Drama Romantik Komedi Korea The Practical Guide to Love Bakal Tayang di HBO Max Mulai 28 Februari


DALAM dunia serba pantas hari ini, cinta sering kali diukur melalui senarai keutamaan, keserasian dan perancangan yang teliti. Namun, sejauh mana perasaan boleh dikawal mengikut logik dan strategi

Persoalan inilah yang menjadi nadi kepada drama komedi romantik Korea terbaharu, The Practical Guide to Love, yang bakal menemui penonton di HBO Max mulai 28 Februari, menerusi kisah cinta moden yang dekat dengan realiti kehidupan masa kini.

Siri ini menampilkan gandingan pelakon popular Han Ji-min, Park Sung-hoon dan Lee Ki-taek yang masing-masing membawa kekuatan tersendiri sebagai teraju utama.

Sebagai sebuah drama Original TVING yang terdiri daripada 12 episod, The Practical Guide to Love mengetengahkan realiti pencarian cinta dalam dunia moden. Ia menawarkan perspektif segar tentang konsep janji temu terancang, khususnya dalam kalangan individu yang terlalu fokus terhadap kerjaya dan masa depan.

Kisah ini mengikuti perjalanan Lee Ui-young, seorang wanita berorientasikan kerjaya yang dilakonkan oleh Han Ji-min, yang bertekad untuk mencari pasangan hidup secara lebih efisien dan praktikal.

Namun, perancangannya tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila Ui-young terperangkap dalam situasi cinta segi tiga yang tidak diduga, melibatkan dua individu dengan personaliti dan pendekatan cinta yang sangat berbeza.

Dalam usaha memahami perasaannya sendiri, Ui-young mula mempersoalkan maksud sebenar cinta dan sama ada ia benar-benar boleh dirancang mengikut logik dan strategi, atau sebaliknya hadir tanpa dijangka.


The Practical Guide to Love diarahkan oleh Lee Jae-hun, dengan Hwangbo Sang-mi bertindak sebagai penerbit eksekutif. Sementara Skrip drama ini ditulis oleh Lee Yi-jin, manakala penerbitannya diterajui oleh SLL.

Siri ini menjanjikan penceritaan yang dekat dengan realiti kehidupan masa kini, disulami elemen romantik dan humor yang ringan, sambil mengajak penonton menelusuri makna cinta yang lebih mendalam.

Saksikan perjalanan Ui-young dalam menemui erti cinta sebenar menerusi The Practical Guide to Love, yang boleh distrim di HBO Max bermula 28 Februari. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments