| Wakil Sunsilk dan Watsons Malaysia pada majlis pelancaran rangkaian Sunsilk Silky Smooth dan Super Serum baharu | FOTO: Sunsilk Malaysia |
MEMILIKI rambut lembut, licin dan mudah diurus sering menjadi antara perkara yang diidamkan ramai wanita. Namun dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, ditambah dengan rutin harian padat, mengekalkan keadaan rambut agar sentiasa kemas dan selesa bukanlah sesuatu yang mudah.
Bagi wanita muda khususnya, rambut bukan sekadar sebahagian daripada rutin penjagaan diri. Ia turut menjadi pelengkap gaya dan keyakinan, sama ada ketika bersiap ke tempat kerja, menghadiri acara istimewa atau sekadar merakam foto untuk dikongsi di media sosial.
Menyedari perubahan keperluan pengguna masa kini, Sunsilk memperkenalkan rangkaian Super Serum baharu bersama syampu dan perapi yang diperbaharui. Langkah ini mencerminkan evolusi jenama tersebut dalam menawarkan rutin penjagaan rambut yang lebih praktikal dan sesuai dengan gaya hidup moden.
Antara produk yang diperkenalkan ialah Sunsilk Silky Smooth Super Serum yang diperkaya dengan 10 peritus (%) Amino-Silk Complex. Serum tanpa bilas ini dirumus untuk membantu menguruskan rambut kusut dan mengembang, selain memberikan tekstur rambut yang lebih lembut dan licin tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak.
Formula yang ringan menjadikannya sesuai digunakan dalam rutin harian, termasuk bagi wanita berhijab yang sering berdepan cabaran untuk memastikan rambut kekal segar dan selesa sepanjang hari. Produk ini turut dirumus bagi membantu mengekalkan kelembutan rambut sehingga 100 jam serta haruman yang bertahan sehingga 72 jam.
Pilihan Mengikut Keperluan Rambut
Selain Silky Smooth Super Serum, rangkaian ini turut merangkumi dua lagi varian yang dibangunkan untuk keperluan rambut yang berbeza.
Style & Heat Protect Super Serum mengandungi 10% Peptide-Repair Complex dan dirumus untuk membantu menguatkan rambut yang rosak serta memberikan perlindungan daripada haba sehingga 220°C. Ia sesuai untuk mereka yang kerap menggunakan alat penggayaan rambut seperti pengering, pelurus atau pengeriting rambut.
Sementara itu, Diamond Shine Super Serum pula diperkaya dengan 10% Glycol-Shine Complex yang membantu mengekalkan kelembapan rambut agar rambut tampak lebih sihat dan bersinar.
Rangkaian ini turut disertakan dengan Sunsilk Smooth & Manageable Shampoo dan Conditioner yang diperbaharui. Kedua-dua produk ini hadir dengan formulasi yang dipertingkatkan serta pembungkusan baharu sebagai pelengkap kepada rangkaian tersebut.
| Sekitar majlis pelancaran rangkaian penjagaan rambut baharu Sunsilk |
Menurut Pengarah Pemasaran dan Strategi Pelanggan & Perancangan Unilever Malaysia, Farhana Mohd Nasir, pembaharuan ini merupakan sebahagian daripada usaha Sunsilk untuk menawarkan pengalaman penjagaan rambut yang lebih mudah dan relevan dengan gaya hidup wanita muda hari ini.
Dalam pasaran penjagaan rambut yang terus berkembang, pengguna kini semakin menitikberatkan produk yang bukan sahaja memenuhi keperluan rambut mereka, tetapi juga sesuai dengan rutin harian yang semakin sibuk.
Kehadiran rangkaian baharu seperti ini mencerminkan bagaimana industri kecantikan terus menyesuaikan inovasi produk dengan keperluan dan gaya hidup pengguna moden. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments