Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Goh Liu Ying turun padang sampaikan sumbangan



DI SEBALIK kesibukannya dengan pelbagai aktiviti baik berkaitan kerjayanya sebagai atlet badminton mahupun ahli perniagaan, bintang sukan terkenal, Gih Liu Ying sempat meluangkan masa menyertai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) pada Selasa lalu.

Goh Liu Ying, 33, bersama SNI x GLY Store tampil turun padang dan menyampaikan sumbangan barangan berupa makanan dan pakaian dengan nilai keseluruhan sekitar RM60,000 kepada barisan petugas hadapan yang turut terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Sumbangan diagihkan kepada dua lokasi berbeza iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Hospital Tengku Ampuan  Rahimah,  Klang.

"Kami amat berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik walaupun turut menjadi mangsa banjir," ujarnya.

Terima kasih kepada Goh Liu Ying, SNI an GLY Store atas keprihatinan yang ditunjukkan. Semoga lebih banyak lagi pihak tampil memberikan sumbagan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.



[KREDIT: Facebook Goh Liu Ying]













Post a Comment

0 Comments