Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taylor Swift lakar sejarah lagi, Midnights diangkat Album Terbaik Anugerah Grammy 2024


OLEH: Aileen Adam
PENYANYI Taylor Swift terus melakar sejarah tersendiri dalam kerjaya seninya apabila sekali lagi mengungguli kategori Album Terbaik buat kali keempat, menerusi album Midnights pada Anugerah Grammy 2024, edisi ke-66 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Isnin.

Terdahulu, Swift, 34, pernah memenangi kategori Album Terbaik bagi tiga albumnya sebelum ini iaitu Fearless, 1989 dan Folklore. Kejayaan itu sekali gus melebur rekod yang dikongsi bersama Stevie Wonder, Frank Sinatra dan Paul Simon bagi kategori tersebut sebelum ini.

Selain itu, penyanyi yang kini sibuk dengan konsert jelajah dunianya, Taylor Swift The Eras Tour itu turut meraih anugerah bagi kategori Album Vokal Pop Terbaik menerusi album sama.

Turut menjadi tumpuan adalah kemenangan Miley Cyrus, bagi kategori Rakaman Terbaik dan Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu Flowers. Kejayaan itu adalah pertama kali buat Cyrus, sekali gus menamatkan penantian hampir 22 tahun untuk meraih kemenangan pada acara itu.

Selain Swift dan Cyrus, dua lagi penyanyi wanita turut meraih kejayaan manis di acara sama iaitu Billie Eilish bagi kategori Lagu Terbaik menerusi lagu What Was I Made For? dan Victoria Monet sebagai Artis Baharu Terbaik.


Sementara itu, ikon pop tersohor, Celine Dion, 55, membuat kejutan apabila tampil pada acara berprestij itu setelah hampir dua tahun bergelut dengan penyakit Sindrom Orang Kaku atau Stiff Person Syndrome' (SPS).

Penyanyi  lagu The Power of Love yang tampil anggun menggayakan persalinan busana kot labuh dan gaun rona mustard itu meyampaikan trofi Album Terbaik yang dimenangi Taylor Swift.  - 7KLIK


Senarai pemenang utama Anugerah Grammy 2024

Album Terbaik:
Midnights- Taylor Swift

Rakaman Terbaik:
Flowers
-Miley Cyrus

Lagu Terbaik:
What Was I Made For? - Billie Eilish

Artis Baharu Terbaik:
Victoria Monet

Album Vokal Pop Terbaik:
Midnights - Taylor Swift

Persembahan Pop Solo Terbaik:
Flowers - Miley Cyrus

Album Rock Terbaik:
This Is Why - Paramore

Lagu Rock Terbaik:
Not Strong Enough - Julien Baker, Phoebe Bridgers & Lucy Dacus

Persembahan Rock Terbaik:
Not Strong Enough - Boygenius

Album Muzik Alternatif Terbaik:
The Record - Boygenius

Album Rap Terbaik:
Michael - Killer Mike
Persembahan Rap Terbaik:
Scientists & Engineers - Killer Mike featuring Andre 3000, Future dan Eryn Allen Kane

Lagu Rap Terbaik:
Scientists & Engineers - Andre Benjamin, Paul Beauregard, James Blake, Michael Render, Tim Moore and Dion Wilson

Album Muzik Global Terbaik:
This Moment - Shakti

Video Muzik Terbaik:
I'm Only Sleeping - The Beatles

Album Komedi Terbaik:
What's in a Name? - Dave Chapelle

Buku Audio, Narasi dan Rakaman Bercerita Terbaik:
Michelle Obama, The Light We Carry, Overcoming in Uncertain Time


Post a Comment

0 Comments