Pengurusan kanan MR D.I.Y. bersama barisan panel juri turut memeriahkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni Serantau MR D.I.Y. 2025 bersama para pemenang | FOTO: MR D.I.Y
MR D.I.Y. Plus, Mid Valley Kuala Lumpur baru-baru ini diserikan dengan warna dan semangat dari Asia Tenggara bersempena pengumuman pemenang Pertandingan Seni Serantau MR D.I.Y. edisi pertama, yang mengangkat tema Identiti & Kepelbagaian.
Inisiatif ini menandakan bab baharu yang menarik dalam perjalanan seni yang kian berkembang di MR D.I.Y., sekali gus memperlihatkan bakat seni dari Malaysia, Thailand, dan Indonesia dalam satu arena kreatif yang sama.
Pameran ini memaparkan kepelbagaian karya kreatif pemenang peringkat nasional yang dipilih untuk bersaing di peringkat serantau.
Setiap karya menceritakan kisah identiti, warisan, dan kepelbagaian melalui sentuhan kreatif, menyatukan pengalaman peribadi dengan budaya yang berbeza.
Pameran terbuka untuk orang ramai di MR D.I.Y. Plus, Mid Valley Kuala Lumpur dari 12 hingga 17 November 2025.
Kreativiti, Keaslian dan Interpretasi Tema
Sembilan panel juri dari ketiga-tiga negara telah berkumpul pada 30 Oktober 2025 untuk menilai karya yang diterima. Penilaian mereka memfokuskan kreativiti, keaslian, dan interpretasi tema oleh para peserta.
Panel tersebut merangkumi wakil dari Malaysia seperti Ivan Gabriel, Bingley Sim dan Liong Mei Yin; Thailand diwakili oleh Vichaya Mukdamanee, Subhachog Jumsai Na Ayudhya, dan Watjanasin Charuwattanakitti; manakala Indonesia pula diwakili oleh Ristyo Hartanto, Budhy Irawati, dan Haryadi Tandio.
Anugerah utama kategori Awam dimenangi oleh Mohd Al-Khuzairie dari Malaysia melalui karya bertajuk In the Mood for Love: Time and Memory, manakala hadiah utama kategori Pendidikan menjadi milik Diandra Lamees dari Indonesia menerusi karya penuh ekspresi bertajuk Upacara Imlek Versiku.
| Mohd Al-Khuzairie (gambar atas) dan Diandra Lamees bersama hasil karya masing-masing | FOTO: MR D.I.Y |
“Melalui penyertaan artis dari pelbagai negara, kami ingin memupuk semangat kreativiti, saling memahami, dan menghargai kepelbagaian budaya di Asia Tenggara,” ujarnya.
Dilancarkan pada 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan memupuk bakat seni tempatan serta memperkasa ekosistem kreatif yang inklusif di Malaysia.
Sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan membuktikan potensi besar inisiatif ini, mendorong MR D.I.Y. untuk mengembangkan program tersebut ke negara lain selari dengan perkembangan jenama di peringkat serantau.
Melalui platform ini, MR D.I.Y. terus menegaskan komitmennya dalam meraikan seni dan budaya sebagai pemangkin perpaduan, identiti, dan hubungan sosial dalam kalangan komuniti.
Pertandingan Seni MR D.I.Y. kini menjadi platform utama untuk mencungkil bakat seni tempatan dan mengukuhkan ekosistem kreatif yang inklusif di Malaysia.
Kejayaan dan sambutan luar biasa daripada peserta tempatan membuktikan keberkesanan inisiatif ini, sekaligus memberi ruang untuk memperluaskan pengaruhnya ke peringkat serantau.
Melalui platform ini, MR D.I.Y. terus meraikan seni dan budaya sebagai jambatan kepada perpaduan dan identiti masyarakat. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments