Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mihrab Cinta Zulaikha bawa mesej keimanan bersama Elisya Sandha, Azrel Ismail dan Scha Elinnea


PLATFORM penstriman iQIYI kembali dengan buah tangan terbaharu, sebuah drama bersiri istimewa berjudul Mihrab Cinta Zulaikha yang kini sedang hangat bersiaran bermula 17 Mei lalu,jam 9 malam.

Drama 12 episod itu dibintangi barisan pelakon popular seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As'ari, Arash Mohamad, Maria Farida dan adik Raf Iskandar.

Menurut Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, Jony Deng, iQIYI kini sedang dalam proses memperkukuh kedudukan mereka di pasaran Malaysia dengan menampilkan drama-drama bermutu seperti Mihrab Cinta Zulaikha yang bersesuaian mengikut permintaan penonton masa kini dan sejajar dengan trend isu-isu semasa.

“Drama Mihrab Cinta Zulaikha diinspirasikan daripada kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat kita yang menonjolkan kisah percintaan dan juga kekuatan dari segi moral.

“Selain itu, idea di sebalik penghasilan drama ini datangnya daripada keinginan untuk meneroka tema-tema melibatkan keimanan, percintaan dan pengorbanan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia,” katanya.

Drama ini mengisahkan tentang Zulaikha lakonan Elisya Sandha, seorang wanita yang tabah, berdikari serta berpegang teguh pada ajaran agama dan bertanggungjawab menguruskan rumah anak Yatim, tetapiberdepan masalah kewangan apabila ujian datang menimpa.

Kemunculan Yusof Hakimi (Azrel Ismail) sebagai penyelamat dalam membantu  menyelesaikan segala permasalahan di rumah anak yatim membawa kepada lamaran oleh Yusof terhadap Zulaikha. Setelah berkahwin, Zulaikha mendapat tahu kehidupan Yusof yang sebenar jauh daripada pegangan agama seperti mana yang disangka.


Tambah Johy, setiap drama Original terbitan iQIYI mementingkan mutu penghasilan, jalan cerita yang menarik dan pemilihan pelakon-pelakon tepat dalam menjayakan sesuatu watak.

“Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian karakter yang dibawakan dalam drama serta kemampuan mereka untuk menarik perhatian penonton. Selain memiliki bakat lakonan hebat dalam menghidupkan sesebuah karakter, setiap pelakon mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan mereka unik.

"iQIYI memberitahu drama ini boleh ditonton oleh penonton yang berumur 18 tahun ke atas, manakala penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan untuk menonton disebabkan dasar konsep drama yang mendalam serta jalan cerita matang.

"Oleh kerana faktor umur yang telah disarankan, pihak iQIYI meletakan drama ini dalam senarai drama langganan VIP,” jelasnya. - 7KLIK



[FOTO: iQIYI]

Post a Comment

0 Comments