Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Twisted-Wonderland’ – Anime Adaptasi Game Popular Disney debut di Disney+ Hotstar 29 Oktober


BAYANGAN anda seorang pelajar sekolah menengah biasa yang tiba-tiba ‘disedut’ ke dunia penuh sihir. Itulah nasib yang menimpa Yuken Enma dalam Disney Twisted-Wonderland: The Animation, siri anime baharu yang bakal tayang 29 Oktober secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Untuk kembali ke dunia asalnya, Yuken perlu mengelak daripada bahaya dan bekerjasama dengan rakan-rakan sekelasnya sambil belajar memahami dunia yang serba asing ini.

Di alam magis Twisted Wonderland, tujuh tokoh legenda dikenali sebagai Great Seven telah diabadikan sepanjang zaman.

Mereka diilhamkan daripada tujuh penjahat ikonik Disney: Queen of Hearts, King of Beasts (Scar), Sea Witch (Ursula), Sorcerer of the Sands (Jafar), Fairest Queen (Evil Queen), King of the Underworld (Hades) dan Thorn Fairy (Maleficent).

Kisah dan tindakan mereka menjadi inspirasi kepada penubuhan tujuh asrama magis di Night Raven College, sebuah akademi elit untuk bakal ahli sihir.

Tersesat di Dunia Magis yang Sarat Misteri

Tanpa mengetahui sejarah ini, Yuken Enma, pelajar sekolah menengah dari Tokyo tiba-tiba mendapati dirinya berada di Night Raven College.

Malangnya, kehadirannya tidak begitu dialu-alukan. Dia tidak mempunyai kuasa sihir, tidak memahami adat resam, dan masih terkejut dengan realiti baharu yang dihadapinya. Dalam keadaan serba kekok, Yuken perlu mencari jalan pulang sambil berdepan pelbagai cabaran.

Lebih rumit, dia sering terjebak dalam pengembaraan bersama dua rakan sekelas yang terkenal suka menimbulkan masalah, Ace dan Deuce.

Persoalannya, adakah Yuken sempat kembali ke dunia asal sebelum mengundang murka pemerintah garang bergelar Rose-Red Tyrant, Riddle Rosehearts?

Disney Twisted-Wonderland: The Animation menjadi siri anime Jepun terbaharu yang ditawarkan di Disney+ Hotstar. Bersedia untuk melangkah masuk ke dunia penuh magis dan kenakalan ini apabila ia mula tayang pada 29 Oktober, hanya di Disney+ Hotstar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments