menarik dan corat-coret sepanjang berlangsungnya Anugerah Akademi Ke-89, yang berlangsung di Kodac Theatre, Los Angeles, semalam.



  • Penyampai anugerah, Warren Beatty  membuat kejutan apabila tersalah mengumumkan kategori Filem Terbaik dengan menyebut LaLaLand, sedangkan ia sebenarnya berpihak kepada filem Moonlight.
  • Damien Chazelle, 32, melakar sejarah menjadi penerima Oscars paling muda bagi kategori Pengarah Terbaik (LaLaland) di Anugerah Akademi ke-89.
  • Mahershala Ali menjadi artis Muslim pertama yang menerima anugerah Oscar menerusi kemenangannya dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Moonlight).
  • Emma Stone membawa pulang Oscar pertamanya apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem muzikal LaLaLand.
  • Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, pelakon kacak dan hero filem LaLaLand, Ryan Gosling sentiasa mencuri perhatian lensa kamera.
  • Ucapan spontan yang diberikan oleh Viola Davis menerusi kemenangannya dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sangat memberikan inspirasi kepada penonton seluruh dunia.
  • Berikutan dasar presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump, produksi filem Iran telah memboikot Oscar 2017 meskipun filem mereka, Salesman turut tercalon dan memenangi kategori Filem Berbahasa Asing Terbaik.
  • Pengacara MeleTop, Nabil Ahmad menjadi wakil HBO Asia dari Malaysia yang berpeluang membuat liputan di Karpet Merah Anugerah Akademi Ke-89. 



Post a Comment

0 Comments