Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie Blackpink, tersenarai 50 Wanita Berpengaruh 2023


Oleh: AILEEN ADAM

J
ENNIE Blackpink tersenarai antara 50 wanita paling berpengaruh yang dipilih oleh Women's Wear Daily (WWD) untuk tahun 2023.

Senarai tersebut melibatkan wanita-wanita berpengaruh dari serata dunia merangkumi pelbagai bidang termasuk CEO syarikat ternama, ahli politik, ikon popular dunia fesyen dan lain-lain. Antaranya seperti June Ambrose iaitu Pengarah Kreatif Rekaan jenama Puma, Francesca Amfitheatrof (Pengarah Artistik bahagian jam dan barangan kemas Louis Vuitton).

Terharu dengan pemilihan tersebut, Jennie atau nama penuhnya, Jennie Kim, 27, menzahirkan ucapan terima kasih menerusi akaun Instagramnya.

"Thank you WWD for including me in this year's Women in Power list." 

Pemilihan tersebut dianggap bertepatan dengan pencapaian dan penglibatan Jennie dalam beberapa kempen jenama ternama dengan pengaruhnya yang tersendiri.

Pelantun lagu Solo itu merupakan salah satu wajah ikonik jenama Channel, selain kolaborasi sensasi bersama Calvin Klein (CK). Difahamkan koleksi Jennie bersama CK habis terjual dalam masa cukup singkat selepas dilancarkan, sekali gus mengesahkan pengaruhnya yang berimpak. 

Menurut WWD, antara sebab anggota Blackpink itu turut tersenarai adalah kerana pengaruh luar biasa yang dimilikinya. Ia dapat dilihat menerusi salah satu hantaran Jennie di media sosial bernilai USD$21 juta, selain analisis data fesyen yang mendapati kolaborasi selebriti asal Korea Selatan itu bersama jenama mewah yang diwakili telah meraih pendapatan sebanyak USD$68 juta.

Kenyataan tersebut sememangnya tidak dapat disangkal, malah pengaruh itu juga dapat dilihat apabila setiap kali Jennie tampil berkongsi fesyen pakaian atau barangan tertentu di akaun Instagramnya, pasti ia akan dicari peminat dan laris terjual meski ada antara yang dikongsi itu bukan jenama diwakilinya.

Jelas Jennie dilihat sebagai fesyen ikon paling berpengaruh dan gayanya sentiasa menjadi ikutan ramai meski dalam persalinan apapun. 

Dalam perkembangan lain, KPop idol kesayangan ramai itu akan tampil bersama rakan-rakannya dalam Blackpink iaitu Jisoo, Rose dan Lisa menerusi konsert finale Born Pink World Tour di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.

Menariknya konsert tersebut juga boleh ditonton secara atas talian dengan membeli tiket online streaming, sekali gus memberi peluang kepada peminat mereka di seluruh dunia untuk bersama-sama Blackpink melakar memori indah pada konsert istimewa itu.  - 7KLIK

ARTIKEL LAIN: 












Post a Comment

0 Comments