Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FASHION FAB KONGSI INSPIRASI KEJAYAAN PEREKA FESYEN



DUDUK rumah pun tetap kena tampil bergaya. Walaupun bukan untuk sesiapa tetapi percayalah ianya mampu menyuntik keyakinan dalam diri seseorang. Pemilihan pakaian yang rapi dan selesa juga pastinya membuat si pemakai selesa sepanjang hari berada di rumah.

Untuk itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan rancangan majalah yang mengetengahkan pereka-pereka fesyen terkenal dan berjaya mencipta nama dalam bidang industri fesyen tanah air.

Bersama-sama hos Adriana Adnan, program Fashion Fab yang sedang bersiaran setiap Ahad, jam 8.30 malam di TV Okey. Selain berkongsi rekaan menarik ciptaan mereka, individu ini turut menyuntik inspirasi kejayaan dalam bidang rekaan fesyen.


#Episod 1 
Pereka muda yang terkenal iaitu Izree Kai dan Hafizi Radzi, pemilik jenama fesyen FIZIWOO. Jenama FIZIWOO ini dimulakan oleh Fizi yang merupakan pelajar jurusan fesyen di UITM. Kai penuntut jurusan senibina, menyertai Fizi kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen.


#Episod 2 
Puan Erni Yusmiarty pemilik Raeesa Butik yang terkenal dengan fesyen bercorak batik. Sebelum menceburi bidang rekaan fesyen, beliau adalah seorang pegawai bank.


#Episod 3 
Jenama KREE merupakan perniagaan milik sebuah keluarga dan pengurusnya ialah Encik Qayyum Iskandar. Qayyum bekas penuntut jurusan fesyen UITM, sering menjadikan gelagat manusia sebagai idea rekaannya.


#Episod 4 
Fesyen untuk bersukan yang patuh syariah juga sesuai untuk wanita bertudung. Ikon yang diperkenalkan ialah Cik Sumayyah Nasaruddin, pemilik Jenama Olloum.


#Episod 5 
Ikon fesyen yang diperkenalkan ialah Puan Alia Bastamam, pemilik ALIA BASTAMAM. Alia berminat dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen sejak berumur lapan tahun apabila sering melihat neneknya menjahit.


#Episod 6
Jenama fesyen yang diperkenalkan untuk episod ini ialah WANZAR dan penonton berpeluang berkenalan dengan pemiliknya Encik Nor Izwan dan Encik Zarin.


#Episod 7
Tetamu yang diperkenalkan ialah Shalma Aina pemilik jenama SHALS. Shalma memulakan kerjayanya sebagai pengacara dan beralih kepada rekaan fesyen sejak tujuh tahun lepas iaitu setelah mengambil alih perniagaan pakaian dari keluarganya.


#Episod 8
Dalam episod ini penonton berpeluang berkenalan dengan pemilik jenama pakaian MIMPIKITA. Perniagaan ini diuruskan oleh tiga orang adik beradik dan butik mereka terletak di Bangsar Baru.


#Episod 9
Jenama fesyen yang diperkenalkan didalam episod ini ialah AMAR AMRAN, jenama pakaian tradisional yang ditubuhkan sejak tahun 1975. Menurut pemilik yang merupakan generasi ketiga perniagaan berkenaan, Puan Qamila Amar, dia mengambil alih perniagaan tersebut dari bapanya pada tahun 2000.


#Episod 10
Dalam episod ini penonton berpeluang berkenalan dengan Puan Nadia Razak, pemilik jenama BLUBELLE. Sebelum berkecimpung di dalam bidang fesyen, Nadia berkerja di sektor perbankan. Kerana berminat dia telah berhenti dan membangunkan jenama BLUBELLE pada tahun 2014.


#Episod 11
Rancangan kali ini memaparkan fesyen pakaian kanak-kanak iaitu jenama Pokok’s. Pemiliknya ialah Puan Jessica Kim yang berasal dari China. Beliau telah menetap di Malaysia selama 11 tahun.


#Episod 12
Tokoh fesyen yang diketengahkan dalam rancangan kali ini ialah Datuk Jovian Mandagie, pemilik jenama JOVIAN. Beliau dilahirkan di Indonesia, tetapi kembali tinggal di Malaysia ketika berumur lima tahun.


#Episod 13
Untuk episod ini penonton diperkenalkan dengan satu jenama fesyen yang popular iaitu LARNEY. Pemiliknya Puan Zura Zabidi minat menjahit dan membuat rekaan baju sejak dari remaja lagi. Bermula hanya dengan menjahit dan menjual baju secara kecil-kecilan Puan Zura amat berbangga dengan kejayaannya sekarang.


Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]







Post a Comment

0 Comments