Kehangatan BRTM 2024 bermula, ini senarai peserta Top 16


PROGRAM pencarian bakat nyanyian terunggul, Bintang RTM 2024 (BRTM 2024) kini membuka tirai dengan memperkenalkan Top 16 barisan peserta yang bakal beraksi untuk mempamerkan bakat mereka kepada umum.

Minggu lalu menyaksikan 30 peserta bersaing untuk meloloskan diri ke Top 16 dengan menampilkan persembahan terbaik mereka, sekali gus menyahut cabaran ke peringkat seterusnya.

Barisan peserta dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti memiliki vokal mantap, mempunyai aura, penampilan dan personaliti bintang, selain masih mengekalkan mekanisme pemilihan 80 peratus (%) vokal dan selebihnya 20% persembahan. 

BRTM Top 16 akan disiarkan dua hari berturut-turut pada 30 dan 31 Disember ini, jam, 5 petang di TV2 dan boleh ditonton menerusi penstriman langsung RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my).

Setiap perkembangan dan info terkini berkenaan BRTM 2024 boleh diikuti menerusi NASIONALfm yang juga merupakan radio rasmi.

Terdahulu sesi uji bakat mega telah berlangsung di seluruh negara secara dua peringkat iaitu uji bakat on-line pada Julai hingga September 2023 dan uji bakat di lokasi (Ogos hingga September 2023). 

Sambutan hangat diterima di setiap lokasi terlibat merangkumi Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Selatan (Johor Bahru), Zon Pantai Timur (Kuantan), Sabah (Kota Kinabalu), Sarawak (Kuching) dan lokasi terakhir melibatkan Zon Tengah (Kota Media Angkasapuri).

Pertandingan BRTM sebelum ini telah melahirkan banyak nama besar dalam industri seni hiburan seperti Dahlan Zainuddin, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Juliza Adlizan dan ramai lagi. - 7KLIK


SENARAI TOP 16 BRTM

1. Akma Natasha; 24, Pulau Pinang
2. Muhammad Zulfeka (Feka); 22, Kuala Lumpur
3. Nurul Maimanah (Nana); 17, Melaka
4. Mohd Azumi Shazani (Azumi); 25, Kedah
5. Siti Erinshahira (Erin Shahira); 20, Melaka
6. Sharifah Nurilmuhayati (Nuril); 25, Kuala Lumpur
7. Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv); 20, Kuala Lumpur
8. Muhammad Harris Mukhriz (Harris); 19, Sarawak
9. Muhammad Shahrezza (Shah Rezza); 21, Sarawak
10.Roziena Ixzy (Roxy Ixzy); 25, Sarawak
11.Elliza Suezina (Liz); 24, Sarawak
12.Mohd Enrien Syah (Jon); 23, Sabah
13.Dayang Irsyadhania (Dhania); 15, Sabah
14.Mohammad Said Suhazrie (Joy); 20, Sabah
15.Eylia Eyre Guntabid (Eylia Guntabid); 21, Sabah
16.Nur Shahirah (Noy); 22, Sabah



[FOTO: RTM]

Post a Comment

Previous Post Next Post