Advertisement

Responsive Advertisement

Tradisi Perayaan Bermakna, Pullman Kuching Rai Kebersamaan Komuniti


PULLMAN Kuching membuka tirai perayaan Krismas dengan acara tahunan ‘Christmas Tree Light Up’, menyambut kehadiran para tetamu dan komuniti setempat di lobi yang telah melalui proses ubah suai menyeluruh, dengan hampir 200 jemputan hadir memeriahkan detik istimewa ini.

Acara ‘Christmas Tree Light Up’
sudah menjadi tradisi yang paling dinanti di hotel ikonik ini, dan tahun ini suasananya lebih bermakna dengan pelancaran kempen Christmas Diversity, Equality and Inclusivity (DEI) bersama Persatuan Autistik Kuching (KAA), sejajar dengan pengumuman hidangan bermusim serta promosi perayaan hotel.

Kerjasama
ini membawa kanak-kanak serta keluarga dari KAA menyertai perhimpunan yang penuh kegembiraan, interaksi, dan momen bersama yang ceria. 

Lobi
baharu direka sebagai ruang santai untuk tetamu bertemu dan berhubung, dengan setiap sudut ditata rapi untuk mencetuskan inspirasi, tenaga positif, dan semangat komuniti yang nyata

Dengan
identiti yang segar, Pullman Kuching turut mengajak tetamu untuk ‘check in where Kuching rises’, ruang di mana hubungan, kolaborasi, dan kebersamaan menjadi teras pengalaman.

Kehadiran
kanak-kanak dari KAA dan keluarga mereka menambah sentuhan emosi tulus, mengingatkan tetamu tentang nilai belas kasihan dan inklusiviti yang diraikan pada musim ini.

Sambutan
Berteraskan Komuniti

Pengurus
Besar Pullman Kuching, Sunardi Song, menekankan bahawa semangat Krismas di hotel ini lebih daripada sekadar dekorasi cantik.

Hospitaliti, hakikatnya adalah tentang manusia, komuniti dan kepedulian. Krismas di Pullman Kuching sentiasa lebih daripada sekadar lampu dan dekorasi.

Ia tentang kebersamaan, pengalaman dikongsi, serta kegembiraan meraikan komuniti sebagai satu. Acara ini menandakan sesuatu yang sangat dekat dengan hati. Kepelbagaian, kesaksamaan, dan inklusiviti sentiasa menjadi tunjang budaya kami.

Malah kali ini, kami amat gembira dapat menyatakan sokongan terhadap Persatuan Autistik Kuching, sebuah organisasi yang tidak jemu memberdayakan individu autistik untuk mencapai potensi penuh mereka serta hidup secara berdikari dan bermakna,” katanya.

Sepanjang
acara, tetamu menikmati suasana penuh kemesraan diiringi alunan muzik perayaan yang menghangatkan suasana. Lobi turut mempamerkan karya seni dan barangan perayaan hasil kreativiti kanak-kanak KAA, menjadikan ruang tersebut lebih bertenaga dan penuh warna.

Hasil
karya mereka membawa pengunjung menyelami nilai kefahaman, kesabaran, dan pentingnya meraikan perbezaan sepanjang musim perayaan ini.

Inisiatif
Perayaan Menyokong KAA

Sebagai
sebahagian daripada usaha DEI, Pullman Kuching melancarkan dua inisiatif bagi menyokong program KAA untuk kanak-kanak autistik:

  • Tabung Kutipan Perayaan: Sebahagian hasil daripada Christmas Eve Buffet Dinner disalurkan kepada program pendidikan dan pembangunan KAA.
  • Sudut Jualan KAA: Ruang khas di lobi menampilkan barangan perayaan dan karya seni kanak-kanak KAA, dengan 100 peratus hasil jualan disumbangkan kepada organisasi tersebut.

Menurut Setiausaha Persatuan Autistik Kuching, Duane Reggie, kanak-kanak ini mengekspresikan diri mereka melalui kreativiti, warna, tekstur, dan butiran kecil yang mencerminkan cara mereka mengalami dunia

Pameran karya seni mereka di Pullman Kuching memberi ruang kepada keluarga untuk berkongsi cerita tentang anak-anak mereka ketika kami menyambut musim perayaanDetik-detik seperti ini membantu orang lain memahami pelbagai cara komunikasi kanak-kanak kami, dan pemahaman itu memberi impak yang bermakna,” ujarnya.


Kerjasama bersama KAA ini merupakan kesinambungan komitmen Pullman Kuching terhadap komuniti setempat, selari dengan sokongan jangka panjang mereka untuk Penan Women Project, yang memelihara seni anyaman tradisional Penan sambil menyediakan bantuan biasiswa dan pendapatan kepada wanita Penan. Hasil anyaman mereka turut dijadikan sebahagian daripada pengalaman tetamu sebagai penghormatan kepada warisan Sarawak.

Aneka
Hidangan Meraikan Semangat Kebersamaan

Pullman Kuching
mengalu-alukan tetamu untuk menikmati suasana ‘homecoming’ di Culina Restaurant yang diperbaharui, menonjolkan keramahan Sarawak dan pelbagai hidangan perayaan yang menggamit selera.

Menu
Bufet Malam Krismas menampilkan hidangan klasik seperti roasted turkey dan sajian tradisional lain, sementara sambutan Malam Tahun Baharu pula mempamerkan cita rasa Pan-Asia, pilihan makanan laut segar, dan sentuhan istimewa Sarawak.

Sama
ada tetamu pulang untuk bercuti atau mencipta memori baharu, Pullman Kuching menjadi ruang pertemuan bermakna, lebih istimewa dengan sokongan komuniti yang diraikan bersamaMaklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Pullman Kuching. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments