Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Yuna, Tiësto, The Kid Laroi, Eaj: antara 40 bintang hangatkan Festival Supalapa di Resorts World Awana Genting Highlands


LEBIH daripada 40  bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa limitasi dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa. Festival muzik itu dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Pengunjung dan penonton bakal disajikan dengan sebuah acara yang gilang-gemilang dan akan meletakkan penanda aras yang baharu dalam penganjuran festival.

Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep adalah  antara lebih 40  nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari itu.

Turut bersama mereka ialah barisan bintang tempatan yang terdiri daripada Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski, Jovynn, Coex, Forceparkbois dan DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

Pengunjung yang hadir juga boleh menikmati tiga genre muzik sekali gus daripada EDM, Pop dan K-POP. Kesemua genre muzik itu akan dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di Live Stage, EDM Stage dan Pool Stage.



Tidak hanya itu, acara tersebut bukan sekadar hiburan berkaitan muzik sahaja tetapi di Festival Supalapa pengunjung akan melalui banyak pengalaman pertama kali yang tidak didapati dalam acara hiburan sebelum ini.

Di festival sama, melalui pembayaran secara sistem RFID yang pertama kali seumpamanya, pengunjung berhak menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di Wrestling Ring, Bali Swing, Carnival Games dan Silent Cinema.

Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya, menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun.

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

“Apa yang penting adalah festival ini mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa," ujarnya.

Tambahnya lagi, menerusi festival yang menghimpunkan lebih 40 bintang atau karyawan seni itu, penganjuran acara tersebut menjadi platform terbaik buat pemuzik tempatan berkongsi pentas sekali gus mendapat pengalaman menerusi kemunculan bintang antarabangsa.

"Kami juga mahu Festival Supalapa menjadi sebuah jenama global untuk festival muzik bagi dunia. Festival ini bukan sekadar tentang hiburan tetapi bagaimana kami memberikan keseronokan tanpa limitasi sesuai dengan objektif penganjuran iaitu menjadi hub hiburan yang membuat pengunjung sentiasa teruja," katanya.



Sementara itu, Naib Presiden Kanan Jualan, Pemasaran & MICE Resorts World Genting, Spencer Lee, berkata, penganjuran acara itu di lokasi berkenaan adalah bertepatan.

"Setelah melalui perubahan besar, Resorts World Awana hari ini merupakan destinasi riadah bertaraf dunia di mana anda boleh mengatur percutian bertemakan alam semula jadi buat diri anda sendiri atau menikmati masa tenang bersama ahli keluarga di tengah-tengah kehijauan dan udara gunung yang sejuk,” katanya.

Terdahulu, Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi acaranya Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya dan ‘sold out’  di seluruh dunia termasuk di seluruh Eropah, Kanada dan Asia. Ini adalah festival muzik pertama mereka di Malaysia.

Menerusi Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati tanpa limitasi ini, pastikan anda menyertai Festival Supalapa yang akan berlangusng pada 2 dan 3 Mac depan di Resorts World Awana. Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web: supalapa.com .  - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments