"Terima kasih ‘urang’ Sabah" - Ella terharu sambutan hangat daripada peminat Sabah


RATU Rock Negara, Ella menunaikan janjikan untuk memberikan persembahan terbaik dan berimpak buat para peminat setianya menerusi konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad lalu.


Konsert yang dibawakan oleh Hitman Solutions bersama RockQueen itu ternyata memberikan pengalaman yang cukup bermakna buat penonton yang hadir.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 58, mengakui sangat tersentuh dengan sambutan yang diberikan peminat-peminatnya di Sabah.

“Terima kasih ‘urang’ Sabah atas sokongan yang tidak terhingga. Saya berharap semua orang yang hadir ke konsert malam ini dapat jadikan ini suatu memori yang tidak dapat dilupakan.

“Kota Kinabalu ‘special’ dan dekat di hati saya kerana di sinilah lokasinya saya dan suami mula berkenalan sewaktu mula-mula bercinta dahulu dan menjadi memori terindah kami,” ujarnya.

Konsert Siri Jilid Akhir: Ella Puteri Kota bermula di Axiata Arena Bukit Jalil yang melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan 'Most Concert Tickets Sold-Out: 10,000 Tickets in 24 Hours' oleh The Malaysia Book of Records.


Diikuti siri kedua di Spice Arena, Pulau Pinang mengumpulkan 14,000 Ellasgang, sebelum meneruskan kehangatan di Kota Kinabalu, Sabah yang menyaksikan kesemua persembahan berkenaan meraih kejayaan yang tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, kejayaan demi kejayaan yang diraih melalui siri jelajah konsert tersebut adalah kerena peminat ingin merasakan konsert bertaraf antarabangsa untuk  artis lokal kesayangan mereka.

"Kami di Hitman Solutions akan terus memberikan kepuasan yang maksimal buat penggemar muzik di Malaysia, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya," katanya.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Sabah berlangsung selama dua jam lebih itu menysikan Ella menyampaikan hampir 30 buah lagu seperti Standing In The Eyes Of The World, Kesal, Retak, Anak Patung dan lain-lain di bawah pimpinan pengarah muzik terkenal, Datuk Acis.

Sebagai penghargaan kepada negeri Sabah yang penuh dengan budaya, suatu persembahan kejutan dibawakan oleh Kumpulan Budayawan dengan tarian tradisional Sabah.


Peminat-peminat terkesima dengan bunyian tradisional di konsert rock menjadikan ini suatu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Meskipun konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota edisi ini sudah melabuhkan tirai, teteapi peminat masih membuat permintaan agar siri jelajah tersebut di teruskan di lokasi-lokasi lain pula.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: sound-spirit-zainalabidin-legacy-of


[FOTO: Hitman Solutions]

Post a Comment

Previous Post Next Post