Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Karnival Teater Universiti Malaya 2017


KARNIVAL Teater Universiti Malaya (KARVITER UM)  merupakan sebuah acara seni yang menyaksikan pertandingan teater yang melibatkan setiap kolej kediaman Universiti Malaya termasuk Unit Luar kampus.

Ia diadakan setiap tahun untuk memberi ruang kepada penggiat teater kampus terlibat untuk tampil dengan karya terbaik mereka.

Karviter UM 2017 berlangsung dua minggu bermula 13-26 Februari 2017 di Panggung Eksperimen Universiti Malaya, pada jam 8.30 malam setiap hari dengan tiket serendah RM2 untuk setiap pementasan.

Pada tahun ini, 12 naskah bertanding terdiri daripada naskhah Dia Dari Lelaki, Hikayat Si Kucing Hitam, Benih Keramat, Siti Zulaikha, Titian, Kamariah Joned, Ragang, Les Chaises, Sasakala, Teroesir, Ratna Kadhal dan Jasad.

Bagaimanapun malam kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari telah ditunda ke 1 Mac depan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments