Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bakal beraksi di Stadium Gocheok Sky Dome, penghormatan istimewa buat Blackpink



Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN Blackpink terus memacu pencapaian cemerlang apabila mendapat penghormatan mengadakan konsert finale Born Pink Tour di stadium ikonik, Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan pada 16 dan 17 September depan.

Difahamkan kumpulan K-Pop sensasi yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo itu menjadi kumpulan wanita pertama yang berpeluang beraksi di stadium berkenaan.

Penghormatan tersebut cukup istimewa untuk meraikan konsert penutup siri jelajah Blackpink bersempena promosi album Born Pink yang mula mengelilingi dunia semenjak Oktober tahun lalu.

Menerusi Born Pink Tour, kumpulan yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-tujuh mereka dalam industri pada 8 Ogos lalu itu mengadakan 64 persembahan di serata negara di dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Australia, Mexico, Taiwan, Vietnam, Macau, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain.

Dalam siri jelajah tersebut, Blackpink melakar sejarah tersendiri apabila semula tiket konsert mereka habis terjual di semua lokasi yang terlibat.

Istimewa buat peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blink, konsert finale di Seoul tidak hanya dapat disaksikan secara fizikal, tetapi juga secara streaming sekali gus memberi peluang kepada penggemar mereka di seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada penonton konsert tersebut.

Untuk info, stadium Gocheok Sky Dome mampu memuatkan 25,000 penonton dalam satu-satu masa dan merupakan lokasi berprofil tinggi di Seoul.  - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments