Janji temu pertama, Onew teruja cipta memori manis bersama peminat di Malaysia



Oleh: AILEEN ADAM
SELEPAS 16 tahun dalam industri hiburan, penyanyi popular Korea Selatan, Onew akhirnya berpeluang untuk bertentang mata dengan peminatnya di Malaysia pada 27 Julai depan.

Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, bakal mengunjungi Malaysia solo untuk brertemu peminat pada acara Guess Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor.

"Jumpa anda di Guess Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti dan saya tidak sabar untuk bertemu anda," ujarnya dalam satu pesanan ringkas khas buat para peminatnya di Malaysia.

Janji temu pertama itu dibawakan oleh MND Sport & Event dan JS Concert Productions yang turut sama teruja untuk menyatukan Onew dengan para peminatnya.


Wakil MND Sport & Event, Harith Daniel berkata, pihaknya teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatannya dalam kerjaya untuk menghadiri acara itu, sekali gus beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

"Kami berbangga memperkenalkan Guess Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia ini sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat.

"Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan acara ini akan memenuhi jangkaan 'temu janji pertama' anda dengan sepenuh hati.

"Kami juga percaya ia akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di Malaysia," katanya.

Tiket untuk Guess Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia dijual dengan harga RM258, RM358, RM558, RM858 dan RM988 (VIP soundcheck). pembelian boleh dibuat melalui www.myticket.asia- 7KLIK


ARTIKEL LAIN: belum-puas-hiburkan-peminat-ella-bakal
ARTIKEL LAIN: feby-putri-teruja-kembali-bikin-konsert
ARTIKEL LAIN: spider-keluar-sarang-demi-persembahan

Post a Comment

Previous Post Next Post