Football Edition Google Pixel Plushie Tiba di Malaysia, Hanya 200 Unit Untuk Direbut


ADA koleksi yang boleh dibeli pada bila-bila masa, dan ada juga yang hanya muncul sekali-sekala sehingga menjadi buruan peminat.

Bagi komuniti Google Pixel di seluruh dunia, Google Pixel Plushie tergolong dalam kategori kedua. Karakter comel yang menjadi ikon jenama itu jarang ditawarkan kepada umum kerana kebiasaannya hanya muncul menerusi aktiviti terpilih atau pemberian eksklusif kepada komuniti Google Pixel.

Buat pertama kalinya, koleksi itu hadir ke Malaysia dalam versi baharu yang diinspirasikan daripada dunia bola sepak. Dikenali sebagai Football Edition Google Pixel Plushie, edisi khas ini dihasilkan sempena kempen bola sepak Google Pixel dan hanya ditawarkan kepada 200 penebusan pertama yang layak di seluruh negara.

Lebih daripada sekadar perubahan penampilan, plushie edisi ini tampil dengan jersi bola sepak klasik yang menggunakan warna ikonik Google iaitu biru, merah, kuning dan hijau.

Rekaan tersebut turut dilengkapkan dengan lambang 'G' pada bahagian dada serta sebiji bola sepak di bawah lengannya, menjadikan ia simbol kepada semangat berpasukan dan keterujaan yang sinonim dengan sukan paling popular di dunia.

Walaupun kelihatan seperti barangan promosi biasa, Google Pixel Plushie sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dalam kalangan peminat dan pengumpul. Ia tidak pernah dijual secara terbuka, sebaliknya hanya boleh dimiliki menerusi kempen atau acara tertentu yang dianjurkan Google Pixel di beberapa negara. Faktor inilah yang menjadikan setiap edisi tampil lebih istimewa berbanding kebanyakan merchandise lain.

Koleksi Edisi Terhad Jadi Buruan

Tradisi eksklusif itu diteruskan menerusi Football Edition Google Pixel Plushie yang dihasilkan khas untuk pasaran Malaysia. Berbeza dengan jersi, bola sepak dan beg tote yang turut ditawarkan sepanjang kempen, plushie ini tidak boleh dibeli secara berasingan. Ia hanya boleh ditebus oleh pelanggan yang membeli peranti Google Pixel yang layak dan melengkapkan proses penebusan dalam talian.


Dengan hanya 200 unit disediakan di seluruh negara berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, koleksi ini dijangka menjadi antara Google Pixel Plushie paling sukar dimiliki di Malaysia.

Selain peluang mendapatkan koleksi eksklusif tersebut, kempen bola sepak Google Pixel yang berlangsung sehingga 31 Julai 2026 turut menampilkan Pixel Spotter Challenge, sebuah permainan interaktif yang menguji kepantasan peserta mencari Google Pixel Plushies yang disembunyikan menerusi lima peringkat cabaran.

Peserta akan memperoleh mata berdasarkan kelajuan dan ketepatan sebelum kedudukan mereka dipaparkan pada carta utama kebangsaan. Peluang untuk meningkatkan ranking juga lebih besar apabila peserta menjemput rakan menyertai cabaran melalui pautan rujukan peribadi.

Menariknya, 12 peserta terbaik pada penghujung kempen berpeluang membawa pulang hadiah termasuk Google Pixel 10a, Pixel Watch 4 dan Pixel Buds 2a. Sementara itu, pelanggan yang membeli peranti Google Pixel yang layak daripada rakan niaga terpilih seperti Maxis, U Mobile, Senheng, senQ, Urban Republic, TMT dan Switch Solution turut boleh menebus barangan eksklusif bertemakan bola sepak selagi stok masih ada.

Bagi mereka yang sudah lama menantikan peluang memiliki Google Pixel Plushie, kempen kali ini mungkin antara peluang yang paling sukar untuk dilepaskan. Lebih-lebih lagi apabila Football Edition ini hanya ditawarkan dalam jumlah yang sangat terhad dan tidak akan dijual di pasaran. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments