Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Apa lagi ni Mak Cun?


DRAMA siri popular, Mak Cun kini kembali dengan musim baharu dengan menampilkan kisah lebih menarik melibatkan barisan karakter yang sering menghiburkan menonton dalam musim terdahulu.

Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! terbitan Rumah Karya Citra kali ini diarahkan oleh pengarah berkaliber, Bahri Uma.

Tampil dengan 12 episod, siri kegemaran ramai itu kini bersiaran melalui platform penstriman Tonton dengan dua episod setiap Khamis, bermula pada 23 Mei lalu.

Kali ini, Mak Cun lakonan (Eirma Fatima) kembali sibuk dengan dengan perniagaan Mak Cun Mart yang menjadi hab usahawan tempatan bagi memulakan bisnes mereka. Namun wanita itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kerenah pekerjanya yang bukan sahaja melarikan diri dan mencuri duit dari kedainya.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula usahawan wanita baharu dan penyanyi terkenal Ishalana (Ziana Zain) yang telah menapakkan perniagaannya berhampiran Mak Cun Mart.



Mak Cun musim baharu lebih meriah dengan gabungan muka lama dan baharu yang bakal mencuit hati peminat-peminat dengan lawak santai mereka.

Antaranya ialah Eirma Fatima, Datin Seri Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ziana Zain, Ogy Ahmad daud, Nadia Aqilah, Nad Zainal, Adlin Aman Ramlie, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang telah mula ditayangkan 23 Mei 2024. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: khilaf-yang-tertulis-kisah-isteri
ARTIKEL LAIN: mihrab-cinta-zulaikha-bawa-mesej
ARTIKEL LAIN: the-first-omen-is-available-on-disney

[FOTO: TV3 - Terima Kasih Efendi Amir]

Post a Comment

0 Comments