Khilaf Yang Tertulis, kisah isteri terlibat skandal


KISAH kecurangan bukanlah perkara baharu dalam rumah tangga dan sejak akhir-akhir ini kerap menjadi sorotan ramai apabila banyak kisah serupa dikongsi kepada umum dan menjadi tular.

Menyingkap permasalahana sama, slot Samarinda kembali dengan drama terbaharu, Khilaf Yang Tertulis yang bakal berkongsi kisah menarik tentang kecurangan dan skandal yang melanda sebuah keluarga.

Naskhah 15 episod hasil garapan pengarah berpengalaman Jamal Khan dan Riza Baharudin itu baru sahaja memulakan episod pertamanya pada 27 Mei lalu dan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, selain boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my .


Khilaf Yang Tertulis mengisahkan tentang kesetiaan seorang isteri, Misha lakonan Fasha Sandha mula tercabar apabila kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya, Firdaus yang jarang bersamanya atas faktor kerja.

Hatinya tidak pernah menidakkan yang selama ini dia juga bahagia dengan mahligai keluarga telah dibina bersama. Namun kebahagiaan yang dikecapi bersama Firdaus bersama tiga orang cahaya mata, Yana, Rizal dan Aman, masih membuat Misha merasa sunyi.

Konflik bermula apabila Yana mengesyorkan ibunya aktif di laman sosial bagi mengurangkan rasa bosan. Tanpa disangka, perkenalan Misha berkenalan dengan seorang pengikut media sosialnya, Nordin mula menjadi hubungan romantik apabila dia merasakan kehadiran lelaki itu berjaya mengisi kesunyiannya.


Selain Fasha, drama hasil nukilan skrip oleh PGR'S Team, Moonamka dan Chinta Nadessha itu turu menampilkan barisan pelakon mantap seperti Zamarulhisyam, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Danish Hazriq dan Rafique Iskandar.

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda di TV3.  - 7KLIK



[FOTO: TV3 - Terima kasih Efendi Amir]

Post a Comment

Previous Post Next Post