1 Utama Perkenal ‘Amaze Work Programme’ – Peluang Kerjaya Untuk Golongan Autistik


BERPEGANG pada keyakinan bahawa setiap individu berpeluang untuk berkembang, 1 Utama memperkenalkan Amaze Work Programme, sebuah inisiatif pertama seumpamanya di pusat beli-belah Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan Autisme (ASD) dewasa melalui kerjasama dengan beberapa penyewa terpilih.

Di
bawah kempen lebih besar pusat beli-belah itu, ‘As I Am – Celebrating Differences’, program ini menjadi langkah penting dalam perjalanan 1 Utama menuju persekitaran beli-belah yang benar-benar inklusif.

Amaze Work
Programme menawarkan laluan kerjaya berstruktur yang direka menurut kekuatan dan keupayaan individu autistik.

Melalui
kerjasama bersama Inclusive Retail Champions Aeon, Starbucks dan Nando’s, golongan dewasa ASD dapat mengakses peluang pekerjaan yang bermakna, membina kemahiran baharu, menimba pengalaman dan menyumbang kepada tenaga kerja.

Menurut
Pengarah Urusan 1 Utama Shopping Centre, Ping Teo, 1 Utama komited membina komuniti yang inklusif dan menyelaraskan usaha dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Melalui Amaze Work Programme, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran, menghapus salah tanggapan dan membuka peluang kerjaya yang bermakna kepada individu dewasa autistik.

“Kami juga
berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada pusat beli-belah lain dan organisasi swasta untuk menerima bakat neurodivergen, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih inklusif dan menyokong untuk semua,” ujarnya.

Dilaksanakan
bersama seorang jurulatih kerja khusus, Amaze Work Programme ialah program berbayar selama tiga bulan yang menyokong calon spektrum autisme sepanjang proses pengambilan dan orientasi.

Jurulatih
kerja memainkan peranan penting dalam membantu calon dan Inclusive Retail Champions. Mereka memadankan calon dengan tugasan yang sesuai, menilai serta menyediakan mereka untuk peranan tersebut, sambil membimbing penyewa runcit bagaimana mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong supaya proses penyesuaian berjalan lancar.

Bergantung
pada minat dan kekuatan masing-masing, calon boleh ditempatkan dalam pelbagai peranan seperti tugasan dapur, barisan servis, kafe atau bahagian pakaian dengan memberikan mereka pendedahan terarah terhadap pelbagai tanggungjawab di tempat kerja.

Untuk
memohon Amaze Work Programme, calon perlu memenuhi syarat berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Berdaftar sebagai ahli ‘As I Am’ dan mempunyai autisme.
  • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah.

Permohonan kini dibuka sehingga 31 Disember 2025, atau sehingga semua kekosongan diisi. Calon boleh menghantar permohonan melalui 1 Utama SuperApp di bawah tab Amaze atau di www.1Utama.com.my/Amaze .

Inisiatif
ini menandakan langkah positif 1 Utama dalam menyokong bakat unik dan membina komuniti lebih inklusif untuk masa depan. Ia juga membuka ruang untuk lebih ramai individu menyumbang dengan cara yang bermakna, sambil menginspirasi organisasi lain untuk mengiktiraf kepelbagaian bakat di tempat kerja - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments