Carlo Rino x Supergirl: Koleksi Edisi Khas Angkat Kuasa Feminin ke Tahap Lebih Berani


Oleh: SORAYA AFNAN
ADA sesuatu yang menarik apabila fesyen bertemu dunia superhero. Ia bukan sekadar gaya, tetapi juga naratif yang lebih besar tentang kuasa, keyakinan dan identiti diri 
yang diterjemahkan melalui rekaan.

Kali ini, Carlo Rino mengambil inspirasi itu dan menterjemahkannya ke dalam satu koleksi yang kecil tetapi penuh impak.

Kali ini, Carlo Rino memperkenalkan satu kolaborasi istimewa bersama DC Comics melalui watak ikonik Supergirl, menerusi Carlo Rino Supergirl Special Edition Collection, sebuah koleksi kapsul yang mengangkat semula definisi feminin moden dalam bahasa rekaan yang lebih segar dan berani.

Direka untuk wanita yang berani mengekspresikan diri, koleksi ini menyalurkan elemen kekuatan, ketahanan dan keyakinan ke dalam aksesori harian yang bukan sahaja praktikal, tetapi juga mempunyai nilai estetika dan makna.

Diilhamkan daripada watak Kara Zor-El, koleksi ini menggabungkan elemen visual dunia Supergirl dengan pendekatan rekaan kontemporari Carlo Rino. Hasilnya ialah satu barisan produk yang seimbang antara estetika feminin dan dan karakter yang tegas.

Koleksi ringkas, impak besar

Koleksi ini menampilkan empat rekaan utama iaitu beg galas, wristlet, topi dan kasut sneakers. Beg galas dan wristlet ditawarkan dalam dua pilihan warna, direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup harian yang menuntut keseimbangan antara fungsi dan fesyen.

Dihasilkan menggunakan material nilon yang ringan, beg galas dan wristlet ini menawarkan ketahanan serta kemasan sporty yang moden, sesuai untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan elemen gaya.

Setiap rekaan dalam koleksi ini turut menampilkan elemen identiti Supergirl seperti logo 'S' ikonik serta tipografi khas, menjadikannya bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi juga satu bentuk ekspresi diri.


Antara perincian menarik dalam koleksi ini ialah beg galas yang dilengkapi dengan tag gantung khas bertulis Kara Zor-El, satu sentuhan halus yang memberi nilai koleksi serta penghormatan kepada asal-usul watak Supergirl.

Wristlet pula direka dalam saiz kompak yang praktikal, sesuai digunakan pada waktu siang mahupun malam, tanpa menghilangkan elemen rekaan yang bergaya.

Topi dan kasut sneakers melengkapkan koleksi ini dengan pendekatan yang lebih sederhana terhadap identiti Supergirl.

Sneakers hadir dalam rekaan rona putih gading dengan aksen merah marun yang berani, menggabungkan keselesaan harian dengan sentuhan karakter yang halus. Topi pula menampilkan reka bentuk sporty minimalis yang masih mengekalkan identiti dunia adiwira tersebut.

Carlo Rino Supergirl Special Edition Collection kini boleh didapati di butik terpilih Carlo Rino serta platform dalam talian rasmi di www.carlorino.net.

Koleksi ini mengajak peminat fesyen untuk melangkah ke dunia yang diinspirasikan oleh kekuatan Supergirl di mana gaya bukan sekadar penampilan, tetapi juga satu bentuk kuasa diri.

Turut mengiringi pelancaran ini, filem Supergirl kini ditayangkan di pawagam bermula 26 Jun lalu, melengkapkan pengalaman dunia watak ikonik ini dari layar ke gaya hidup. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments